Jumlah Paparan Halaman

23.8.12

CONGAK - CONGAK NS & PIALA MALAYSIA 2012.....

Usai perlawanan pertama Piala Malaysia 2012 [PM12], elemen - elemen kejutan sudah terserlah.
 
Keputusan lapan perlawanan pertama itu sebenarnya penuh dengan kejutan. Ianya langsung tidak menggambarkan kedudukan balang mereka ketika undian tempohari.
 
Lihat sendiri betapa empat pasukan pilihan dari balang 1, tiada satu pun yang mampu mencapai kemenangan di perlawanan pertama itu. Kebetulan yang disengajakan, keempat - empat pasukan memulakan PM12 dengan menjadi tetamu di arena lawan.
 
Selain kegagalan pasukan dari balang 1 mencapai kemenangan, menarik juga apabila melihat keempat - empat pasukan dari balang 4 tidak kalah. Malah, dua pasukan dari balang tersebut menang bergaya ke atas lawan masing - masing.
 
Setelah berakhir perlawanan pertama, pasukan ATM dan Pahang [Balang 4] dan Sarawak [Balang 3] jelas bergaya di kumpulan masing - masing.
 
Ketika Terengganu [Balang 2] menang bergaya ke atas Kelantan, tiga lagi pasukan yang sebalang dengannya mengalami nasib berbeza. T-Team tewas 2-3 di Kuantan. NS dan PKNS pula hanya mencatat keputusan seri 1-1 di Melaka dan Kelana Jaya.
 
CONGAK - CONGAK PELUANG JUARA BERTAHAN;
 
Aku fikir, sebaik sahaja Felda United menjaringkan gol penyamaan semalam, ada para penyokong NS yang sudah mula mengkaji peluang NS untuk mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi tahun lalu.
 
Dengan baki lima perlawanan di peringkat kumpulan ini, peluang setiap pasukan terutamanya NS, masih ada dan masih cerah. Dengan syarat, tiada lagi keciciran mata bermula Sabtu ini.
 
Sabtu ini, NS akan melayan Naib Johan Piala FA 2012, Sime Darby yang semalam tidak bernasib baik untuk menang. Jaringan penyamaan Perak di minit terakhir pastinya menjadi mimpi ngeri buat pasukan estet itu.
 
Keadaan yang sama juga menimpa NS ketika bertemu Felda United semalam. Sekali lagi, jaringan lewat pihak lawan memadamkan 3 mata yang sudah hampir digenggam oleh NS.
 
Peluang NS Sabtu ini?
Itu sahaja rekod pertemuan NS dan Sime Darby kerana kedua - duanya bersaing di liga yang berlainan. Sesuatu yang perlu diingat, musim ini, Sime Darby bukanlah pasukan belasahan.
 
RAMALAN AKU:
NS akan menang dengan satu gol di Paroi dan seri di Selayang.
 
Menutup pusingan pertama Kumpulan C adalah pertemuan dengan pasukan Kak Limah dari Ipoh.
 
Rekod pertemuan lalu amat seimbang dengan kekuatan mental bakal menjadi pemisah.
 

RAMALAN AKU:
NS akan meraih mata penuh di Paroi tetapi pulang hampa dari Ipoh.
 
Menutup perlawanan di peringkat kumpulan nanti adalah pertemuan yang seringkali menghadirkan suasana panas di kalangan penonton dan pemain.
 
14 September nanti, NS akan melayan kunjungan lawan yang sering sahaja menjadi kemarahan penonton dan penyokong setia NS, FELDA UNITED.
 
Rekod pertemuan lalu sebenarnya amat seimbang.
 
Sedikit kelebihan NS adalah kerana musim ini, mereka menang ke atas Felda United di Paroi.
 
RAMALAN AKU:
Setelah hanya meraih satu mata semalam, NS akan mengutip mata penuh di Paroi nanti.
 
CUIT SIKIT:
 
Jika apa yang diramalkan menjadi kenyataan, NS akan memungut 11 mata dan bakal layak ke peringkat kalah mati sebagai Naib Johan Kumpulan C di belakang Perak.
 
Namun, jika Sabtu ini NS gagal mendapat 3 mata, ada kemungkinan, NS akan tersangkut di peringkat kumpulan sahaja.
 
Mungkin kenyataan di atas amat tidak digemari oleh PSNS, tetapi, itulah hakikatnya.
Musim 2010, NS menang 1-0 perlawanan pertama, di Kota Bharu. Manakala musim lalu, NS menang 2-1 di Kelana Jaya. Tahun ini, NS seri 1-1 di Melaka.
 
Sehingga tibanya penghujung cabaran NS di PM12 ini, marilah kita sesamo menyokong pasukan kito, tak kiro apo keputusan eh.
 
Kita hanya mampu menyokong dari tepi tetapi terpulanglah kepada yang di padang untuk mencorakkan cabaran pasukan.
 
HOBIN JANG HOBIN.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH