Jumlah Paparan Halaman

25.1.11

MENANG DENGAN MAJORITI LIMA RIBU DI TENANG ??

YAB TPM mensasarkan BN mencapai kemenangan majoriti 5 ribu undi di DUN Tenang. Sasaran dan target adalah langkah awal menentukan KPI. Pencapaian pula adalah undi majoriti sebenar yang diperolehi usai PRK berkenaan.

KPI YAB TPM sedikit sebanyak akan dikait dengan keputusan PRK DUN Tenang ini. Tetapi, KPI YAB TPM, siapa yang ingin pertikai. Lainlah halnya dengan KPI kakitangan awam dan GLC. Tak gitu?
MENCARI UNDI DI 12 PETI UNDI
Aku jangka, seramai 12 ribu  akan keluar mengundi [81%] dan, Barisan Nasional [BN],  akan terus mengekalkan kerusi DUN Tenang. Pelbagai faktor setempat terutamanya kehebatan calon mereka sebagai anak tempatan, dan berkelulusan tinggi bertaraf PTD menyebelahi BN.

Mantan Penolong Pegawai Daerah [ADO], lulusan IPT dalam dan luar negera,  anak mantan ADUN Tenang, tentulah lebih hebat berbanding mantan guru lepasan institut perguruan, dan cuma anak seorang mantan Ketua Peserta FELCRA. Betulkan? Tambahan pula, DUN Tenang, memang milik BN zaman berzaman. Turun - temurun 7 keturunan BN kukuh bertapak di situ.
MARI MEMPELAJARI DUN TENANG

CUIT SIKIT:

Bagi Aku, persoalan kelulusan calon, sebenarnya bukan perkara pokok. Lain halnya jika calon yang menang itu bakal dilantik sebagai Menteri Besar atau pun EXCO Kerajaan. Jika sekadar untuk mengisi kekosongan kerusi dan cuma pilihanraya kecil yang tidak akan mengubah apa - apa, ijazah atau sijil, bukan ukuran pengundi.

Yang perlu disedari dan diperhatikan adalah faktor semasa yang mungkin tidak menyebelahi BN. Faktor yang dirasai oleh setiap rakyat iaitu, KENAIKAN KOS KEHIDUPAN SEMASA.

TIADA YANG BERUBAH. MALAH SEMAKIN PARAH:

Mungkin harga sawit mahal sekarang ini, tetapi miyak masak hasil hiliran sawit itu, sukar pula didapati dan mungkin naik harganya. Apa kesannya kepada warga Felda di DUN Tenang yang menanam sawit tu? Wal Hasil Balik Asal, Itu Pasal Tak Hasil.

Mungkin, pekebun - pekebun getah, turut menikmati kenaikan harga getah. Tetapi, harga tayar dan tiub motorsikal turut juga meningkat. Gembirakah mereka? Wal Hasil Balik Asal, Itu Pasal Tak Hasil.

Mungkin, pekebun sayur gembira kerana kenaikan harga sayur, tetapi, pembeli dan pengguna sayur berkenaan, gembira jugakah? Wal Hasil Balik Asal, Itu Pasal Tak Hasil.
LIHAT ; BACA ; ANALISA FAKTOR 65%
Faktor Wal Hasil Balik Asal, Itu Pasal Tak Hasil  kepada mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun, adalah penentu kemenangan calon dan parti. Golongan ini, pada usia ini terpaksa menanggung beban kehidupan diri dan keluarga yang bukan kepalang, kerana keluarga sedang membesar dan anak - anak masih belajar.

Peningkatan kos barangan pengguna, turut meningkatkan perbelanjaan persekolahan  anak, perbelanjaan peribadi dan perbelanjaan keseluruhan keluarga. Dalamasa yang sama, pelbagai pinjaman terpaksa dilunaskan. Sekarang, meningkatkah pendapatan mereka, terutama mereka yang bergaji tetap? Apakah tindakan " pihak penguasa " untuk membantu mereka?
Jika analisa aku tepat, mengambil kira faktor 65% itu, BN bukan sahaja tidak akan menang dengan majoriti lima ribu, malah mungkin kehilangan kerusi di DUN Tenang, sebagaimana...lirik terakhir lagu Terbang Helang:
Di angkasa nan luas
Terbang sang helang bebas
Menebarkan sayapnya
Usah kau lupa diri
Bahawa langit itu tinggi
Nanti lemas sendiri
Nanti lemas sendiri
 Lagu dan Lirik: Khairil Johari Johar Artist: Sharifah Aini [Datuk]
FIKIRKAN..... yang terbaik untuk membantu golongan majoriti ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH