Penyokong NS tetap
beli tiket
SETIAP kali aksi final Piala
Malaysia, pasti ada isu tiket. Jika sebelum ini penyokong tidak dapat membeli
kerana tiket habis dijual, kali ini ceritanya harga tiket mahal, lapor RAIS
YEOP JOHARI.
Begitupun, sebilangan besar
penyokong Negeri Sembilan tiada mempunyai pilihan, malah terpaksa akur dengan
keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membeli harga tiket pada harga
yang agak mahal demi menyaksikan aksi final Piala Malaysia di Stadium Alam,
Sabtu ini.
Kata mereka, bola sepak adalah
sukan nombor satu di negara ini dan aksi final adalah saat-saat yang
ditunggu-tunggu dek kerana minat mereka tetap menyaksikan pasukan kesayangan,
sekali gus mengenepikan isu harga tiket.
Seorang peminat, Farizi
Mohd., 20, berkata, FAM sepatutnya mengambil kira semua faktor termasuk
kemampuan orang ramai.
"Rata-rata yang peminat
bola sepak tempatan ini adalah golongan yang berpendapatan sederhana dan di
kalangan belia yang masih belajar.
"Penonton yang datang tengok
Piala Malaysia dengan mereka yang datang menyaksikan perlawanan persahabatan
kelab gergasi England (EPL) baru-baru ini adalah golongan yang berbeza,"
katanya.
S. Anand Raj, 32, pula
berkata, setiap kali Negeri Sembilan berjaya ke final Piala Malaysia, dia tidak
pernah ketinggalan menyaksikannya.
Ujarnya, walaupun tidak
berpuas hati dengan keputusan FAM itu dia tidak mempunyai pilihan, membeli pada
harga yang telah ditetapkan.
Bagi Khairulzzaman Mohd.
Yusof, 31, keputusan FAM itu dianggap terlalu membebankan penyokong.
"Kami bukannya orang
senang, nilai RM50 amat besar buat kami yang berpendapatan kecil,"
ujarnya.
Penyokong setia Hoben Jang
Hoben mula berkumpul di pekarangan pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan
(PBNS) kira-kira sejam sebelum tiket dijual pada pukul 5 petang semalam.
Dalam pada itu, lain pula
kisah sekumpulan penyokong yang kecewa dengan isu harga tiket tersebut apabila
memboikot penjualan tiket.
Antara luahkan mereka menerusi poster kecil
berwarna kuning yang dipegang: 'Poketku habis binasa', 'FAM cekik darah'
serta 'penyokong profesional'.
CUIT SIKIT:
Binasa atau tak binasa, bola tetap bola. Walau pun dalam tempoh seminggu ni hujan kerap turun di Negeri Sembilan yang menyebabkan aktiviti menoreh getah tergendala, tiket bola tetap dibeli.
Penangan bola terutamanya apabila ianya Pertandingan Akhir Piala Malaysia. Kerana minat dan sentimen kenegerian, tiket mahal pun tetap ada pembelinya. TERPAKSA. Memang terpaksa. Takkan nak biarkan pasukan NS bermain tanpa sokongan.
Dalam hal ini, FAM telah menang satu kosong ke atas penyokong Negeri Sembilan. Itulah untungnya menjadi tokey.
POKETKU HABIS BINASA?
WAKA WAKA ...THIS IS THE TIME FOR SHAH ALAM.....
WAKA WAKA ...THIS IS THE TIME FOR SHAH ALAM.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan