Jumlah Paparan Halaman

15.12.10

bukan 18SX: PENGARAH BESAR FELDA Membuka Kandungan.....

Semua pihak yang berminat dengan Felda tanpa mengira apa jua aspek kepentingannya, bacalah dengan jujur dan ikhlas kepada diri anda sendiri......bacalah sebagai motivasi diri.
YBhg Dato Dzulkifli Abd. Wahab, Pengarah Besar Felda:
Anak Watan Johol, Negeri Sembilan ini, amat mesra dengan warga peneroka Felda.
13 Disember 2010: terbit di dinding facebook Aduan GWGF warkah yang diutus oleh Yang Berbahagia Dato’ Dzulkifli Abd. Wahab, Pengarah Besar Felda kepada semua peneroka Felda dan ahli keluarganya.
Bab ini, aku angkat DUA IBU JARI TANGAN (kanan dan kiri). Sebabnya, Pengarah Besar Felda dengan jelas telah membuka syeksen dan kandungan surat perjanjian serta  jalan penyelesaian isu di Felda tanpa melibatkan mahkamah. Sebenarnya, jika diikut dengan rasional, jalan itu boleh dilalui tanpa melibatkan pihak kedua , ketiga mahu pun pihak keempat. Pihak mana tu? Anda carilah sendiri jawapannya.

JALAN PENYELESAIAN ISU DIANTARA PENEROKA DAN FELDA telah dibuka...
Ikutlah jalan itu....
Timbangtara: mematuhi tuntutan surat perjanjian
Jalan seterusnya.....
Gunakan Pertubuhan di Rancangan....
Teruskan perjalanan.....
Seksyen yang membenarkan penggunaan Timbangtara
CUIT SIKIT:

Perkara: TIMBANGTARA FELDA.

Reaksi Minda Peneroka:

Peneroka Pahang: Ape Kata Aok?
Peneroka Negeri Sembilan: Pobondo Eh?
Peneroka Perak: Ape tu?
Peneroka Kedah: Apa Dia Tu?
Peneroka Terengganu: Menatang Beruk Mende?
Puak Sebelah Sana: Dacing Baru ke?
Puak Sebelah Sini: Hebat..Hebat?
Kakitangan Felda: Dasar baru kot?

Aksi Badan Semua Di atas:
Geleng Kepala...Angkat Bahu...Garu Kepala..Senyum.

Aku pasti, itulah reaksi awal ayahnda dan bonda kita dan semua yang berada di rancangan, sekiranya disebut perkataan TIMBANGTARA FELDA itu. Lebih 30 tahun dinaungi Felda pasti tidak pernah sekali pun mereka mendengar perkataan itu disebut oleh pentadbir mereka. Generasi mereka pun, mungkin begitu juga. Ini terkecuali bagi para peneroka yang pernah melalui proses berkenaan

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka

Istilah Sumber : permanent court of arbitration    Istilah Sasar ; mahkamah timbangtara tetap
Bidang  ; Undang-undang    Huraian : Tiada

Secara ringkas, timbangtara menurut surat perjanjian peneroka dan Felda itu adalah satu Jawatankuasa Timbangtara akan diwujudkan apabila terdapatnya sesuatu pertelingkahan di antara peneroka dan Felda (termasuk semua agensi di bawahnya) dan tidak boleh diselesaikan menerusi sistem biasa. Jawatankuasa Timbangtara ini akan dipengerusikan sendiri oleh Menteri Felda. Sekarang ini, Menteri Felda tidak lain dan tidak bukan adalah YAB Perdana Menteri.

Perlu diketahui, menurut surat perjanjian berkenaan, semua keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Timbangtara berkenaan adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mana - mana Mahkamah.

WAHAI SEMUA PENEROKA, MASANYA TELAH TIBA:

Sekiranya anda merasakan Felda atau mana – mana agensi di bawahnya telah melakukan sesuatu yang pada anggapan anda, tidak sesuai dan merugikan anda dahulu, kini dan selamanya, maka, bawalah isu anda sehingga ke peringkat Jawatankuasa Timbangtara ini. Diulang sekali lagi, ke peringkat Jawatankuasa Timbangtara.

HAK PENEROKA DAN HAK FELDA:

Namun, terbit pula di fikiran aku, sejauhmana pula ayahnda dan bonda di rancangan memahami isi kandungan surat perjanjian itu serta hak – hak peneroka menurut surat perjanjian itu. Dan, berapa ramai pula yang berkesempatan membaca dan menyimpannya. Yang ini, Pengurusan Ibu Pejabat Felda menerusi bahagian undang - undangnya,  perlu menjadikan topik memahami surat perjanjian sebagai agenda utama di mana – mana majlis Mesra Felda yang akan diadakan selepas ini.

Sediakan agenda memahami surat perjanjian semasa program berkenaan. Semaklah, tanyalah di mana surat perjanjian itu tersimpan. Di rumah penerokakah atau terkunci kemas di kabinet fail pejabat rancangan?. Berundur setapak ke belakang dan memacu langkah yang lebih jitu selepas itu, adalah lebih baik berbanding meneruskan langkah tetapi longlai atau terus kaku begitu sahaja. Rujuklah posting aku berkaitan isu tanam semula sebelum ini yang juga adalah berkaitan dengan langkah penyelesaian isu dan peri pentingnya semua pihak memahami  kandungan surat  perjanjian.
Gambar Terkini Pengarah Besar Felda:
Membuka Pintu dan Jalan Rundingan Menerusi Timbangtara Adalah Keputusan Terbaik Untuk Semua Pihak
BERUNDING DI FORUM YANG SEBENAR:

Mengembalikan semula peneroka Felda ke landasan perbincangan yang betul adalah tanggungjawab semua pihak, terutamanya Pengurus Rancangan dan juga Pengurus – Pengurus Agensi Felda yang berkait secara langsung dengan peneroka seperti Pengurus Felda Technoplants Sdn.Bhd, Pengurusi Kilang Sawit (FPISB) dan juga Pengurus Kilang Getah (FRISB). Dan, para Pengurus Besar Wilayah juga mempunyai peranan untuk membantu ke arah itu. Tidak terkecuali Ketua Peneroka Rancangan.

SIKAP KETUA PENEROKA YANG MENYUSAHKAN:

KETUA PENEROKA yang telah memberikan  perkhidmatan terbaik, kepada masyarakat rancangan, Tahniah dan Syabas diucapkan. Kepada  yang belum atau sedang berazam untuk memberikan yang terbaik, sila teruskan membaca.
Gambar Hiasan: Peneroka Sebuah Rancangan Felda Khusyuk Mendengar Penerangan.
Berdasarkan pengalaman mentadbir peneroka selama 17 tahun, untuk membolehkan semua peneroka boleh melalui dan mengikuti jalan sebenar perundingan ini (TIMBANGTARA) ,  Ketua - Ketua Peneroka Rancangan perlu memperbetulkan sikap mereka terlebih dahulu. Timbalan Pengerusi JKKR  atau Pengerusi JKKK selaku KETUA PENEROKA di setiap rancangan mestilah menjadi pendengar yang baik kepada semua rakan dan musuh. Mampu berhadapan dengan pihak pengurusan Felda untuk mengangkat isu ke tahap yang lebih tinggi. Sanggup juga menjadi pejuang, mempertahankan hak peneroka.

Paling mustahak, tidak pula menganggap segala isu dan masalah yang timbul, adalah angkara puak sebelah sana sahaja. Ada masanya, puak sebelah sinilah yang paling banyak membuat  onar. Sedarlah, tugas dan tanggungjawab sebagai KETUA PENEROKA adalah untuk semua peneroka, bukan untuk satu puak sahaja.

Menjawab lebih awal setiap isu besar sebelum mengambil tindakan memanjangkan isu berkenaan, hanya menyebabkan anda akan dilihat lebih Felda daripada Felda, kerana siapakah anda untuk menjawab segala isu yang berkaitan dengan dasar dan sistem pentadbiran Felda?

Singgah Le ke Foto dan Nota: dapatkan Perutusan Penuh:
 nizam-anakfelda.blogspot.com/p/foto.html
Kata MOYANG AKU:

Lantaran terlalu kerap mengunci pintu rundingan, tidak hairan sekiranya, isu dan masalah akan keluar mengikut tingkap dan lubang dinding dan kemudiannya merayau pula ke halaman orang.
Jalan telah dibuka oleh Pengarah Besar Felda, gunakanlah jalan itu untuk menuju ke puncak jaya....SELAMAT BERTIMBANGTARA
tambah idea menerusi: nizamhasan@hotmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH