Sebagai mantan penyiar di radio RTM, aku ucapkan jutaan tahniah kerana kurang seminggu dari sekarang, RTM akan berusia 65 tahun. Terima kasih RTM kerana RTMlah aku pernah menjadi lelaki Felda paling popular di Negeri Sembilan. Sampai saat ini pun, masih ada yang menyangka aku masih bertugas di sana. Pada halnya, tugas aku di Radio RTM tu dah berakhir pada Oktober 2009. Manakala tugas aku di FELDA pula, berakhir pada Oktober 2010 lalu.
ATURCARA SAMBUTAN:
PENGISIAN SAMBUTAN?
Sukan RTM khususnya BOLA SEPAK menjadi ikutan ramai pihak terutamanya anak muda dan keluarga yang tidak mampu mengikuti dan membayar siaran tv berbayar. Justeru, AKU YAKIN dan PERCAYA, kerana BOLA SEPAKlah, muncul slogan....
Pesta Bola Merdeka, sekitar tahun 60'an hingga 70'an, bukan sahaja melahirkan bintang - bintang hebat seperti M. Chandran [Datuk], Soh Chin Aun [Datuk], Mokhtar Dahari, Namat Abdullah dan sebagainya, malah di zaman radio menjadi sumber utama info rakyat Malaysia, RTM turut melahirkan bintang - bintangnya sendiri....
Trend itu kemudiannya diikuti personaliti di bawah, yang menjadi popular menerusi Sukan RTM. Bukan menerusi radio tetapi, menerusi kaca tv di seluruh negara.....
Namun, tahun 2011, menjelang usia ke 65 RTM, ianya hanyalah kenangan. Memang masih jelas di sebut oleh penyampai - penyampai Info Sukan RTM setiap hari jam 1.30 petang, Sukan Terbaik Hanya di RTM namun.....
Apalah erti SUKAN TERBAIK itu, jika bola sepak yang menjadi sukan nombor satu negara dan dunia, tidak disiarkan secara langsung oleh RTM. Apalah maknanya, jika Liga Malaysia tidak dapat ditonton oleh majoriti rakyat menerusi RTM. Apa juga malangnya, jika laporan Liga Malaysia menerusi Info Sukan tu sangat hambar. Tangan Siapa yang menahan siaran bola sepak itu, tidaklah aku ketahui.....
CUIT SIKIT:
Antara komen rakan fb apabila aku mohon komenSukan Terbaik Hanya Di RTM...
Shah Shahminan: Mano sukan eh???x penah nengok pun
Tarmizi Hasan :slogan tahun lepas punya...
Jerangkung Atas Katil: x nampak ko.....sukan teka kata......betul atau tidak....haaaaaa
AKU FIKIR, ADA JUGA LOGIKNYA RTM TIDAK LAGI BERMINAT UNTUK MENYIARKAN SUKAN BOLA SEPAK SECARA LANGSUNG ATAU TERTUNDA MAHU PUN SECARA ULASAN TERPERINCI SEPERTI DULU - DULU. MAKLUM SAHAJALAH, DI SAAT USIA 65 TAHUN INI, TENTUNYA SURAU DAN MASJIDLAH TEMPAT YANG MENJADI KEUTAMAAN, BUKANNYA STADIUM BOLA SEPAK.
Pada usia 65 tahun ni, aku rasa RTM patut dan perlu mengekalkan rancangan keagamaan yang ada. Di sebelah malamnya terutama di malam Ahad, siarkanlah juga rancangan - rancangan nasyid, qasidah, berzanji, marhaban dan sebagainya supaya semua anak muda di Malaysia ini kembali ke landasan Agama Islam sebenar.
Dalamasa yang sama, ianya juga mampu untuk mengelakkan mereka daripada politik fitnah dan dakyah pembangkang. Maklum sahajalah, fitnah dan dakyah pembangkang akan merosakkan "orang - orang baik" macam kita ni.
Dalamasa yang sama, ianya juga mampu untuk mengelakkan mereka daripada politik fitnah dan dakyah pembangkang. Maklum sahajalah, fitnah dan dakyah pembangkang akan merosakkan "orang - orang baik" macam kita ni.
Andainya RTM masih berminat untuk mengekalkan slogan Sukan Terbaik Hanya Di RTM, tetapi tidak mahu menyiarkan Liga Malaysia secara langsung, AKU CADANGKAN; RTM anjurkanlah liga dan siarkanlah secara langsung sukan - sukan di bawah ini:-
Aku fikir, pada usia 65 tahun ni, eloklah RTM siarkan acara - acara sukan yang murah dan mudah seperti di atas, tetapi menjadi ikutan ramai tu. Kalau dijadikan topik Bicara Rakyat pun, tentu ramai penontonnya.
Aku fikir begitulah....ANDA BAGAIMANA?????
hanya tinggak kenangan..
BalasPadamtiada lagi kesilapan khasbullah awang dlm meyebut nama player2
tiada lagi ohh sayang..
tiada lagi cantik..