Jumlah Paparan Halaman

17.3.11

RUMAH KACA DI MEDAN RAHANG…..

CUIT SIKIT:

Mendiami atau beroperasi di rumah atau pejabat yang berdinding kaca sepenuhnya adalah trend semasa kerana memberikan suasana berbeza berbanding dinding biasa.

TETAPI, AWAS!!!!! Kaca walau setebal mana sekalipun, walau semahal mana harganya, tetaplah kaca. Rapuh dan mudah retak.
Tuan premis pastinya boleh jadi begini, sekiranya keseluruhan dinding kacanya retak.


CUIT SIKIT:

Berdasarkan laporan media terkini, Wan Jamak Wan Hassan, Ketua Jurulatih pasukan Liga Super Negeri Sembilan, ibarat tuan rumah berdinding kaca yang mula retak. Mengapa?
Bukan satu tapi dua. Sudah dua kali Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan [PBNS] memberikan amaran.
TAJUK UTAMA SUKAN NS HARI INI-17 MAC 2011:-

Presiden PBNS mula 'naik angin'
Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI zulkarnain.ali@kosmo.com.my
PBNS beri amaran singkir pemain
Oleh Mohd Amin Jalil bhsukan@bharian.com.my 2011/03/17
Presiden PBNS hilang sabar
Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR sukan@utusan.com.my
Bolasepak Negeri Sembilan – Lakukan atau sedia dibubar !!!
March 16, 2011 by Rashid http://n9kini.com/?cat=12
KPI Pasukan: Pertahan Piala FA, Juarai Liga Super dan Rampas Piala Malaysia.
Piala FA sudah terlepas, Liga Super nampak sukar. Piala Malaysia? Kita tunggu.
CUIT SIKIT:

Posting bertajuk Tolong Kasihani Warga Felda Palong.....adalah berkaitan dengan prestasi merudum pasukan NS yang turut menjadi kemarahan Presiden mereka sendiri.

CUIT SIKIT:

DATELINE 2 APRIL: Menang bukan seri, apa lagi kalah. Mungkin itu sahaja pilihan yang ada buat Wan Jamak dan pasukannya. Jika gagal, senario ini aku pasti akan berlaku,

Sehingga ke tarikh itu, Tuan Presiden, kepimpinan PBNS, rakan media dan seluruh penyokong serta peminat jauh dan dekat,  akan melihat pasukan NS seperti ini;

CUIT SIKIT:

Pun begitu, aku doakan, 
AYU RAUDAH & ZAKUAN
agar pasangan ini tidak pula membina rumahtangga yang juga berdinding kaca. Rapuh dan mudah berderai seperti kebanyakan pasangan "glamour" lainnya.
Sebarang permohonan untuk menjadi Ketua Jurulatih,pemain atau sebarang jawatan yang sesuai dengan kebolehan bola sepak anda, hantarlah ke:
WISMA PBNS,
Medan Rahang,
70100 SEREMBAN NS.

***dapat atau tidak, TAK DAPET SEY NOLONG TU DOH.........JANGAN MARAH HEH!!!!!
Nota kaki:-
terkini:  http://n9kini.com/?p=30965

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH