25 Ogos lalu telah memberikan perubahan yang nyata buat dua pasukan utama di Kumpulan C.
PERAK atau Seladang dengan reputasi pasukan pilihan utama Kumpulan C beraksi goyah dan koyak setakat dua perlawanan. Bernasib baik mendapat satu mata di Selayang, Perak akhirnya tumbang menyembah bumi sendiri pada 25 Ogos.
Lampu limpah yang terpadam tiba - tiba rupa - rupanya membawa petaka buruk buat Tentera Kak Limah. Di Ipoh, Perak menjadi pasukan ratahan Felda United yang pulang dengan kemenangan 4-2.
NS atau Rusa yang agak longlai di Melaka, bangkit hebat membelasah Sime Darby 4-0. Gandingan bertaraf BISO BONAR Effa Owona dan Khairul Izuan Abdullah begitu menjadi di Paroi.
Kemenangan besar itu mungkin menjadikan 7 Syawal itu adalah hari raya terhebat buat PSNS tahun ini.
28 Ogos nanti, RUSA akan melayan SELADANG di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Dan, setakat ini, dilaporkan tiada sebarang siaran langsung di tv. Maknanya, kalau nak menonton, kena datang ke STAR, Paroi. Mungkin berlaku perubahan saat akhir, itu cerita lain.
Apa yang boleh dibanggakan, biar pun kedua - duanya hampir seimbang, NS belum pernah tewas kepada Perak di Paroi.
Aku fikir, Jang Jung pasti poning merencana strategi untuk berhadapan dengan NS yang telah menunjukkan gelagat Sang Juara mereka.
Carta Semasa Kumpulan C,
CUIT SIKIT:
Jika tiada langkah sumbang di pihak NS, aku fikir, Perak akan diratah lagi Selasa ini. Sementelahan pula, rekod membuktikan, NS akan menjaringkan 3 gol apabila bertemu Perak di Paroi. Ini fakta, bukannya auta.
Sehingga tibanya detik Kak Limah dikunyah Rusa, kita teruskan beraya.
HOBIN JANG HOBIN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan