Jumlah Paparan Halaman

15.1.11

LAMANYA FAM TIDUR.....

Sambutan keraian dan mengutip ganjaran ekoran kemenangan di Piala Suzuki telah mula usai. Kemuncaknya, tentulah majlis bersama YAB PM baru - baru ini.

Liga Malaysia 2011 akan bermula 29 Januari ini dengan pertemuan utama diantara SELANGOR dan KELANTAN. Sebagai pertemuan pembuka tirai dan merebut Piala Sultan Ahmad Shah.

Enam lagi perlawanan Liga Super turut berlangsung pada hari berkenaan. Diikuti perlawanan liga perdana bermula 31 Januari 2011.

Kurang dua minggu dari tarikh sepakmula itu, aku rajin - rajinkan tangan, "mengklik" laman web FAM www.fam.org.my/ dan dengan bangganya aku mencari senarai pemain bagi setiap pasukan di liga perdana dan liga super untuk bahan rujukan posting akan datang.

Aku terkejut BADAK, terkejut BERUK dan terkejut KAD MERAH [macam Shafiq Rahim masa Sukan Asia]. Sebabnya? FAM masih tidur dan pastinya, turut diulit mimpi indah Piala Suzuki.
TERKEJUT KAD MERAH ALA SHAFIQ RAHIM
Lihatlah sendiri apa yang aku temui di laman rasmi FAM [PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA] pada 14 Januari 2011, lebih sebulan tarikh pendaftaran pemain pasukan ditutup.

MAKLUMAT PASUKAN NEGERI SEMBILAN 2011.
LIHAT PERBANDINGAN NAMA PEMAIN BERHURUF MERAH.
LIHAT JUGA SENARAI PEMAIN FELDA UNITED DI BAWAH

YANG DI BAWAH INI, LAGI TERUK..
FAS & FAM SAMA - SAMA BENGAP..

CUIT SIKIT:

Aku fikir, laman web dan portal rasmi ini samalah dengan rumahtangga kita sendiri. Apa yang difikirkan oleh orang lain, sekiranya sebaik sampai di rumah kita, rumah kita berserabut ibarat tongkang pecah dan seperti dilanggar garuda. Anda bacalah komen aku seterusnya di bawah:

MASIH BERMIMPI RUPANYA FAM NI! PATUTLAH INFO LAMAN WEBNYA BERSERABUT DAN TAHAP HAMPEH KELAS SUPER. PEMAIN YANG TELAH BERTUKAR PASUKAN PUN, MASIH DIKEKALKAN NAMANYA DENGAN PASUKAN LAMA. SEKRETARIAT FAM MELANTAK GAJI BUTA KE?

MEMALUKAN! LAMAN KENDALIAN PEMINAT DAN KELAB KERDIL LEBIH UPDATE BERBANDING LAMAN RASMI GERGASI DAN HARIMAU.


MAAF BANYAK - BANYAK!
AKU TERPAKSA PANGGIL KAWAN AKU, BEN WILLIAMS DARI AUSTRALIA TU..UNTUK BAGI KAD MERAH UNTUK FAM!!!!!
 
BANGUNLAH FAM!
HARI DAH PAGIIIII.....MOH KITO POIE MOTONG!!!!!

1 ulasan:

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH