Jumlah Paparan Halaman

6.12.10

MEMBERIKAN PENDAPAT SECARA LANGSUNG: TAHAP PENDAPAT ORANG FELDA DAN ORANG MALAYSIA, PANDAI ATAU PANDIR ?


Menerusi Berita TV9 jam 8.00 malam, 3 Disember 2010,
BERITA JAM 8.00 MALAM:
Selain TV9 aku juga menonton berita di NTV7..TV lain?????
dipaparkan berita kenaikan harga bahan petroleum, harga gula pasir dan beberapa barangan lainnya .

Aku tidak berniat untuk mengulas kesan kenaikan harga itu secara panjang lebar, sebab aku tak mahu menjadi anjing yang menyalak kandangnya sendiri. Takut, akibat disalak terlalu kuat, bumbung kandang runtuh dan menghempap kepala sendiri.  Zaman anjing menyalak bukit sudah lama berlalu, sebab anjing sekarang banyak yang tinggal di dalam kandang / kurungan.

Tanpa menunggu berita berkenaan berakhir, aku melayari fb untuk menyertai dinding satu forum yang biasanya akan menimbulkan beberapa idea untuk aku menulis laman ini. Dan, sebagaimana yang dijangka, perang pendapat berkenaan kenaikan harga gula terutamanya, sedang berlangsung.

Aku perhatikan pelbagai komen yang tersiar hanyalah luahan kemarahan, kutukan dan sesiapa yang meluahkan pendapat berbeza akan diseranah oleh Saudara MAKIHAMUN dan Puan UMPATKEJI. Adakah itu cara sebenar untuk memberikan pendapat dan komen?
Begitu pun, menerusi laman forum itu, di sebalik komen - komen yang mengkritik dan yang menghentam kerajaan oleh Saudara MAKIHAMUN dan Puan UMPATKEJI, aku dapati  ada seorang rakyat Malaysia, yang aku namakan di sini sebagai Encik Angguk, cuba menyokong langkah kerajaan menaikkan harga gula ini dengan memberikan fakta berkenaan keburukan gula. Begitukah caranya untuk menyokong kenaikan harga gula? Bukankah tanpa gula di badan kita, kita akan ditimpa penyakit?
Apabila berbicara bab kenaikan harga bahan petroleum, tidak pula aku jumpa walau satu ayat yang ditulis oleh Encik Angguk,   yang menyokong kenaikan harga bahan petroleum dengan cara memburukkan fungsi bahan berkenaan.
Kata Encik Angguk, yang menggunakan motorsikal tidak akan terasa sangat kesan kenaikan harga RON95 dan tidak pula beliau nyatakan kesan buruk menggunakan RON95 itu.  Kenapa?
Apabila isu kenaikan harga gula dan bahan petroleum dikaitkan pula dengan orang Felda, maka, berkatalah Encik Ampu, “ Peneroka Felda cukup bertuah walaupun harga minyak naik 5 sen dan gula naik 20 sen TAPI harga sawit sudah mencapai hampir RM800.00 /tan”.
Bertanya Tuan Sampuk kepada Encik Ampu, ” Buah sawit cecah RM800 setan. Yang buat dengan FELDA ( menanam semula bersama Felda dan terus kekal ), masih dengan RM1500 sebulan. Hutang lebih kurang RM80000.Tak gitu?
“ Yang dapat RM1500 tu adalah pinjaman sara hidup yang dalam proses tanam semula ,tak keluar hasil lagi. kalau bagi tinggi pinjaman maka tinggilah lagi hutangnya dengan Felda. Itupun diberi pinjaman RM1500.00 dikira selama tiga tahun berapa jumlahnya ?’ kata Encik Ampu sebagai menjawab pertanyaan Tuan Sampuk.
Aku ingin menambah kenyataan Encik Ampu yang tidak selesai itu. Sebenarnya, selepas kebun itu berhasil pun, peneroka Felda yang kekal bersama Felda, masih dan terus mendapat RM 1500.00. Itu yang tidak disebutkan oleh Encik Ampu.
Sepatutnya Encik Ampu memberikan jawapan merangkumi semua fakta yang berkaitan pendapatan peneroka, termasuklah berapa lama harga RM 800.00 seMTan itu, boleh bertahan. Termasuk juga ramai peneroka yang mahu bersama Felda, tetapi  tidak mahu kebun mereka diuruskan oleh Felda Technoplants Sdn. Bhd serta menuntut untuk diadakan penyata pendapatan bulanan (paysheet) secara individu. Barulah Encik Ampu  dilihat bijak dan pandai serta bermaklumat.
Berdasarkan sedikit kajian itu, aku mendapati perkara pokok kepada kenaikkan harga gula dan bahan petroleum itu adalah berkaitan merasionalisasikan pengurangan subsidi kerajaan kepada bahan – bahan berkenaan, sebagai mengurangkan beban kewangan semasa kerajaan.
Yang sepatutnya dibincangkan ialah, syor tambahan dan langkah – langkah lain untuk  mengurangkan beban kewangan kerajaan dan juga beban kewangan sendiri sebagai rakyat dan pengguna.
Dan sebagai rakyat, kita wajib tahu, banyak pihak swasta yang mendapat subsidi kerajaan. Sebagai contoh, syarikat pembekal tenaga elektrik bebas (IPP) seperti yang selalu disebut oleh DSAI itu. Sambil subsidi harga gula dan petroleum dikurangkan, adakah subsidi untuk IPP dan lain - lain subsidi ini turut dikurangkan? Atau, mungkin juga, sekiranya dikurangkan subsidi kepada pihak swasta berkenaan, kerajaan tidak perlu untuk mengurangkan subsidi bahan petroleum dan gula?
Dengan peningkatan harga bahan petroleum terutamanya, rakyat pasti terbeban dengan peningkatan kos sara hidup. Tetapi, biasalah, MELAYU MUDAH LUPA……………..tak gitu?
CUIT SIKIT:
Sehubungan itu, aku catatkan TIGA MARTABAT PENDAPAT untuk panduan bersama;

BUDU:  Tanpa mengambilkira khasiatnya, tidak ramai yang suka, hanya kerana bau dan rasanya..

Pertama, KRITIKAN:
Ada teguran dan ada cadangan balas. Ini dikatakan KRITIKAN MEMBINA. Terbit menerusi fikiran yang bijak, waras dan rasional, walaupun mungkin cara penyampaiannya agak provokatif tetapi penuh dengan fakta dan cadangan.
Seumpama BUDU yang berkhasiat, KRITIKAN tidak akan disukai oleh ramai orang dan , tidak ramai juga yang dapat menerima kritikan. Hakikatnya, sebagai manusia biasa yang tidak pernah sempurna, mendengar dan menerima kritikan adalah satu keperluan demi meningkatkan prestasi diri.
Kepada para pengkritik, teruskan memberikan kritikan. Itu tandanya kita orang yang berfikir dan memikir. Samada kritikan itu, diambilkira dan digunapakai, itu hak mereka yang menerima kritikan. Namun, lambat laun, yang benar tetap akan terserlah.
Kedua, KONDEM (bahasa kampung aku: condemn):   
 Ianya  bukan menegur tetapi menghina dan boleh menjatuhkan maruah dan harga diri orang lain dan diri sendiri, serta tiada cadangan balas. Ini dikatakan  MEMBANGKANG MEMBUTA TULI kerana ianya timbul menerusi persepsi yang berbeza malah mungkin menerusi maklumat yang tidak cukup serta jauh daripada menjawab isu yang sebenar.
Golongan ini sebenarnya, tidak  jauh bezanya dengan kereta sorong yang di sebelah tu, ADA TETAPI SERUPA TIADA. ADA, tidak menambah : TIADA tidak pula mengurangkan. Bak kata kawan - kawan di Jempol, kalau ada pun, TIDAK MENDALAMKAN AIR, kalau tiada,?????.
Ketiga, PENGAMPU:
Golongan ini hanya memberikan sokongan tanpa cadangan balas. Turut serta dalam kategori ini ialah golongan yang gemar memberikan pendapat secara penafian dan mengalihkan isu. 
Menyokong sesuatu secara sembrono (bahasa jawa) tanpa memahami fakta sebenar adalah sangat berbahaya. Bukan sahaja kepada pengampu berkenan, malah kepada orang yang diampu itu. Golongan PENGAMPU sebenarnya, adalah golongan yang ROSAK, LAGI MEROSAKKAN. Merosakkan masyarakat dan juga merosakkan pihak yang diampunya.
Dalilnya, MATI SEMUT KERANA GULA, MATI MANUSIA PUN KERANA GULA (DIABETIS).....dan kejatuhan sesuatu tamadun bangsa pun, berpunca daripada sikap hanya mahu mendengar yang lunak dan manis terutamanya daripada golongan pengampu, tanpa mahu mendengar dan merasai pahit dan maung sebenar yang dialami masyarakat.

GULA PASIR: SESUDU KAWAN, SESENDUK, ???????

Ketahuilah, yang manis dan baik seperti pujian dan kata mengampu itu, adalah beracun. Oleh itu, kurangkan mendengar dan memberi pujian khususnya  secara melulu kerana pujian dan mengampu itu, seumpama  gula yang boleh membunuh secara senyap.
Sebaliknya, biasakan diri, memberI, mendengar dan menerima kritikan kerana, menerusi kritikan itulah, dunia berubah. FIKIRKANLAH!
SUPERCAR: Ditengok Boleh, Dilanggar Jangan. Kereta ini dibina sebegini rupa hasil daripada pembuatnya menjadi pendengar yang baik dan boleh menerima kritikan.
Tidakkah anda juga ingin berubah daripada PANDIR kepada PANDAI? Kita mesti ingat, apa jua pendapat dan pandangan bernas yang kita lontarkan di ruangan maya ini, sebenarnya boleh membantu pelbagai pihak untuk dijadikan panduan dan pedoman bagi merangka dasar yang lebih baik dan menguntungkan semua pihak. Sejauh mana pendapat kita itu bernas, itu yang menjadi persoalan. Sempena MAAL HIJRAH, tidak rugi untuk kita menjadi Lebih Cerdik  Daripada Biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH