IPOH MALI TALAK SOMBONG:
Suatu ketika dahulu, ungkapan Ipoh Mali Talak Sombong amat popular. Kenapa?
Aku tak mahu mengulas panjang sebab tak mahu menambah dosa di bulan Syawal ini. Lu carilah sendiri apa makna Ipoh Mali Talak Sombong tu.
Selasa lalu, NS biar pun hanya SORI Yo dengan Perak di Paroi, ianya masih baik kerana terus berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah kepada Perak di Paroi sejak era Liga Super bermula.
Namun, ceritanya agak berbeza di Ipoh berdasarkan fakta di bawah,
di Ipoh, NS agak sukar untuk memperolehi keputusan yang baik. Dua kemenangan di Ipoh pernah dicapai, tetapi pada jangka watu yang teramat lama, enam tahun lalu.
Mutakhir, di era kegagahan NS di Piala Malaysia, rekod menunjukkan, Perak sentiasa menang di Ipoh. Pastinya fakta ini telah difahami oleh Azraai Khor dan pemainnya. Aku catatkan fakta ini kerana mungkin ada PSNS yang menganggap NS adalah lebih baik berbanding Perak. Di Paroi jawapannya YA tetapi TIDAK di Ipoh.
Justru, tidak hairan jika misi ke Ipoh Sabtu ini adalah untuk menterbalikkan semua empat keputusan terakhir di Ipoh. Pastinya tiada lagi hasrat untuk mencari 1 mata. Ianya berkisar kepada perolehan 3 mata. Dan, tidak hairan sekiranya ianya boleh diibaratkan sebagai misi mencari "syurga" di Ipoh.
KAD PERESTASI PUSINGAN PERTAMA:
Jika ditinjau pencapaian kesemua pasukan setakat ini, boleh dikatakan tiada satu pun yang telah mempamerkan prestasi terbaik. Masih terdapat prestasi ala yo-yo usai pusingan pertama.
Berdasarkan fakta di atas, takala NS boleh berbangga dengan rekod tanpa kalah setakat ini, Perak pula pastinya akan berhabis - habisan kerana mereka belum menang selepas 3 perlawanan.
Mendiami balang satu ketika proses undian, Perak adalah pasukan pilihan pertama untuk mengungguli Kumpulan C. Malangnya, setakat ini, standard mereka adalah sama dengan T-Team, PKNS dan Johor. Standard BELUM MENANG. Kedah dan Sarawak yang telah tersingkir ke Liga Premier 2013 adalah lebih baik pencapaiannya kerana telah mencapai satu kemenangan.
Kesimpulannya, Perak bukanlah lawan mudah buat NS di Ipoh. Berhabisan - habisanlah Jang mengerah keringat di Ipoh nanti. Carilah "syurga" kemenangan di sana.
CUIT SIKIT:
Dilaporkan di akhbar hari ini, Tok MAT Said telah berbunyi kerana prestasi longlai Terengganu dan T-Team setakat ini.
Mungkinkah ada yang bakal berehat? Sama - sama kita tunggu perkembangannya selepas 1 September nanti.
Dan, buat kali pertamanya, perlawanan NS akan disiarkan secara langsung di tv.
HOBIN JANG HOBIN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan