Antara catatan 2010 yang tidak membanggakan aku ialah:
- Selamat Menyambut Kedatangan 2011 dengan penuh kesyukuran. Syukur kerana kita masih menjadi warga Malaysia yang aman dan damai, walaupun minyak masak sudah mula disorok sekarang ini. Mungkin itulah hadiah terbaik buat pengguna di Malaysia.
Saja Nak Promo Barangan Felda.. |
- Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 dengan penuh gembira, walaupun ada Menteri kita yang dikaitkan dengan kes salahlaku seks bersama pembantu rumahnya. Itu juga mungkin hadiah tahun baru dari sudut politik.
Entah siapalah MENTERI yang sedang PANAS tu? |
- Selamat Menyambut 2011 dengan penuh rendah diri. Rendah diri kerana umat Melayu di Malaysia masih tidak sedar diri dengan kekurangan harga diri sendiri. Dan, mungkin ini hadiah terbaik daripada Melayu untuk Melayu.
Selamat Menghadapi Tahun yang mungkin tidak membahagiakan anda...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan