Ada yang terkejut BERUK, ada yang gembira, ada juga yang duka....
Semuanya kerana ANAK, maka, lahirlah “ seorang “ BAPAK…….
Berita dan komen berkenaan kelahiran BAPAK...
Dari Laman Rasmi FELDA: Bapak mesti mengajar Anak supaya lebih beradab
23 Nov 2010 KELMARIN, tertubuhlah Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang ditugaskan khas untuk menjaga hal-ehwal Felda.
Tahniah diucapkan kepada Felda yang menjadi 'anak angkat' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri dan juga syabas kepada Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) khususnya Pengerusinya Tan Sri Rozali Ismail kerana mewujudkan saluran yang terus dan telus untuk dimanfaatkan oleh warga Felda seluruh negara.
Diharapkan saluran ini akan digunakan sebaik mungkin bagi menyampaikan segala permasalahan dan aduan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan penyelesaian yang segera dan pantas.
Kewujudan Bapak adalah sangat penting bagi peneroka Felda dan generasi kedua, khususnya dalam menjalin hubungan yang lebih telus, tulus dan ikhlas dengan pihak kerajaan.
Vakum yang menjadi jurang komunikasi antara kedua-dua belah pihak selama ini telah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu demi mencapai agenda tersendiri. Keadaan inilah yang memungkin tertubuhnya Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan).........Baca seterusnya di http://www.felda.net.my/
Seterusnya, muncullah pelbagai berita dan catatan berkaitan kelahiran BAPAK. Baca dan carilah. Yang dapat aku paparkan hanyalah sebahagian daripada ratusan Tajuk Berita dan Catatan Para Bloggers berkaitan kelahiran BAPAK, yang sempat aku kumpulkan;
- Felda Menubuhkan BAPAK (Biro Aduan Peneroka Kebangsaan).pahangdaily.blogspot.com
- BAPAK BANTU FELDA ? gayapeneroka
- feldakumai.com/.../bapak-alternatif-baru-saluran-aduan-dan-pendapat-untuk-warga-felda
- BAPAK mudahkan peneroka FELDA salur aduan - www.bharian.com.my/
- Anak bawa 20 kes 1 Dis, cabar Bapak buktikan...www.themalaysianinsider.com
- BAPAK lawan ANAK - Isu Semasa - CARI Malay Forums - forum6.cari.com.my/
- Bapak bukti Anak berjaya www.harakahdaily.net/v2/index.php?option...bapak...
- BAPAK FELDA Sudah Mari Kasi Ajar Itu ANAK - bn.bonology.com/
- Bapak mesti mengajar Anak supaya lebih beradab www.utusan.com.my/
- Isu Felda kini boleh diadu pada BAPAK - www.malaysiakini.com/
- Bapak alternatif baru bela nasib warga Felda - www.sinarharian.com.my
- KEPALA BAPAK lahir selepas ANAK..... paschabau.net/
- mimpi-senja.blogspot.com/.../felda-anak-bawa-20-kes-jumpa-bapak-
- BAPAK lahir selepas ANAK bukti pengurusan FELDA lembap. www.detikdaily.net/
- Bapak bukti Anak berjaya « pemudasarawak.wordpress.com/
- Anak cabar Bapak buktikan kejujuran – www.negarakita.com/
- GEMPAR---BAPAK-Sembelih-ANAK- www.kitagempur.com
- 'Bapak' pro BN nak lawan 'ANAK' diterajui ... - mimpi-senja.blogspot.com/
- Isu Felda: Bapak Menjadi Saingan Kepada Anak ... - sedakasejahtera.blogspot.com
BAPA ATAU BAPAK ?
Carian aku di laman DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA www.dbp.gov.my/ adalah seperti berikut:
maklumat tesaurus BAPA (kata nama)
maklumat tesaurus BAPA (kata nama)
1. Bersinonim dengan ayah: abah, papa, ayahanda, orang tua, baba, bapai, bapanda, bapang, rama, aya,
2. Bersinonim dengan pelopor: perintis, peneroka, pembuka jalan, perambah jalan, pengasas, pemuka, penganjur, pejuang, Kata Terbitan : berbapa, berbapakan,
BAPAK bahasa pasar ( bp)kepda bapa.
Edisi Empat: Tiada maklumat tesaurus untuk kata BAPAK
bahasa pasar ( bp) bermakna:
a) bahasa Melayu spt yg dituturkan oleh orang bukan Melayu yg tidak menguasainya atau spt yg dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dgn orang bukan Melayu yg diketahuinya tidak pandai bertutur dlm bahasa Melayu yg betul;
b) bahasa yg berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dgn bahasa kedua yg cuba dituturkannya (biasanya digunakan dlm hubungan perdagangan), pijin;
CUIT SIKIT
TINGGINYA BUDI, BAIK PULA BAHASA ORANG FELDA: Orang melayu yang ramai di Felda, samada sebagai peneroka, generasi peneroka ataupun petugas, pastinya akan bercakap dengan gaya melayu yang berbudi bahasa dan sopan.
Bila merujuk kepada bapa, orang melayu Felda akan menyebutnya dengan sebutan ayah dan abah. Anak – anak Felda memanggil bapanya dengan panggilan ayah atau abah. Dewasa ini, generasi kedua Felda yang bergelar bapa dipanggil dengan Da , Pa , Daddy dan Papa, selain ada yang terus menggekalkan panggilan ayah atau abah. Walaupun, cucu – cucu peneroka ( cicit juga ), memanggil bapa mereka sebagai Daddy atau Papa, mereka masih diajar bersopan santun dan berbudi bahasa terutamanya apabila berhadapan dengan orang yang lebih tua.
Bila merujuk kepada bapa, orang melayu Felda akan menyebutnya dengan sebutan ayah dan abah. Anak – anak Felda memanggil bapanya dengan panggilan ayah atau abah. Dewasa ini, generasi kedua Felda yang bergelar bapa dipanggil dengan Da , Pa , Daddy dan Papa, selain ada yang terus menggekalkan panggilan ayah atau abah. Walaupun, cucu – cucu peneroka ( cicit juga ), memanggil bapa mereka sebagai Daddy atau Papa, mereka masih diajar bersopan santun dan berbudi bahasa terutamanya apabila berhadapan dengan orang yang lebih tua.
APABILA MELAYU MARAH, MERAH TELINGA DAN MERAH PADAM MUKANYA: Orang melayu apabila marah akan merah telinganya, merah padam mukanya. Ketika marah, orang melayu akan menjadi kasar tingkah dan lakunya, akan menjadi celupar tutur dan bicaranya. Di waktu itu, hilang semua perkataan ayah, abah, daddy atau papa. Yang keluar dari mulutnya hanyalah perkataan BAPAK. Maka, timbullah perkataan – perkataan, Harta Bapak Engkau, Kepala Bapak Engkau dan lain – lain BAPAK lagi, termasuklah BAPAK AYAM. Tontonlah adegan bergaduh di tempat mencari kerja filem DO RE MI, apabila DO dan RE bertengkar, ada watak yang menjadi tukang laga dengan meletak dua helai kertas, satu di kaki DO, satu lagi di kaki RE sambil diiringi dengan perkataan INI KEPALA BAPAK DIA, INI KEPALA BAPAK ENGKAU, kalau berani pijaklah…..
ADAKAH BAPAK SATU MANIFESTASI KEMARAHAN DAN KEBENCIAN?: Hari ini, lahir Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK?), satu biro dibawah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), sebagai wadah luahan aduan dan rasa tidak puas hati kepada Felda dan kerajaan secara lebih terhormat, ketika ANAK (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan), lebih vokal dan dilihat mewakili pembangkang. Aku tidak berniat untuk menyanggah kelahiran BAPAK, hanya kerana aku adalah Anak Peneroka, tetapi, berdasarkan kesopanan dan budi bahasa orang melayu yang diamalkan di Felda, aku fikir lebih elok dan molek sekiranya biro itu dinamakan BAPA (Biro Aduan Peneroka).
Jika di gandingkan dengan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), ianya akan berbunyi BAPA GWGF, bukannya BAPAK GWGF. Lunak disebut, mesra didengar, sebabnya, BAPA adalah sebutan rasmi kepada ayah, sedangkan BAPAK adalah bahasa pasar, bahasa celupar , bahasa hangin satu badan dan juga bahasa kasar yang hanya akan disebut apabila, orang MELAYU sedang marah. Bagi aku, BAPAK, adalah manifestasi kepada sebuah keceluparan dan kebiadapan serta dendam kesumat. BAPAK hanya lunak dan sesuai jika kita berada di Indonesia.
Jika di gandingkan dengan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), ianya akan berbunyi BAPA GWGF, bukannya BAPAK GWGF. Lunak disebut, mesra didengar, sebabnya, BAPA adalah sebutan rasmi kepada ayah, sedangkan BAPAK adalah bahasa pasar, bahasa celupar , bahasa hangin satu badan dan juga bahasa kasar yang hanya akan disebut apabila, orang MELAYU sedang marah. Bagi aku, BAPAK, adalah manifestasi kepada sebuah keceluparan dan kebiadapan serta dendam kesumat. BAPAK hanya lunak dan sesuai jika kita berada di Indonesia.
ANTARA MARAH DAN WARAS: Biasanya, apa jua keputusan, pelaksanaan dan dapatan daripada keadaan MARAH itu, tidak tinggi mutunya, tidak sampai matlamatnya dan paling penting, tidak tercapai impiannya. Justeru, rasionalkan fikiran, WARASkan diri, dan fahamilah; apabila gendang berbunyi, tidak semestinya, kita bangun menari, kecualilah kita sedang mabuk dan khayal.
Kerana rasional dan waraslah, kita memberikan gelaran kepada Allahyarham Tun Abdul Razak, sebagai Bapa Pembangunan, bukannnya BAPAK Pembangunan. FIKIRKANLAH…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan