Setelah usai suku akhir kedua pada 2 Oktober, empat pasukan yang masih bernafas mempunyai tempoh yang amat singkat untuk memulihkan diri dan mengemaskini barisan.
Esok, Jumaat 5 Oktober akan bermula Separuh Akhir Era Piala Malaysia 2012. Setelah berjaya menawan Rusa, ATM bakal berhadapan dengan lawan yang lebih 'besar', Singa.
SEPARUH AKHIR 1 ; Lions XII lawan ATM:
Pertemuan menarik diantara Naib Juara Liga Super dan Juara Liga Premier ini dijangka ditentukan dengan marjin gol yang tipis. Di peringkat kumpulan, Lions XII hanya menjaringkan 4 gol daripada 6 perlawanan. Tetapi, mereka adalah pasukan yang paling kurang melepaskan gol kepada lawan. Mereka hanya dibolosi dua gol. Lions XII bermain secara tertutup berasaskan kerja sepasukan sepenuhnya. Satu pasukan yang amat taktikal.
ATM pula mempunyai jentera peledak yang berbisa seperti yang terpamer di suku akhir lalu. 12 gol berbanding 8 bolos daripada 6 perlawanan kumpulan, menjelaskan betapa ATM adalah pasukan yang bermain secara terbuka tetapi mempunyai keseimbaangan di keseluruhan pasukan.
Bertandang ke Stadium Jalan Besar yang amat sintetik itu, aku fikir, ATM bakal menghadapi kesukaran tetapi tidaklah sampai ke tahap 'outclass'. Jika Kelantan, Terengganu dan Johor FC boleh menang di sana, ATM juga mempunyai peluang untuk menang.
PELUANG? Keputusan sebenar untuk Separuh Akhir 1 ini bakal ditentukan di Selayang pada 11 Oktober nanti. Dan, aku memilih ATM untuk ke final.
SEPARUH AKHIR 2 ; KELANTAN lawan SELANGOR:
Kelantan dan Selangor mempunyai satu persamaan. Kedua - duanya adalah The REDS. Jika di EPL ada The Reds dan The Reds Devil, kita di Malaysia seharusnya berbangga kerana mempunyai PAHLAWAN MERAH dan GERGASI MERAH.
Menarik untuk kita nantikan keputusannya. Di antara PAHLAWAN MERAH dan GERGASI MERAH, siapakah yang bakal MERAH PADAM di separuh akhir.
Kelantan dan Selangor juga mempunyai pencapaian hampir serupa di peringkat kumpulan. Kelantan memungut 11 mata menerusi 6 perlawanan dengan 13 jaringan berbanding 8 bolos. Selangor pula memungut 13 mata, juga menerusi 6 perlawanan dengan 12 jaringan dan 6 bolos.
Memulakan Separuh Akhir di Kota Bharu, peluang Selangor ke final aku jangkakan bakal terjejas sekiranya mereka tewas dengan marjin dua gol. Pastinya, Kelantan akan berhabis - habisan di Kota Bharu Sabtu nanti kerana itulah perlawanan terakhir untuk musim 2012 di sana.
PELUANG? Keputusan sebenar untuk Separuh Akhir 2 ini bakal ditentukan di Kota Bharu pada 6 Oktober. Dan, aku memilih KELANTAN untuk ke final.
CUIT SIKIT:
Sesuatu yang anda perlu ketahui, sejak 2010, Final Piala Malaysia menemukan dua pasukan dari kumpulan yang sama.
FINAL 2010, menemukan NS dan Kelantan selaku Juara & Naib Juara Kumpulan A. Keputusannya, Kelantan menang 2-1. Rujuk di http://en.wikipedia.org/wiki/2010_Malaysia_Cup.
Di FINAL 2011, sekali lagi dua pasukan sekumpulan bertemu. NS dan Terengganu sama - sama mengungguli Kumpulan B membuat perhitungan terakhir di Shah Alam. Dan, pemenangnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, NS.
DAN, untuk musim 2010 dan 2011, belum ada satu pasukan pun dari Kumpulan C yang layak ke separuh akhir. Kebetulannya, ia berterusan di musim ini apabila NS dan Felda United terkandas di suku akhir.
Jika kebetulan itu berterusan, memang sahih ramalan aku bahawa ATM dan Kelantan akan berentap di Shah Alam, 20 Oktober nanti. Pemenangnya? ATM.
Sahabat TRW dan PSNS, jangan marah dengan posting ini kerana aku pamerkan realiti bukan omongan kosong. Aku bukan pencetus provokasi tidak bertempat. Sebaliknya, aku dah buat kajian sebelum aku menulis. Fakta tetap fakta.
Setakat ini, aku masih berkabung dengan kekalahan NS. Hobin Jang Hobin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan