LEDAKAN AK-9 BERMULA.....
BUATAN RUSSIA TERKINI : AK-9 |
ISTIMEWANYA AK-9:
AK-9:EFEKTIF DI SEKITAR 200 METER KELILING. MAKNANYA, JIKA DIGUNAKAN DI TENGAH - TENGAH PADANG, IA BOLEH MEMUSNAHKAN KESEMUA PENONTON DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR. HEBAT KAN? |
TERIMA KASIH WAN JAMAK :
SELAMAT DATANG "The Double Treble" AZRAAI KHOR.....
AK-9? YA YUP YES! Itulah nama yang muncul di wall fb Kelab Penyokong NS.
Nama itulah juga yang muncul di fan page Hairuddin Omar [Hai-O].
SESUAI SANGAT tu..AKU SETUJU.
INILAH BARISAN / LINE UP WAN JAMAK
Di pintu gol, ada pemain kebangsaan yang jaga. Depan dia ada Aidil, juga pemain kebangsaan. Ada Shukor Adan, mantan Kapten Skuad Malaysia
Di tengah ni, ada juga mantan pemain Malaysia...
HASILNYA:
"MAIN BAGUS DAH, CUMA TAK MENANG", kata Wan Jamak.
"CAMNO NAK MONANG [MENANG], DOPAN [DEPAN] GOL PUN, TONDANG [TENDANG] BOLA KELUAR", kata Tuan Presiden PBNS.
"MAIN BAGUS DAH, CUMA TAK MENANG", kata Wan Jamak.
"CAMNO NAK MONANG [MENANG], DOPAN [DEPAN] GOL PUN, TONDANG [TENDANG] BOLA KELUAR", kata Tuan Presiden PBNS.
Apabila pemain tengah [midfield] lebih banyak menjaringkan gol berbanding penyerang, pasukan itu adalah pasukan yang bermasalah. Menjaringkan gol adalah tugas utama penyerang. Mokhtar Dahari [Penyerang Terbaik Asia di zamannya] menjaringkan lebih banyak gol berbanding pemain tengah, Shukor Salleh ketika itu. Safee Sali [PENYERANG] menjaringkan lebih banyak gol berbanding Shafiq Rahim [MIDFIELD] dan membawa Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010. |
MASALAH UTAMA NS di bawah pengendalian Wan Jamak adalah di sini;
- Kegagalan PENYERANG UTAMA MENJARINGKAN LEBIH BANYAK GOL.
- PERTAHANAN membenarkan PIHAK LAWAN menjaring LEBIH BANYAK GOL.
- LEBIH BANYAK KALAH DARIPADA MENANG.
- Gagal mendapatkan keputusan SERI apabila bertemu pasukan yang lebih baik.
7 permainan; mata maksimum 21, Wan Jamak & Co cuma dapat 9 je...MENERUSI 3 MENANG DAN EMPAT KALAH. Pasukan tunggal TANPA SERI.
REPUTASI TINGGI MOHD. AZRAAI KOR ABDULLAH "The Double Treble" bukan sekali, tetapi dua kali berturut - turut bersama Kedah, membawa beliau ke NS. Pastinya, tugas pertama beliau ialah mempastikan pemain hadapan [penyerang] pasukan NS, menjalankan tugas hakiki mereka, MENJARINGKAN GOL..bukan menjadi pengawal peribadi pemain pertahanan lawan [pemain jaga BEK dan BEG].
INILAH PELURU SEBENAR AK-9.....
Lima butir peluru kelas satu |
Kisah lalu AK bersama Kedah, sebelum dilantik FAM sebagai Ketua Jurulatih Harimau Muda semasa menjalani latihan di Slovakia....
"The Double Treble" Sekadar renungan: SEMUAnya telah menjadi SEJARAH BOLA SEPAK KEDAH dan NEGARA |
Berjayakah "The Double Treble" itu dengan formula "AK-9", sama - sama kita tunggu dan lihat bermula 2 April ini.....
SEMENTARA MENANTIKAN SAAT ITU, KHABARNYA....telah bermula sesi bersama Azraai Khor dan Negeri Sembilan...
Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (N9FUTBOL.COM)
Coach Azraai dan skuad utamo [UTAMA] Nesmilan [Negeri Sembilan] sedang dalam perjalanan ke Jeram Besu, Pahang untuk program 'team building' selama tiga hari. Semoga pulang dengan semangat yang baru. Hobin!
Posted23Mac201101:00pm
SEMOGA AK-9 MELETUP DENGAN JAYANYA DI MANA JUA ANDA BERTANDING!
HOBIN JANG HOBIN!
CUIT SIKIT:
Kata orang NS:Kok tak molotup juo lopeh ni, bebudak ni la pulak kito lotup'an.
Kata AKU:Kalau tak meletup juga selepas ini, pemain inilah yang kita persalahkan.
Bukan salah IBU MENGANDUNG, TIDAK TERSASAR JUGA BAPA MENYORONG, tetapi salahkanlah PENYERANG KITA YANG MENYEPAK BOLA KELUAR PADANG bukan ke dalam GOL yang TERNGANGA.
Tak begitu WAGHIEH!!!!!.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan