Gambar Hiasan: Pancaran Laser dari tempat duduk penonton, dikatakan mengganggu pemain Indonesia. |
MALAYSIA 3 INDONESIA 0
APA KATA MEREKA DI SANA:-
Tidak ada yang tidak mungkin. Dukungan suporter Garuda di Indonesia akan membawa Indonesia menjuarai AFF Suzuki Cup
Laser or no laser, Malaysia deserved to beat Indonesia in the 1st leg of the AFF Suzuki Cup Final.
Indonesia kalah :( But I still support Timnas, and we can do it on Wednesday! We gonna beat them 5-0 !!!
Konsentrasi pemain Indonesia sudah terganggu sejak awal. Lagu Indonesia raya terpotong 1 bait. Membuat beberapa pemain kebingungan
Laporan Suporter Indonesia : "Kami dilempari oleh suporter Malaysia dr tribun paling atas, makanya kami keluar."
26 emang angka sial bgt niiiiiih apaansih-_-bencana tgl 26 trs di indonesia....26 pembawa bencana kali yak fiuwh~
Safee Tertarik Bermain di Indonesia
Malaysia win with laser 3-0! Indonesia win not laser 5-1! don't worry at GBK 29 Dec 10-0!
wajar kita kalah : Bayangin, orang Indonesia menyuruh Polisi Malaysia untuk nangkap sesama orang Indonesia
PERTARUNGAN MALAYSIA VS INDONESIA ADALAH PERTARUNGAN HARGA DIRI BANGSA ..
CUIT SIKIT:
Bagi aku, punca sebenar kekalahan Indonesia pada hari kedua Krismas (BOXING DAY) itu adalah kerana TIGA faktor ciptaan mereka sendiri, iaitu:
PERTAMA: Sikap mulut LASER (mulut celupar) dan TIDAK FOKUS penjaga gol mereka sendiri iaitu, Markus Horison Ririhina.
Sejak wisel pertama ditiup pengadil, Markus tampak goyah di pintu gol Indonesia dan setiap kali Malaysia mendapat sepakan sudut dan sepakan percuma, setiap kali itulah Markus akan membuat provokasi (mulut laser) kononnya beliau diganggu oleh sinaran laser. Dan ini turut mengganggu fokus rakan - rakan sepasukan.
Ini dibuktikan menerusi tiga gol mudah dalam tempoh 12 minit, angkara kegagalan barisan pertahanan Indonesia mengekang penyerang - penyerang Malaysia akibat kehilangan fokus kepada permainan. Hairannya, selepas ketinggalan tiga gol, Markus tidak lagi membuat karenah di padang. Sebagai pemain, Markus seharusnya menumpukan perhatian kepada permainan bukannya kepada karenah penonton.

KEDUA: Ketua Jurulatih Indonesia, Alfred Riedl mengakui kekalahan teruk kepada Malaysia adalah berkait juga dengan kegagalan mematuhi jadual latihan menghadapi final ini demi memenuhi jemputan - jemputan keraian ke final di pelbagai tempat. Dari rumah pemimpin, sehinggalah ke sekolah - sekolah pondok. Keadaan serupa pernah dilalui oleh pasukan Kedah semasa Liga Semi-Pro dahulu. Tiga tahun berturut-turut mereka ke final Piala Malaysia, tetapi tiga tahun berturut-turut jugalah, mereka tewas kepada Kuala Lumpur. Mengapa? Kerana mereka meraikan kejayaan ke final melebihi usaha meningkatkan latihan untuk memenangi piala, sedangkan di pihak Kuala Lumpur, piala didahulukan : keraian dikemudiankan.
Berbalik kepada Indonesia di AFF. Faktor KETIGA dan paling utama ialah kekalahan itu berpunca daripada sikap media dan penyokong fanatik mereka sendiri. Diulit kemenangan besar (5-1) semasa perlawanan peringkat kumpulan, Indonesia yang tidak pernah bermain di luar Jakarta disepanjang kejohanan dilabel sebagai pilihan untuk bergelar juara. Tambahan pula mereka lebih berjaya berbanding Malaysia di kejohanan AFF ini. AKUkan ABANG!!?? Akhirnya, pemain Indonesia turun ke gelanggang dalam keadaan tertekan dan tidak "relax and enjoy the game".
Sejarah tiga kali ke final : 2000: Thailand Indonesia 4-1, 2002: Thailand 2 Indonesia 2(4-2 penalti) dan 2004: Singapura 5 Indonesia 2, berbanding Malaysia hanya sekali iaitu pada tahun 1996 (kali pertama kejuaraan AFF) dan tewas 0-1 kepada Thailand menambahkan lagi keyakinan kepada media dan peminat fanatik mereka, Indonesia adalah lebih baik berbanding Malaysia.
NATIJAHNYA: sikap mereka (Pemain, Pemimpin, Pengurusan PSSI, Media dan Penyokong Indonesia) adalah faktor penyumbang kekalahan besar kepada Malaysia itu, bukannya kerana pancaran laser yang tidak seberapa itu. Dan, aku lebih menyalahkan faktor Markus berbanding faktor lain.

Final Leg2: akan bermula jam 8.00 malam (waktu Malaysia) 29 Disember 2010 di **Gelora Bung Karno, Jakarta dan, siapa jua yang menang akan bergelar juara baru AFF (New King) dan.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan