Jumlah Paparan Halaman

10.10.11

MULANYA DI SINI.....

PENCAPAIAN 8 PASUKAN DI PERINGKAT KUMPULAN
JADUAL KALAH MATI
CUIT SIKIT:

Sudut Merah;

Melihat jadual kalah mati, ulangan final Piala FA 2011 tidak akan berlaku. Kelantan dan Terengganu akan bertempur di suku akhir. Juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan berkemungkinan tersingkir di peringkat ini.

Jadual ini juga memungkinkan pertemuan Terengganu dan T-Team sebagai abang dan adik di separuh akhir. Jika begitu, ada kemungkinan Terengganu akan ke final. Sekiranya Kelantan menang di suku akhir, aku fikir Kelantan akan ke final.


Sudut Biru;
Negeri Sembilan dan Perak dijangka mudah melepasi halangan di suku akhir. Sukar buat Selangor untuk meneruskan langkah selagi masalah serangan mereka tidak diatasi.

Negeri Sembilan pula bukan tandingan buat Felda United kerana para pemain mereka sangat berpengalaman di Piala Malaysia ini. AK-9 mungkin meletup kali ini.

Sudut Aku?

Aku nak melihat final diantara PERAK dan T-Team. Sebabnya....
PERAK adalah pasukan tunggal yang tidak kalah di peringkat kumpulan. T-Team pula adalah pasukan yang paling banyak menjaringkan gol di peringkat kumpulan. Pertahanan mereka juga seimbang.

Tetapi, final nanti adalah medan buat Negeri Sembilan dan Terengganu. Kajilah final - final sebelum ini. Musim lalu, Kelantan dan Negeri Sembilan adalah pasukan yang bermain di kumpulan A dan, kedua - duanya melangkah  ke final. Tahun ini, giliran pasukan dari kumpulan B pula.

Itu kata AKU. Apa pula KATA ANDA?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH