Terengganu dan Negeri Sembilan semakin pasti akan bertemu di final Piala Malaysia 2011. Dua gol agregat yang diraih di arena lawan, sudah cukup buat penyokong kedua - duanya, menempah bas rombongan ke Shah Alam, 29 Oktober nanti.
Kedua - dua pasukan datang dari kumpulan B peringkat kumpulan. Situasi yang sama musim lalu di mana dua finalis, Kelantan dan Negeri Sembilan bermain di kumpulan A.
Rekod peringkat kumpulan menunjukkan Negeri Sembilan menang satu gol kosong di Seremban dan seri tanpa jaringan di Kuala Terengganu. Namun, rekod hanyalah sebagai rujukan dan tidak akan memberikan apa - apa kelebihan apabila mereka bertemu lagi di final nanti.
CUIT SIKIT:
Misi 33 Selangor sudah boleh dianggap tamat di Shah Alam sebentar tadi. Masalah sebenar Selangor bukanlah kerana kekurangan dorongan dan habuan. Masalah Selangor hanyalah kerana mereka bermain dengan menggunakan satu penjaga gol, empat pertahanan dan enam pemain tengah. Tiada penyerang tulen.
Satu atau dua pemain tengah itu akan menjadi penyerang sambilan [part time]. Biasalah, sebagai part timer, kekadang berjaya, kekadang tidak. Selalunya yang dilakukan secara part time ini tidak menjadi.
Tanpa penyerang tulen, Selangor cuba bermain ala hoki. Permainan hoki amat mudah. Jika anda gagal mencari gol padang, carilah gol menerusi pukulan sudut penalti.
Hal yang sama cuba dilakukan oleh Selangor. Mencari peluang jaringan gol menerusi situasi bola mati menerusi Shafiq Rahim. Apabila tiada situasi bola mati, maka mati jugalah peluang untuk mendapatkan gol. Matinya peluang mendapatkan gol, mati jugalah misi 33.
Menerusi siaran TV, Yunus Alif selaku Ketua Jurulatih T- Team pula nyata menyalahkan penjaga golnya, sebagai punca kekalahan 2-4 pasukannya di tangan Negeri Sembilan.
"Penjaga gol saya terlalu takut dengan Hai-O yang berkepala botak tu", ulas beliau usai perlawanan.
Kepada JANG NS dan AWANG GANU, tempahan baas rombongan ke Shah Alam, dibuka sekarang.
Keputusan Separuh Akhir 1 adalah seperti di bawah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan