Jika dibenarkan, aku fikir pasti akan muncul iklan jawatan kosong berbunyi begini,
NAMA JAWATAN:
PEMENANG PINGAT EMAS OLIMPIK
TARAF:
Kontrak
IMBUHAN:
RM 1,000,000.00 ++. { Ringgit Malaysia: SATU JUTA ++ sahaja }.
Elaun Tetap Bulanan + Elaun Khas + Elaun Seumur Hidup [ RM 5000/bulan ].
Pelbagai Pendapatan Tambahan Menerusi Tajaan.
KELAYAKAN:
DEGIL
Sanggup Tidak Berhari Raya di Kampung.
Tanya si Pandelela.
Sepanjang lapan tahun terakhir ini, berapa kali beliau sempat menyambut Hari Kebesaran Agamanya bersama keluarga.
PEKAK
Kepada Segala Kritikan & Cemuhan.
Kak Sheela dan Abang Hup boleh dicontohi.
Buat taktau je biar pun prestasi hampeh.
BISU
Kepada Setiap Soalan Biasa , Soalan Maut dan Soalan Cepu Emas.
Ini juga boleh merujuk kepada Kak Sheela dan Bang Hup sebagai contoh.
Selepas mempamerkan prestasi tak semonggah, anda boleh lari daripada wartawan.
BUTA
Kepada Kehidupan Sekeliling Yang Mungkin Tidak Sesuai Dengan Kehidupan Atlit.
Jangan jadi seperti Apex sedikit masa lalu. Lebih gambar clubbing berbanding gambar di padang bola.
Jika ANDA FIKIR ANDA LAYAK, mohonlah secara terus kepada mana - mana Majlis Sukan Negeri yang mempunyai Unit Sukan Prestasi Tinggi.
CUIT SIKIT:
Bermula sekarang, marilah kita bersama - sama membantu negara melahirkan pemenang pingat emas olimpik, supaya tidaklah setiap kali menjelang olimpik, akan muncul ramai pihak memberikan ramalan betapa Malaysia mampu mendapat SATU EMAS dan BEBERAPA PINGAT LAIN di Olimpik.
Kemudiannya pihak itu terus menambah,
SEKIRANYA GAGAL,
SAYA AKAN LETAK JAWATAN.
Marilah kita sama - sama menbantu melahirkan PEMENANG PINGAT EMAS OLIMPIK supaya tidaklah selepas kegagalan menang Emas, akan kedengaran pula ayat,
SAYA BUKAN PENGECUT!
SAYA TIDAK AKAN MELETAK JAWATAN SEMATA - MATA KITA GAGAL MENANG EMAS OLIMPIK.
Masalah sebenarnya ialah, selama ini kita cuma melahirkan PENCABAR, bukannya PEMENANG Pingat Emas Olimpik.
Justru, tidak hairan sekiranya atlit kita memanjang miss semato aje dari tempat pertama.
Nota Kaki:
Bilakah TELINGA GAJAH itu akan bertukar menjadi Foto Atlit Malaysia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan