Pengerusi Felda baru
ini bersama pegawainya yang rakus dan rakan politiknya dengan penuh nafsu cuba
mengubah, memaksa dan campur tangan dalam setiap projek dan keputusan
profesional harian pengurusan Felda. Seseungguhnya inilah pertama kali warga
Felda melihat Pengerusi Felda yang serakus seperti ini berbanding Pengerusi Felda
sebelumnya yang dilihat bertindak bagaikan seorang bapa tempat bersandar
harapan.
Bukan satu rahsia
bahawa Warga Felda sangat sayangkan Pengarah Besar Felda baru ini. Merendah
diri, bersuara lembut, bersopan santun tetapi bijak dan cukup berani menghadapi
risiko menjadikan dirinya popular di kalangan warga Felda. Malah, warga Felda
menganggap Pengarah Besar adalah saudara mereka sendiri. Pengarah Besar ini
boleh diharapkan untuk melawan serakah Pengerusi Felda dan UMNO dalam membolot
projek dalam Felda.
Pengerusi Felda
berasal dari Port Dickson ini sangat marah kerana beliau tidak biasa diikat
dari mendapat apa dikehendakinya! Sebagai MB Negeri Sembilan tidak lama dahulu,
apa sahaja di udara, tanah dan lautan adalah milik UMNO serta dia merasakan
begitu juga di Felda, Felda Holding dan anak syarikatnya, Koperasi Permodalan
Felda, Yayasan Felda, Felda United dan lain-lain syarikat berkaitan Felda.
Akhirnya Pengerusi
Felda mula menghentak kaki dan menerpa ke pejabat Najib. Selepas pertemuan
itu,Pengerusi Felda kembali bersiul-siul ke sarangnya di Balai Felda dan
memulakan perancangannya bersama ahli politik lain di dalam Lembaga Pengarah
Felda serta CEO Felda Global Venture (kelayakan jawatan ini mestilah sudi
menjadi badut UMNO dan bijak membazirkan dan merancang projek mega yang pasti
rugi).
Ketika Pengarah Besar
Felda harapan warga Felda menunaikan umrah dan berhari raya di Mekah, Pengerusi
Felda pun memulakan kejutannya dan menunjukkan Tiket Semua Boleh dari Najib dan
melaksanakan beberapa resolusi dengan bantuan ahli politik serta CEO Felda
Global di dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Felda dan dengan bangga melantik
dirinya sebagai Pengerusi KPF baru tatkala Pengerusi KPF asal sujud di hadapan
Kaabah memohon diberikan malam lailatul qadar di tanah suci Makkah.
Dalam satu tindakan
sahaja, Pengerusi Felda atau nama sebenarnya Tan Sri Mohd Isa Hj Abd
Samad,seorang pesalah rasuah politik berjaya mengatasi segala undang-undang
tercatat dalam Koperasi Permodalan Felda, menghilangkan kuasa Felda ke atas
tanahnya yang diuruskan oleh Felda Plantation dengan cagaran selama 60 tahun,
meluaskan kuasa dan dana Yayasan Felda boleh membuat sumbangan lebih besar
terhadap tabung pilihanraya BN (termasuk kempennya kelak) dan juga berjaya
menjadikan pengurusan dan kakitangan Felda hilang suara terhadap hala tuju anak
syarikat Felda yang didapati semakin hari semakin lupa asal usul dan
tanggungjawab sosial terhadap warga Felda.
Isa tidak akan
berjaya melakukan ini semua tanpa bantuan Ketua Pegawai Operasi Felda Global
Ventures dan bossnya, iaitu CEO Felda Global Ventures. Penghargaan khusus juga
perlu diberikan Isa kepada Faizoull Ahmad, Pengarah Inovasi dan Belia Felda
yang sanggup menjadi pembunuh utama karakter Pengarah Besar Felda sekarang
kerana percaya dengan janji Isa menjadikan beliau Pengarah Besar Felda dalam
masa terdekat sebaik sahaja Isa berjaya menekan Pengarah Besar sekarang
meletakkan jawatan.
Faizoull dikatakan
warga Felda bagaikan melepaskan anjing tersepit di mana walaupun menjadi orang
harapan Pengarah Besar Felda dan diberikan jawatan Pengarah, diwujudkan sebuah
jabatan baru khusus untuk dirinya dan sebagai mengiktiraf bakat beliau yang
diharap dapat memberi nafas baru dalam program transformasi dan inovasi Felda
dan memberi cadangan baru pembangunan baru belia Felda, Faizoull telah secara
terang-terangan mensabotaj, memberikan ucapan memburukkan bosnya serta
menghantar kertas kerja paling ajaib dalam sejarah Felda iaitu meminta jabatan
beliau cuma melapor kepada Pengerusi Felda tanpa melalui Pengarah Besar Felda.
Akhir sekali, Isa
pasti mengingati jasa Jawatankuasa Pusat MBFM diketuai Anuar Manap, Ketua
Pemuda UMNO Sekijang yang tanpa bantuan dan sokongan Pengarah Besar Felda
sekarang pasti sukar dikenali dan selesa pada waktu ini sehingga namanya
dinaikkan sebagai calon UMNO ADUN Johor. Politikus UMNO muda ini apabila
menyedari Najib telah melantik Isa veteran UMNO sebagai panel pemilih calon DUN
dan Parlimen, dengan segera mendapatkan sokongan Jawatankuasa Pusat MBFM dan
isteri-isterinya (sudah mampu kahwin dua walau masih muda) untuk menukar sokongan sepenuh jiwa raga
kepada Isa serta menjadi balaci Isa, Ahmad Maslan, Dato Sabri dan Faizoull
dalam melaksanakan perancangan jahat mereka.
Anuar Manap lupa
bahawa Pengarah Besar Felda sekarang yang mewujudkan Jabatan Belia iaitu sebuah
jabatan baru dalam Felda sebagai penghargaan Felda terhadap belia yang menjadi
teras utama baru Felda, memberikan banyak bantuan kewangan dan projek (dimana
laporan kewangan penggunaan wang secara terperinci disembunyikan dari Felda
serta jumlah bantuan ini dirahsiakan dari peringkat akar umbi bagi membolehkan
pimpinan pusat sapu dahulu), melibatkan belia dalam perancangan transformasi
dan inovasi Felda, mewujudkan KPF2 serta melantik seorang pegawai jawatankuasa
pusat sebagai pegawai kanan Felda dengan emolumen tidak kurang RM6,000 sebulan.
Warga Felda bernasib
baik kerana MBFM di peringkat wilayah masih lagi waras dan tidak nampak faedah
tindakan-tindakan Isa Samad ini serta mula mempertikaikan kepimpinan MBFM yang
mendahulukan cita-cita Anuar berbanding menjadi neutral.
Pada masa ini, Isa
Samad mengarahkan Felda menghentikan semua program Felda di luar pejabat
sehingga bajet dibentangkan dengan harapan dapat mengekang penyebaran maklumat
isu-isu ini dan berdoa supaya gula-gula kepada warga Felda yang bakal diberikan
Najib semasa Bajet 2012 mampu membuatkan warga Felda terleka sebentar.
Pengurusan dan
kakitangan Felda benar-benar terasa seperti dikenakan Akta ISA walaupun Najib
telah berjanji menghapuskan Akta ISA tetapi terlupa menghapuskan ISA yang
tertinggal di Balai Felda itu.
Hidup Felda!
Suntingan daripada
tulisan penuh di..
CUIT SIKIT:
Mungkin benar, mungkin juga tidak. Mungkin ini hanyalah luahan hati seorang lagi desporado di Wisma Felda atau di Balai Felda. Menulis kerana marahkan Pengerusi Felda yang tidak memperdulikan beliau.
Jika tidak benar, ABAIKAN sahaja. TETAPI, sekiranya BENAR, apakah tindakan kita semua?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan