Jumlah Paparan Halaman

18.12.10

UNTUK MASA HADAPAN: MOH KITA KE FELDA MENCARI CALON MENANTU...

Cabaran buat Gadis Malaysia,


12 disember 2010 myMetro | Belum tercemar
'Trend' yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan ...

Komen Balas Bloggers…
  1. Gadis Maghribi Offer 'Baik Punya' « Pena Kusisip Blog12 Dis 2010 ... “Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini
    dan keluarga berada jauh beribu kilometer. ...
  2. Hanya RM 14 ribu - Gadis maghribi boleh dijadikan Isteri | dnoBiz12 Dis 2010 ... “Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini
    dan keluarga berada jauh beribu kilometer. ...
  3. Gadis Maghribi, Cun, Gebu, Persis Artis & Taat, Impian Lelaki ...12 Dis 2010 ... Dengan hanya RM14,000, gadis Maghribi yang persis artis, ... Ini kerana .. gadis
    Maghribi cepat belajar dan menyesuaikan diri dengan ...
  4. Gadis Maghribi Ancaman Buat Gadis Melayu? | CetusanHati.com14 Dis 2010 ... Menurut Metro Ahad lepas, Gadis Maghribi sedia ke Malaysia untuk berkahwin
    dengan lelaki Malaysia dengan hanya RM14,000 kos sepenuhnya. ...
  5. Gadis Maghribi melawan Gadis Melayu13 Dis 2010 ... “Dapat isteri seperti gadis Maghribi yang belum 'tercemar' dan taat kepada suami memang ada kebaikannya. Tinggal lagi, bagaimana si suami ...
CUIT SIKIT:
Gadis Maghribi  dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.
Menurut Saudara Mohd Fairudz Mohd Yusoff yang berkahwin dengan gadis Maghribi dari kawasan nama Agadiran Saf, gadis Maghribi memiliki pakej lengkap sebagai isteri  kerana:
1.  Belum 'tercemar'
2. Taat kepada suami
3. Wajah persis artis
4. Berkulit gebu kerana sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.
5. Subur
6.  Sama Agama
7. Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’.
8. Taat kepada agama dan ibu bapa.
9. Suka menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.
10. Kos perkahwinan murah.
Pasti ramai gadis melayu di Malaysia tidak bersetuju dengan Saudara Mohd Fairudz dan akan mengemukakan pula bukti, dalil dan nas yang hebat dan bagus tentang kebaikan gadis – gadis Melayu terutamanya.
Aku kata, gadis – gadis Melayu dan Malaysia sekarang dan akan datang, memang hebat tetapi TIDAK SESUAI dijadikan isteri. Sekadar menjadi teman berhibur, mungkin layak agaknya. Tetapi ini tidak termasuk Gadis Felda, sebabnya Gadis Felda terpelihara dan terpelajar,  serta hampir sama dengan ciri - ciri di atas.
Gambar Ihsan MBFM Wilayah Jengka: Gadis Felda Menadah Tangan Mengaminkan Doa Selamat
Yang teruk, jahil dan tidak senonoh itu adalah orang kampung dan orang bandar bukan Gadis Felda. Dan, aku tidak sembang kosong tetapi  berdasarkan bukti, dalil dan nas di bawah.Sudi – sudikan.
BUKTINYA:
INI BUKAN AKSI PELAJAR FELDA: PELAJAR FELDA BAIK



















DALILNYA:
INI SAH BUKAN FELDA; INFRASTRUKTUR BEGINI TIADA DI FELDA


















NASNYA:
INI JUGA TIDAK MENGGAMBARKAN SUASANA DI FELDA.



















GADIS FELDA MASIH BAIK DAN TERPELIHARA SERTA TERPELAJAR:
Gambar Ihsan MBFM WILAYAH JENGKA: WAJAH AYU SEROANG GADIS FELDA
Mereka memenuhi 9 daripada 10 ciri - ciri gadis Maghribi. Cuma perkara yang ke sepuluh itu, tidak sesuai dengan Orang Felda. Sebabnya, kos perkahwinan di Felda mahal, sama  seperti  di kampung dan di bandar.

MENGAPA PERLU MENCARI JODOH DI FELDA:

Walaupun kos perkahwinan di Felda mahal dan tidak seperti di Maghribi, tidak perlu jejaka kacak dan tampan Malaysia mencari jodoh sehingga ke Maghribi, datang sahaja ke Felda.

Alasan mudah aku ialah, di Felda setakat ini, sekurang - kurangnya ada 20 ribu Gadis Felda yang memiliki  pendidikan bertaraf  Sijil dan  Diploma Kemahiran.  Hebatkan Gadis Felda?. Gadis Maghribi belum tentu ada Diploma Kemahiran.

Adakah Ini Satu Catatan Sinis?
Sekiranya anda bersetuju atau tidak bersetuju atau marah dengan kenyataan ini, sila luahkan di nizamhasan@hotmail.com Ianya mungkin sesuai untuk sambungan  catatan calon menantu ini.

SELAMAT BERTEMU JODOH DI FELDA.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH