Jumlah Paparan Halaman

11.3.11

TERIMA KASIH WANITA.....

Catatan Khas Selepas Sambutan Hari Wanita.
Nota kepala:
setakat jam 6 pagi 12 mac, dilaporkan lebih 1000 orang hilang kerana gempa bumi dan tsunami di Jepun. Bagaimana pun, pusat kain ela tersohor NAGOYA tidak terlibat dengan gempa dan tsunami tersebut. selamat shoping sempena cuti sekolah.

Catatan I:
CUIT SIKIT:

Mungkin kejadian itu tidak berlaku sekiranya peraturan kewangan FELDA dijadikan amalan semua pihak di negara ini. Peraturan itu sangat mudah, iaitu, semua urusan yang melibatkan wang tunai samada dihantar atau dibawa keluar dari bank, si pembawa tidak dibenarkan singgah di mana - mana waima untuk melepas hajat sekali pun.

Mungkin juga tidak menjadi sesalan sekiranya suri rumah [WANITA] berkenaan turut membawa seorang lagi teman. Sebaik - baiknya anggota RELA dan bersenjata api.

Catatan II:
CUIT SIKIT:

Sekali Terkena : Dua Kali Pengalaman. Itulah bidalan orang dahulu berkaitan kesilapan hidup. Jika sekali, mungkin kerana tertipu oleh Jantan Kabaret. Dan selepas itu pasti serik untuk melakukannya lagi.

Tetapi, kalau dah sampai TUJUH KALI, ini memang sengaja mencari NAHAS.


Catatan III:
CUIT SIKIT:

Buku teks itu adalah novel yang dijadikan sebagai teks komponen sastera [Komsas] yang hangat dibantah oleh segelintir umat baru - baru ini. Ala..novel in***l** tu la.
 
Ketiga - tiganya ditahan polis dan pastinya menyusahkan ibu mereka [WANITA]. Bukan salah ibu mengandung, tidak juga silap bapak yang menyorong. Semuanya berlaku kerana ada yang mendorong dan berpolitik dengan cara yang BEBAL.

Catatan IV:
Kancil tewaskan gajah
CUIT SIKIT:

Kelab Ukraine FC Shakhtar Donetsk bukanlah kelab ternama Eropah tetapi mampu menewaskan kelab lebih ternama dan kaya daripadanya. AS Roma, nama besar dari Itali baru sahaja mendapatkan khidmat jurulatih baru, Vincenzo Montella. FC Shakhtar Donetsk layak ke peringkat suku akhir Liga Juara - Juara Eropah. Sudah sebaris dengan FC Barcelona.  Terima kasih WANITA kerana melahirkan lelaki budiman dan berbakat yang bermain untuk FC Shakhtar Donetsk ini.

Jika, FC Shakhtar Donetsk membuat kejutan di Eropah, di Malaysia turut berlaku kejutan. Persamaannya ialah, kejutan itu datangnya daripada pasukan yang memakai jersi oren berjalur hitam, berseluar hitam dan bersetokin oren.

Imbas Kembali: 4 Mac 2011 yang mengubah suasana bolasepak Kedah Darul Aman

Angkara tewas kepada FELDA UNITED, penyokong - penyokong setia Kedah telah membuat bantahan supaya pengurusan pasukan dipecat, di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, usai perlawanan tersebut. Laporan awal boleh anda baca di posting bertajuk BUKAN SATU TAPI DUA sebelum ini.

Penangan pinang masak berjalur hitam ini mengakibatkan Haji Ahmad Yusuf [AY], Ketua Jurulatih Kedah, direhatkan sementara. Aku jangka beliau akan ditamatkan kontrak dan akan digantikan oleh individu lain selepas ini.

Jika benar ianya berlaku, ini pasti akan membuatkan sekurang - kurangnya, seorang WANITA akan turut merasa tempiasnya. WANITA itu, pastinya Isteri beliau. Mungkin juga ada WANITA - WANITA yang meminati AY turut merasa kehilangan beliau selepas ini.

Namun, aku bersyukur kerana berdasarkan gambar yang ada, tidak pula kelihatan WANITA turut membuat bantahan.
Atas Kiri dan Tengah: Pemain FELDA United meraikan gol kemengan.
Atas Kanan: Haji Ahmad Yusuf - Ketua Jurulatih Kedah.
Bawah: Sebahagian penonton yang membuat bantahan.
Mungkinkah pinang masak berjalur hitam ini terus membuat kejutan di Malaysia dan Eropah? Kita tunggu dan lihat.

Sekali lagi, TERIMA KASIH WANITA kerana melahirkan bakat - bakat besar di arena bola sepak terutamanya untuk pasukan pinang masak berjalur hitam ini, walau pun ada WANITA yang 7 kali menggugurkan kandungan kerana hubungan haram dengan lelaki.

TERIMA KASIH WANITA kerana memberikan aku kesempatan menulis catatan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH