Jumlah Paparan Halaman

28.1.11

HEBATNYA MENANTU ORANG PAHANG…..


PAHANG YANG BESAR SEGALA - GALANYA
MENANTU ORANG PAHANG ADA BAHAGIAN FLOM di PEJABAT PERDANA MENTERI
MENANTU ORANG PAHANG YANG PERTAMA DULU, TAKDE BAHAGIAN NI
Aktiviti Sosial MENANTU ORANG PAHANG:

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor was also keenly aware that she would have to gradually take on more public roles as she continued to give pivotal support to her husband’s political rise.
  1. President of the Welfare Association of Minister’s Wives (BAKTI).
  2. President of the Girl Guides Association.  
PATRON for various associations, among others are :
  1. Children in Hope Foundation,
  2. Malaysian Nature Society,
  3. Society of the Orthopedically Handicapped Malaysia,
  4. Malaysia Aids Council,
  5. National Heart Institute Foundation,
  6. Thalasemia Association,
  7. National Athletes’ Welfare Association and the Foundation for the Development of Underprivileged Children.
  8. Badminton Association of Malaysia (BAM),
  9. PERMATA Pintar
  10. PERMATA Seni.
  11. Permata Insan.

KOMEN DI RUANG MAYA:
Lawatan rasmi Datin Seri Rosmah Mansor ke Oman mulai Ahad akan memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan negara itu, serta secara tidak langsung menggalakkan jalinan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak kedua-dua negara, menurut seorang diplomat Malaysia.
Lawatan isteri Perdana Menteri selama empat hari hingga 19 Jan itu amat bermakna kerana ini merupakan kali pertama dalam tempoh 20 tahun, lawatan seorang kenamaan Malaysia dilayan sebagai tetamu negara yang eksklusif oleh kerajaan Oman.
Kali terakhir kenamaan Malaysia yang diberikan status layanan eksklusif seumpamanya adalah Sultan Azlan Shah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong melawat Oman pada 1991, kata Mohamad Norhisyam Mohamad Yusof, Kuasa Usaha di Kedutaan Malaysia di Muscat.
Kata Pro UMNO:
Rakyat hanya akan memberikan sokongan padu kepada Najib andai dia dapat menyelesaikan antara cabaran utama BN menjelang PRU-13 yang salah satunya ialah menjinakkan 'waris jari hantu' belaannya.
Kami sebagai rakyat sudah naik jelak dengan tindakan, arahan, kenyataan dan aksi-aksi terlampau 'SUAMI' Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang saban hari memenuhi ruang media mengalahkan menteri kabinet sendiri.
Rakyat dah lama menganggap perempuan itu adalah Perdana Menteri sebuah negara Islam tak bertudung yang masih belum sedar orang dah lama bercakap pasal NKRA serta menganggap dia sebagai liabiliti kepada BN.
Semua media dan wartawan saban hari dipaksa membuat liputan serta memberi publisiti murahan segala aktiviti yang melibatkan Wanita Negori ini. Jadi Najib, mulai hari ini sehinggalah selesai PRU-13 nanti, kau pastikan wanita kesayangan kau tu jangan banyak songeh, dok ontok-ontok dan jangan asyik perabih duit rakyat sampai kementerian lain terpaksa dipotong bajet hanya semata-mata nak mengilaukan kembali 'Permata dia yang telah lama hilang'.
Jawapan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor:
''Saya dijemput oleh Menteri Sosial Oman, tapi entah macam mana tiba-tiba istana negara itu dengar (dapat maklumat) saya hendak buat lawatan, pihak istana beri saya semua kemudahan dan mengambil semua tanggungjawab atas lawatan saya ke sana. ''Datuk Seri Najib tanya apa pendirian saya, saya kata tak tahulah tapi saya diberi status lawatan negara. Rupa-rupanya pihak istana telah memberi semua kemudahan kepada kami termasuk pembayaran minyak (tambang) kapal terbang, semuanya ditanggung oleh pihak istana," - Rosmah Mansor

CUIT SIKIT:

Yang “sebelah sana” komen negatif. Yang “sebelah sini”, suruh diam. Semua orang marahkan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ni, APA PASAL?
Pada aku:
Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, teruskanlah bakti mulia tu. Biar penat, asalkan pahalanya besar. Teruskanlah selagi terdaya. Buatlah apa sahaja selagi termampu. Peduli apa orang kata. Dengkilah tu.
Tahniah Yang Amat Berbahagia  Datin Paduka Seri Rosmah Mansor kerana menjadi MENANTU ORANG PAHANG yang terhebat dan tersibuk di alam ini. Tidak terlawan dek orang rumah aku, yang juga menantu orang Pahang.
Kok orang kampung kat Ampangan tu nak marah, biarlah deh. Kalau orang Perak nak marah pun, lantaklah. Orang Johor, orang Melaka nak marah? Biarkanlah mereka melalak.  Buatlah apa pun, asalkan orang  FELDA CHINI  dan orang   PEKAN, PAHANG   , tak marah sudahlah.

Bukan apa, takut majoriti undi tahun 1999 yang tak cukup 300 tu, berulang kembali di PRU 13.
Malu kita weh! tak gitu gamoknye???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH