Jumlah Paparan Halaman

11.8.12

ROMBONGAN KAK SHEELA KE LONDON.....

Ketika Olimpik London 2012 kian menghampiri penghujungnya, di Malaysia ini pastinya ada yang tertanya - tanya makna "wild card".

Apa tidaknya, dua atlit kebanggaan negara telah menimbulkan sedikit kontroversi kerana persembahan tak menureh , tak semonggah dan amat selekeh mereka. Respon pertama terhadap apa yang mereka berikan itu datangnya daripada Tun Ahmad Sarji - Chef De Mission kontinjen negara.

Lebih daripada itu, kenyataan Kak Sheela yang tidak mahu meminta maaf kepada negara kerana persembahan selekeh itu, bagi aku amat tidak patut buat seorang atlit otai seperti beliau.

Beliau sepatutnya amat tahu dan mengerti bahawa pemergian beliau ke London bukanlah menggunakan duit kocek sendiri tetapi dibiayai dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki oleh rakyat Malaysia.

Akhirnya, wild card yang merujuk kepada penyertaan ihsan kerana tidak layak secara merit itu, telah memberikan makna hampeh. Di sini, bukan sahaja pihak atlit yang wajib memohon maaf malah, KOM selaku badan yang memilih kedua - dua atlit ini WAJIB juga memohon ampun dan maaf terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Wild Card yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada persembahan terbaik kedua - duanya telah bertukar kepada makan angin percuma sempena Olimpik London. DAN, aku amat setuju dan menyokong penuh sekiranya pihak MOM, MSN dan KBS menghantar surat tunjuk sebab kepada KOM kerana keputusan paling selekeh kedua - dua atlit mereka ini.

Mari kita lihat pencapaian yang paling mengkagumkan buat kedua - dua atlit WILD CARD yang telah menghasilkan WILD RESULTS ini.


TINGGI TAPI RENDAH:
Abang Hup;
DI LONDON: Pemegang Rekod Kebangsaan ini dengan BERGAYANYA telah MELOMPAT LEBIH RENDAH daripada Pemenang Emas acara yang sama di Sukma Pahang baru - baru ini.

Catatan XXX di bawah angka 2.21m itu adalah merujuk kepada 3 percubaan gagal beliau untuk melepasi Rekod SUKMA milik atlit NS itu.



LAJU TAPI PERLAHAN:
Kak Sheela;
DI LONDON: Pemegang Rekod Kebangsaan ini dengan CEMERLANGNYA telah BERLARI LAJU SEDIKIT daripada Pemenang Emas acara yang sama di Sukma Pahang baru - baru ini.
Kak Sheela MEMANG TIDAK PERLU MEMOHON MAAF kepada negara kerana larian olimpik beliau laju empat saat berbanding Juara SUKMA PAHANG 2012.

Akhirnya, makna sebenar WILD CARD kepada KOM, Abang Hup dan Kak Sheela ialah, Melompat Tinggi Tetapi Rendah dan Berlari Laju Tetapi Perlahan. Dan, itu yang dikatakan TELAH MEBERIKAN PERSEMBAHAN TERBAIK.

JIKA ADA MANA - MANA SUMBANGAN ATAU TAJAAN KEPADA PEGAWAI KOM, ABANG HUP dan KAK SHEELA ke London menggunakan sebahagian kutipan CUKAI YANG AKU BAYAR, Aku tidak sekali - kali menghalalkannya sehingga kesemua mereka ini meminta maaf secara terbuka kepada negara.

CUIT SIKIT:

Kepada para Pegawai KOM sekarang dan akan datang, lihatlah KEHEBATAN Atlit Negara dahulu, kini dan akan datang di acara pecut.

Tidakkah para Tan Sri, Dato', Datuk dan juga Tuan serta Puan di KOM berasa MALU kerana rekod menunjukkan di saat Bolt dan Rakan - Rakan semakin laju berlari, atlit kita pula berlari semakin perlahan.

Itukah yang anda semua katakan Kita Semakin Maju?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH