AMARAN:
TULISAN INI ADALAH BERKAITAN MASA DEPAN GENERASI KEDUA FELDA
KHUSUSNYA YANG BERADA DI RANCANGAN DAN
BUKAN CATATAN POLITIK ATAU CATATAN HIBURAN.
SEKIRANYA ANDA FIKIR TULISAN INI TIDAK RELEVAN DENGAN ANDA,
PENULIS MENASIHATKAN SUPAYA ANDA KLIK SAHAJA DI RUANGAN IKLAN.
JIKA ANDA FIKIR TULISAN INI RELEVAN DENGAN ANDA, TERUSKAN KE BAWAH.
TK Generasi Felda Endau:Walaupun baru dilancarkan BAPAK telah terima 658 aduan kata Datuk Ahmad Maslan. 570 aduan berkaitan dengan Felda yg sebahagian besarnya mengenai Skim Pinjaman Perumahan dan Penanaman Semula.
MENGAPA TANAM SEMULA MENJADI ISU DI FELDA? SIAPAKAH YANG WAJAR MEMIKUL TANGGUNGJAWAB DAN MENJAWAB?
PENGURUSAN FELDA IBU PEJABAT? PENGURUSAN FELDA WILAYAH? PENGURUSAN FELDA RANCANGAN? atau
JAWATANKUASA PERUNDINGAN PENEROKA ( JKPP )? GABUNGAN JKKR WILAYAH? JKKK atau JKKR Rancangan? KETUA BLOK?GENERASI KEDUA? atau
PARTI POLITIK YANG MEMERINTAH? PARTI POLITIK YANG TIDAK MEMERINTAH? NGO: GWGF, MBFM TERMASUK ANAK DAN BAPAK.?
CUIT SIKIT:
AKU KATA: SEPATUTNYA, TANAM SEMULA TIDAK AKAN MENJADI ISU DI FELDA SEKIRANYA, ISI KANDUNGAN SURAT PERJANJIAN TANAM SEMULA DIFAHAMI OLEH SEMUA PIHAK. MENERUSI SURAT PERJANJIAN ITU, TELAH DICAPAI KATA SEPAKAT BERKAITAN SEMUA ISU SEMASA DAN SESUDAH TANAM SEMULA, TETAPI, ADAKAH SEMUA PIHAK MEMAHAMINYA?
Setahu aku, memberikan kefahaman kepada para peneroka berkaitan isi kandungan surat perjanjian tanam semula bukanlah agenda utama PENGURUSAN FELDA. Yang lebih dipentingkan ialah, KEMPEN TANAM SEMULA BERSAMA FELDA. Semasa bertugas dahulu, sering juga aku menghadiri Mesyuarat Tanam Semula Peringkat Wilayah ( bila Pengurus tiada). Yang menjadi agenda dan pertanyaan ialah berapa ramai peneroka yang bersetuju mengikut Felda, berapa ramai peneroka yang telah menandatangani surat perjanjian. Tidak pernah sekali pun ditanya, berapa ramai peneroka yang memahami isi kandungan surat perjanjian tanam semula. Dan, tidak pernah juga dianjurkan program memahami surat perjanjian tanam semula untuk kakitangan di mana – mana peringkat sekali pun.
Kalau dah pengurusan rancangan termasuk pengurusan Felda Technoplants Sdn. Bhd. tak faham, mustahil PEMIMPIN PENEROKA RANCANGAN pula yang faham butiran dan kehendak surat perjanjian tersebut. Yang mereka tahu dan sebut ialah, siapa yang tidak mahu menandatangani perjanjian adalah dianggap tidak bersyukur, tidak tahu berterima kasih dan lain - lain lagi.
DIAKUI: Ada segelintir peneroka bertuah yang diberikan penerangan secara terperinci, isi kandungan surat perjanjian tanam semula. Rujuklah dengan Kumpulan Peneroka Kembali Kepada Felda, di Felda Palong 1 dan juga Felda Palong 12 & 13. Selain itu, adakah semua peneroka di rancangan lain turut bertuah seperti contoh tadi?.
Dalam kes Palong 12 & 13 itu, setelah diberikan penerangan jelas pun, masih ada dakwa – dakwi oleh segelintir peneroka, termasuklah pemimpin mereka, inikan pula kalau peneroka langsung tidak diberikan kefahaman. Semakin bergemalah suara – suara sumbang dan suara – suara serak. Ketika itu, siapa yang pandai mengambil kesempatan, dia akan dijulang sebagai jaguh dan wira. Dan ketika itu, JKKR, Parti Politik dan NGO turut juga menyokong penuh. Sebabnya, di dalam keriuhan dan kegamatan isu berkenaan di rancangan, JKKR, Parti Politik dan NGO tidak akan berbuat apa – apa program untuk meredakannya. Bila kita berdiam diri, maknanya kita bersetuju. Betulkan?
Adakah GENERASI KEDUA FELDA, samada yang bergelar Tan Sri dan DATUK, atau sekadar bergelar saudara dan saudari serta yang bijak pandai dan juga yang bijak pandir itu, turut memahami isi kandungan surat perjanjian itu?. Kalau pengurusan rancangan tak faham, pemimpin peneroka pun tak faham, mustahil golongan ini pula yang faham butiran dan kehendak surat perjanjian tersebut. Kecualilah mereka ini prihatin dengan tanggungjawab mereka sebagai pewaris. Sepatutnya semua pewaris mengambil tahu untung nasib keluarga mereka dikemudian hari. Samada kita akan mengambilalih jawatan sebagai peneroka atau pun tidak, itu bukan persoalan. Yang penting, dikemudian hari nanti, tiada kedengaran kes adik - beradik berbunuhan di Felda kerana isu tanam semula.
Jangan sampai beliawanis Felda menubuhkan EMAK pula hanya kerana tidak memahami surat perjanjian tanam semula bersama Felda.
Aku ulang sekali lagi pandangan seorang anak peneroka yang juga pemimpin politik tentang tanam semula di Felda. Aku pernah bertanya kepada Naib Ketua UMNO Bahagian ?????? ( Anak Peneroka seperti aku ) yang juga kawan aku, apa sebenarnya isu tanam semula di rancangan. Beliau menjawab; “ SETIAP KALI BUAH SAWIT DIHANTAR KE KILANG, HUTANG PENEROKA MENINGKAT”. Jika seorang pemimpin politik penyokong kerajaan pun berkata begitu, bagaimana yang lainnya?
Sebenarnya, tidak timbul tanggapan begitu, sekiranya kita memahami perkara yang sebenar. Tidak perlu menjolok isu kepada ANAK, biarkan ANAK menumpukan akal dan tenaga untuk meningkatkan kerjayanya. Tidak perlu juga dilaporkan kepada BAPAK, maklum sahaja BAPAK sudah berusia. Biarkanlah BAPAK menghabiskan sisa - sisa usianya untuk beramal. Kalau BAPAK mahu mencari emak baru pun, biarkanlah. Maklum sahaja, BAPAK sudah lama hidup keseorangan.
Gambar Hiasan: JIKA SEMUA PIHAK MEMAHAMI SURAT PERJANJIAN TANAM SEMULA, AKU FIKIR, KAUNTER ADUAN SEPERTI INI TIDAK PERLU DIADAKAN OLEH FELDA.
Aku lampirkan di sini fakta penting berkaitan SURAT PERJANJIAN TANAM SEMULA BERSAMA FELDA ( 2010) untuk tatapan dan kefahaman bersama.
Ditafsir secara bebas oleh nizamhasan menerusi inisiatif aku sendiri daripada Surat Perjanjian Asal ( ada pada aku ).
BAHAWASANYA:
i) Peneroka adalah *pemilik berdaftar bagi tanah yang diperihalkan dalam Jadual 1 (kemudian daripada ini disebut "KEBUN tersebut");
Maknanya: Felda memperakui bahawa Peneroka adalah PEMILIK dan TUAN tanah KEBUN berkenaan (masyarakat Felda biasanya menyebut ladang).
Kalau kita perakui status peneroka sebagai TUAN TANAH, maka, bawaklah TUAN - TUAN kita itu ke meja rundingan. Berikan kefahaman kepada mereka apa - apa jua yang terkandung di dalam surat perjanjian tanam semula dan sediakan platform dan forum untuk TUAN - TUAN kita memahami apa risiko dan implikasi jika menanam semula bersama Felda dan apa pulak risiko dan implikasi jika menanam semula tanpa Felda. Letakkan TUAN -TUAN kita ditempat yang selayaknya.
BAHAWASANYA:
ii) Peneroka bersetuju melantik FELDA sebagai Agen Pengurusan dan membenarkan FELDA sekiranya perlu melantik satu agensi dalam kumpulannya untuk menguruskan kerja - kerja tanam semula dan kerja - kerja penyelenggaraan seterusnya;
Makluman: kerja – kerja tanam semula dan kerja – kerja pengurusan kebun seterusnya adalah sehingga tiba tempoh tanam semula kali ke 2.
Dah kita setuju, mengapa pulak nak bising - bising?. Adakah warga Felda ni jenis biawak lidah bercabang ? Bukan begitu sebenarnya. Hanya kerana mereka tidak pernah diberikan kefahaman tentang surat perjanjian tanam semula, mereka merasakan mereka teraniaya apabila menyertai program tanam semula bersama Felda. Tak gitu?
ii) Peneroka bersetuju melantik FELDA sebagai Agen Pengurusan dan membenarkan FELDA sekiranya perlu melantik satu agensi dalam kumpulannya untuk menguruskan kerja - kerja tanam semula dan kerja - kerja penyelenggaraan seterusnya;
Makluman: kerja – kerja tanam semula dan kerja – kerja pengurusan kebun seterusnya adalah sehingga tiba tempoh tanam semula kali ke 2.
Dah kita setuju, mengapa pulak nak bising - bising?. Adakah warga Felda ni jenis biawak lidah bercabang ? Bukan begitu sebenarnya. Hanya kerana mereka tidak pernah diberikan kefahaman tentang surat perjanjian tanam semula, mereka merasakan mereka teraniaya apabila menyertai program tanam semula bersama Felda. Tak gitu?
PERKARA 11 (c):
Setiap isu selama tempoh tanam semula dan pengurusan tersebut perlu dimajukan kepada Jawatankuasa Tanam Semula Rancangan yang diwujudkan di setiap rancangan dan juga pengurusan FELDA atau agensinya di rancangan;
MAKLUMAN: Jawatankuasa Tanam Semula Rancangan biasanya dipengerusikan olah Pengurus Rancangan dan turut dianggotai oleh Pengurus Felda Technoplants Sdn. Bhd. (sekiranya berkaitan ) serta wakil - wakil peneroka. Oleh kerana intisari perjanjian tidak difahami oleh semua pihak, bagaimana isu boleh diselesaikan. Surat perjanjian itulah sebagai rujukan dan panduan untuk menyelesaikan isu. Pernahkah ia dirujuk untuk menyelesaikan isu?
Apabila isu tidak dapat diselesaikan di peringkat jawatankuasa tanam semula rancangan, sepatutnya, isu berkenaan dilapor pula di mesyuarat jawatankuasa tanam semula wilayah, tetapi, peneroka Felda memilih untuk melaporkan isu tanam semula kepada ANAK dan BAPAK. Bila keadaan ini berlaku, tidak hairan jika ada pihak yang akan mengambil kesempatan dan peluang untuk mencipta sensasi yang lebih besar. Akhirnya, jadilah seumpama cerita 7 orang buta dengan seekor gajah. Generasi baru yang tak tahu cerita GAJAH DAN 7 ORANG BUTA TU, rujuklah dengan ibu dan ayahmu.
PERKARA 11 (f): Segala kos pengurusan, kos penyelenggaraan dan pendahuluan pendapatan termasuk caj perkhidmatan akan ditolak daripada hasil yang diperolehi dari KEBUN tersebut pada tiap - tiap bulan dalam tahun berkenaan dan lebihan hasil setelah ditolak kos pengurusan, kos penyelenggaraan dan pendahuluan pendapatan termasuk caj perkhidmatan akan diserahkan kepada Peneroka. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan KEBUN tersebut akan disediakan bagi tiap – tiap suku tahun ( 3 bulan sekali ).
Senario sekarang ini, samada harga komoditi di paras terendah mahupun di paras tertinggi, para peneroka Felda yang menanam semula bersama Felda hanya mendapat sekitar RM 1500.00 sebulan dan mereka tidak pernah dimaklumkan samada itu adalah pendapatan sebenar mereka atau itu hanya sebagai pendahuluan. Dan, mereka tidak pernah diberikan penyata pendapatan dan perbelanjaan kebun mereka.
Kita dah berjanji dengan TUAN - TUAN kita. Sebagai KULI, adakah kita patuhi dan tunaikan perjanjian itu? Anda pusinglah Satu Global, bertanyalah dengan warganya, adakah Felda mematuhi perjanjian dengan menyediakan penyata secara individu. Penyelidikan aku di Pasoh 1, mendapati Felda hanya menyediakan penyata untuk satu rancangan bukan kepada setiap peneroka.
PANDANGAN AKU: Oleh kerana Perjanjian dibuat secara individu, sewajarnya penyata berkenaan dikeluarkan secara individu. Bonda tersayang aku di Felda Purun, tercengang kehairanan, apabila aku mohon melihat Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Kebun seperti dijanjikan, akan disediakan bagi tiap – tiap suku tahun ( 3 bulan sekali ) oleh Felda. Duit lebihan hasil pun tak pernah diketahuinya. Sudah sampai masa dan ketikanya, pengurusan FELDA mengambil inisiatif mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk membentang dan melaporkan Pendapatan dan Perbelanjaan Tanam Semula pada tahun semasa dan juga memilih Jawatankuasa Tanam Semula Rancangan. Jika terus berkeadaan sekarang, pasti slogan FELDA TIPU PENEROKA akan terus berkumandang di seluruh glob ini.
PERKARA 17 (perkara terakhir surat perjanjian):
Perjanjian ini hendaklah mengikat waris, wasi, wakil diri, pengganti dan penerima serahak bagi kedua – dua pihak mengikut mana yang berkenaan.
Perjanjian ini hendaklah mengikat waris, wasi, wakil diri, pengganti dan penerima serahak bagi kedua – dua pihak mengikut mana yang berkenaan.
Mungkin kerana memahami perkara terakhir itulah, ANAK bangun daripada tidurnya.
GENERASI KEDUA FELDA: Tidak kira apa jua arah sokongan politik anda atau genre muzik yang anda minati, fahamilah, bermula surat perjanjian itu ditandatangan oleh kedua - dua pihak, perjanjian tanam semula bukan sahaja mengikat BAPA, malah turut mengikat ANAK juga. Begitu pun, masih ramai ANAK FELDA yang tidak pernah mahu mengambil tahu dan menganggap semua ini, angkara politik belaka. Nasihat aku kepada semua ANAK bin BAPA di Felda, ketahuilah......
Bermula saat perjanjian itu ditandatangan oleh BAPA / IBU anda dan FELDA, sebagai anak, kita semua turut bertanggungjawab terhadap hutang kebun dan segala warisan hutang orang tua kita, samada secara langsung atau pun tidak dan, itu bukanlah mainan politik atau sekadar hiburan. Itu adalah benar dan bukan cobaan!!!!!
Suka atau tidak, penyata dan tuntutan hutang tanam semula dan hutang - hutang yang sama waktu dengannya, akan sampai ke tangan anda. Masanya akan sampai...tunggulah.
Tanpa ilmu dan pengetahuan yang cukup berkenaan senario pentadbiran di rancangan, pastinya anda pula yang akan mencetuskan isu yang tidak sepatutnya. Dikala itu, adakah anda akan menubuhkan OMAK pula?
PERLU KETAHUI OLEH ANAK bin BAPA:
Pendahuluan kewangan (BACA SEBAGAI HUTANG) untuk kos sara hidup dan pengurusan kebun yang telah, sedang dan akan didahulukan oleh Felda adalah sebanyak...
Felda setuju menyediakan peruntukan tanam semula dengan kadar:
A SAWIT KE SAWIT : RM2104 / EKAR @ RM5200 / HEKTAR . Sumber TABUNG TANAM SEMULA - bukan hutang
B GETAH KE SAWIT : RM2428 / EKAR @ RM600 / HEKTAR. PINJAMAN : PENEROKA GETAH TIADA TABUNG TANAM SEMULA DICARUM KEPADA FELDA.
C GETAH KE GETAH : RM2832 / EKAR @ RM7200 / HEKTAR. PINJAMAN : PENEROKA GETAH TIADA TABUNG TANAM SEMULA DICARUM KEPADA FELDA.
Nota: B dan C dianggap lunas sekiranya mendapat bantuan tanam semula RISDA. Tabung Tanam Semula RISDA melalui cukai SES Getah.
PENDAHULUAN PENDAPATAN ATAU SARA HIDUP: | ||
TAHUN | SAWIT dan GETAH | |
PERTAMA | RM100 SEEKAR | |
KEDUA | RM120 SEEKAR | |
KETIGA | RM130 SEEKAR |
Nota: Sara hidup untuk tanaman getah selama 7 tahun @ 60 bulan. Kadar tahun ke 4 hingga 7 sama seperti tahun ketiga...tertakluk kepada peraturan kewangan semasa FELDA. Butiran di atas adalah BENAR SEMASA catatan ini disediakan.
JUMLAH HUTANG TANAM SEMULA BERSAMA FELDA? Dengan purata setiap kebun peneroka seluas 10 ekar, Lu Kiralah Sendiri berapa jumlah hutang tu………….dan sila tambah dengan perbelanjaan pengurusan kebun mengikut amalan pertanian baik, pinjaman pembesaran rumah, pinjaman komputer, pinjaman SIUF, pinjaman pendidikan tinggi, pinjaman motosikal, hutang lapuk D'Mart, hutang bas koperasi, hutang khairat kematian, hutang tv LED dan pelbagai hutang lagi.
Kalau anda mahu menjawab bab hutang dan isu tanam semula, sila gunakan emel: nizamhasan@hotmail.com.
Dapatkan ringkasan surat perjanjian tanam semula bersama Felda di halaman Foto & Nota.
Jawapan yang bernas dan berfakta sahih, kita kongsi bersama di ruangan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan