Jumlah Paparan Halaman

15.3.11

MAIN ATAS BAWAH,tengah jangan lupa.....


Pasti seronok apabila berada di atas. Semuanya gembira apabila berada di atas. Atas Atas Atas. Siapa pun tak mahu di bawah.

HEBAT apabila di atas
CUIT SIKIT:

Hanya kerana berada di bawah, bukan di atas, Ketua Jurulatih Perlis, Mosthakeen Omar meletak jawatan. Hanya kerana berada di tengah, diulang DI TENGAH, Ketua Jurulatih Kedah, Haji Ahmad Yusuf bercuti tanpa tempoh.

Kerana berada di tengah jugalah, Faizal Zainal selaku Penolong Pengurus Pasukan bertukar kerja sebagai Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan [PBNS]. Khabarnya, kegagalan pemain menjaringkan gol di padang dan memberikan kemenangan kepada pasukan adalah angkara campur tangan beliau di luar padang.

Semua ini berlaku kerana satu sebab. Hanya kerana pasukan mereka tidak berada DI ATAS di saat tiada siapa pun sebenarnya mahu berada di bawah.

Usai 7 perlawanan [27.92 %] perlawanan Liga Super, inilah 3 pasukan teratas.


Mari kita lihat prestasi sebenar 3 pasukan di atas itu. Kaji dan rumuskanlah sendiri samada ketiganya layak berada di atas dan bakal berterusan atau sekadar bersifat sementara.
KELANTAN paling ATAS
CUIT SIKIT:

Pasukan ini tidak tewas di enam perlawanan pertama. Kalah di gelanggang lawan di perlawanan ke 7. Adakah mereka mula merosot?

KATA AKU: ada kemungkinan prestasi pasukan sedikit menurun kerana jadual liga yang terlalu ketat sepanjang Februari. Tambahan pula, boleh dikatakan semua pasukan liga Malaysia ini bukanlah pengamal sistem penggiliran pemain seperti di Eropah. Semuanya kerana pasukan tidak mampu berbelanja besar untuk membentuk 2 barisan mantap. Kalau REAL MADRID lainlah.
sikit bawah.....FELDA UNITED tempat kedua
CUIT SIKIT:

Pasukan ini nampak konsisten di lima perlawanan terakhir. Tetapi harus diperhatikan lawan - lawan yang telah mereka temui. Tiada satu pun pasukan TOP FIVE [istilah kat kampung aku] yang mereka temui. Maksudnya, pasukan ini belum teruji dengan cabaran sebenar.

Namun, sedikit kredit harus diberikan.  FELDA United adalah pasukan yang tidak pernah merasa nikmat bermain di gelanggang sendiri setakat ini. Semua keputusan diperolehi di gelanggang bukan gelanggang mereka.

KATA AKU: ujian sebenar akan datang dalam tempoh 5 hari ini. Hari ini, FELDA United akan turun di Kota Bharu, bertemu Kelantan untuk suku akhir pertama Piala FA. Satu perlawanan kalahmati yang berlainan pendekatan dengan perlawanan liga.

19 Mac nanti, sekali lagi FELDA United bertemu Kelantan. Sebagai tuan rumah tetapi di gelanggang lawan. Kalau menang di Kota Bharu, bolehlah dikatakan mereka telah lulus ujian pertama.

2 perlawanan Piala FA ini juga merupakan medan untuk menilai kemampuan sebenar Kelantan. Samada mereka mampu bangkit daripada kekalahan mengejut di tangan Pahang atau tidak, jawapannya akan diketahui malam ini dan juga pada 19 Mac nanti.
SELANGOR 4 perlawanan terakhir tanpa SAFEE SALI
CUIT SIKIT:

Semua pihak pasti menyorot untung nasib Selangor selepas ditinggalkan oleh peledak terbaik Asia Tenggara di Kejohanan AFF Suzuki bermula 14 Februari. Jawapannya anda boleh lihat menerusi carta di atas.

KATA AKU: berasaskan 4 perlawanan terakhir, Selangor masih konsisten mampu menjaringkan gol. Mereka menjaringkan tiga gol di tiga perlawanan pertama bersama Safee Sali. Selepas ditinggalkan Safee Sali, mereka menjaringkan 7 gol. Mereka adalah calon aku untuk bergelar Juara Liga Super sekali lagi.

AKHIRNYA, mari kita lihat apa yang telah dicapai oleh ketiga - tiga pasukan musim lalu.
FELDA United muncul juara Liga Premier [ Divisyen 2lah tu]
 
SELANGOR juara Liga Super [ini Divisyen 1 punya]

PIALA Emas Raja - Raja ? Itu adalah kejohanan sampingan semasa Liga Malaysia berehat menuggu musim baru. Pemainnya pun bukanlah pemain skuad Liga Malaysia tu.
HABIS TU? takkan setakat menang Piala Emas Raja - Raja boleh jadi pasukan teratas Liga Super musim ni?

Eh..adalah piala lain yang paling hebat dimenangi Kelantan. Tak Percaya?

Lihatlah sendiri.... 

Piala FAM tu kira Divisyen 3lah.

 bawah sikit....

PIALA MALAYSIA ADALAH IDAMAN SEMUA PASUKAN BOLA SEPAK DI MALAYSIA

CUIT SIKIT:

SIAPA MENANG SIAPA KECUNDANG? Tunggulah saatnya. Dengan bola sepak Malaysia yang diurustadbir secara tidak profesional dan rasional itu, segala kemungkinan boleh berlaku.

Ada kemungkinan pasukan yang bagus sekarang ini, akan merosot dan terperosok ke tangga bawah bukan kerana pemain  tidak bagus. Tetapi kerana "nasi tambah" yang berlebihan, juga kerana terlalu banyak "semut" datang menghurung. Maklum sahaja, bila dah nampak hebat, semuanya akan mengaku saudara dan ingin menumpang senang. Mungkin juga pasukan yang bagus sekarang ini akan merudum prestasinya kerana kegagalan persatuan membayar gaji dan memenuhi keperluan kontrak.

Segalanya mungkin di Malaysia. Jika tidak begitu, masakan boleh barang bukti didapatkan secara tidak sah dan juga mana mungkin ketika perbicaraan sedang berada di puncak, baru sibuk hendak mendapatkan bukti [DNA] baru. Siap demonstrasi lagi. Itu sebab ramai Bangla datang ke sini, kerana di negara mereka, perkara luar biasa ini, tidak berlaku.

Pasukan yang dapat memisahkan urustadbir persatuan dan urustadbir pasukan dengan bijak dan tidak dihurungi terlalu banyak LANGAU dan KERENGGA, akan memperolehi ganjarannya. Dan....pemenangnya ialah SELANGOR DARUL EHSAN.
TUNGGU dan LIHAT di akhir episod Bola Malaysia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH