Jumlah Paparan Halaman

2.10.11

BENARKAH BERITA INI?.....


Bagi warga Felda, Pengerusi baru mereka, TS Isa Samad kini menjadi musuh nombor satu mereka.

Tidak sampai setahun dilantik oleh Najib Razak untuk menjaga Felda, TS Isa Samad didakwa menunjukkan belangnya yang sebenar satu per satu.

Kemuncak kemarahan mereka kepada Isa adalah perlantikan beliau sendiri sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dalam mesyuaratnya menjelang Aidil Fitri lalu.

Selanjutnya di.....
CUIT SIKIT:

Benarkah berita ini?

Jika benar, memanglah ia satu berita yang amat malang buat kita semua sebagai pemegang saham KPF.

MALANG kerana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini. Semua Pengerusi KPF sebelum ini adalah PENGARAH BESAR FELDA.

MALANG kerana PENGARAH BESAR FELDA ketika ini dirampas jawatannya ketika beliau di MAKKAH.

MALANG kerana PENGARAH BESAR FELDA tidak lagi dipercayai untuk menerajui KPF yang seringkali memberikan kita dividen tahunan yang besar.

AMAT MALANG kerana perlantikan Pengerusi KPF itu dibuat secara pintu belakang, bukan menerusi norma, peraturan dan undang - undang kecil koperasi berkenaan.

Lebih MALANG jika anda semua yang membaca catatan ini, tidak memberikan maklumbalas di ruang ulasan.

APA KATA ANDA tentang kesahihan berita ini?

Nota Kaki:

Sebahagian daripada peraturan dan undang - undang kecil KPF

                Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada entiti-entiti berikut:-

a.       Peneroka-peneroka Felda, isteri dan anak-anak mereka yang warganegara Malaysia dan berusia tidak kurang daripada lapan belas tahun dan berkelakuan baik.

b.      Koperasi-koperasi peneroka Felda.

c.       Kakitangan-kakitangan Felda yang sedang bertugas, isteri dan anak-anak mereka yang warganegara Malaysia dan berusia tidak kurang daripada lapan belas tahun dan berkelakuan baik.

d.      Kakitangan-kakitangan Felda yang sudah bersara yang warganegara Malaysia dan sudah menjadi anggota Koperasi sebelum bersara.

e.      Koperasi-koperasi kakitangan Felda.

                Fungsi mesyuarat agung.             

a.       mengesahkan minit mesyuarat agung tahunan yang terdahulu dan mana-mana mesyuarat agung khas yang berselang;

b.      menimbang laporan-laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman, dan pandangan Ketua Pendaftar mengenai akaun-akaun teraudit dan laporan Lembaga koperasi;

c.       menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit koperasi berdaftar dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, bersama dengan laporan juruaudit;

d.      memilih anggota-anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman;

1.2  Fungsi-fungsi di bawah perenggan (1)(a). (b), (c.), (d) dan (e) hendaklah diputuskan  oleh mesyuarat agung tahunan.

1 ulasan:

  1. Suke sya nyatakan mmg TS tu saya tak suke.. ape nak buat sape lah esey ni

    BalasPadam

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH