CATATAN SATU PERJALANAN KOSONG
|
Budak Hingusan Ke Separuh Akhir, akan bertemu Juara Bertahan Vietnam: Ada Peluang ke? |
Kejayaan Budak Hingusan Turut Dipuji Bintang EPL |
MARI KITA RAIKANNYA |
BARISAN HINGUSAN YANG BERGELAR JUARA |
CUIT SIKIT:
29 disember 2010..pasti tidak dilupakan oleh semua rakyat Malaysia. Fahaman politik diketepikan, kenaikan harga barang - barang keperluan disenyapkan, persiapan musim baru persekolahan ditangguhkan.
Sebelum tarikh itu, siapa yang ambil peduli. Siapa yang ambil kisah dan siapa yang kenal. Daripada mengambil tahu tentang Shafiq Rahim, lebih molek kita mengenali Cristiano Ronaldo. Lebih 'world" sekiranya kita memakai replika jersi Chelsea bertulisan LAMPARD di belakang. Alangkah 'kampung"nya kita, jika memakai replika jersi Malaysia bertulisan SHAFEE di belakangnya.

Adalah lebih baik dan seronok melepak di kedai mamak atau cafe, sambil menonton Arsenal bertemu Manchester United daripada kita membuang duit dan masa, masuk ke stadium tempatan menyaksikan perlawanan Liga Perdana dan Liga Super, Malaysia.
Yang kita tahu ialah, mengutuk dan mencemuh pemain serta mendesak Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya meletak jawatan dan memberikan laluan kepada orang lain pula. Kononnya, dengan orang baru menjadi Presiden FAM, mutu bolasepak Malaysia akan meningkat. Tetapi, siapakah orang baru itu? Tiada satu nama pun yang boleh kita sebut dan tunjukkan. Betulkan?
Hari ini, 30 Disember, tak semena - mena kita mendapat cuti. Hujung minggu ini, dengan tiba - tiba kita mendapat cuti hujung minggu yang panjang. Kerana tanpa diduga, budak hingusan yang diberikan kepercayaan oleh Presiden FAM yang kita desak supaya meletak jawatan itu, telah berjaya muncul juara kejohanan peringkat negara - negara ASEAN. Dan, adakah kita berterima kasih kepada Presiden FAM (yang memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada budak hingusan), ketika kita mendapat cuti percuma ini?
Tahukah kita bagaimana anak hingusan yang bernama Fadhli Shas dan Muslim Ahmad boleh bermain begitu tenang di sebalik cemuhan dan kutukan penonton Indonesia di final kedua itu. Faktornya adalah, kedua - duanya merupakan diantara pemain yang pernah mendapat pendedahan di Slovakia menerusi program latihan enam bulan Harimau Muda di Liga negara berkenaan.
SELAGI TIDAK MENCAPAI TAHAP SEPERTI INI, PASUKAN BOLASEPAK SEKARANG TIDAK BOLEH DIANGGAP BERJAYA |
Ketika itu, riuh geger di dada akhbar mengatakan itu adalah satu pembaziran wang rakyat. Malah ada akhbar tempatan turut mencari bahan di laman maya untuk mengutuk program berkenaan. Hasilnya, berkatalah mereka, perlawanan yang diharungi oleh skuad Harimau Muda itu bukanlah perlawanan liga, sebaliknya hanyalah perlawanan persahabatan, serta itu hanya satu pembaziran dan tidak akan mendatangkan kesan kepada mutu bolasepak negara.
Kita mungkin lupa, di Eropah, bolasepak adalah satu kegilaan. Samada ia perlawanan liga atau cuma satu perlawanan persahabatan, stadium tetap dibanjiri penonton.
Atas faktor sudah biasa bermain di hadapan khalayak yang ramai itulah, para pemain Harimau Muda seperti Fadhli Shas dan Muslim Ahmad itu, tidak gentar bermain di Gelora Bung Karno, Jakarta yang sememangnya bergelora dan tidak pernah menjanjikan syurga buat pasukan lawan.
Ketahuilah, pembiayaan program latihan ke Slovakia yang berjaya mematangkan permainan budak hingusan itu, tidak dibiayai oleh Majlis Sukan Negara (wang rakyat) sebaliknya dibiayai oleh sumber dalaman FAM sendiri. Dan aku percaya, ianya datang daripada saku Presiden FAM sendiri. Kepada yang masih mendesak Presiden FAM supaya berundur, mahukah anda menggantikan Presiden FAM itu?
Budak Hingusan Menghindari GELORA dan Bergelar JUARA |
Ketahuilah, pembiayaan program latihan ke Slovakia yang berjaya mematangkan permainan budak hingusan itu, tidak dibiayai oleh Majlis Sukan Negara (wang rakyat) sebaliknya dibiayai oleh sumber dalaman FAM sendiri. Dan aku percaya, ianya datang daripada saku Presiden FAM sendiri. Kepada yang masih mendesak Presiden FAM supaya berundur, mahukah anda menggantikan Presiden FAM itu?
Jika ingin melihat pasukan negara berjaya di peringkat Asia dan Dunia, biasakanlah para pemain kita bermain di khalayak yang sesak dan padat. Caranya? Bermula musim 2011 ini, penuhilah stadium - stadium kita dan jangan ulangi senario ini....
PENUHI SEGENAP RUANG ATAU BIARKAN KOSONG: PILIHAN DI TANGAN KITA SENDIRI |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan