Jumlah Paparan Halaman

27.11.10

ANUGERAH LUBANG BELAKANG: KATA ORANG FELDA , ADA AKU KISAH…..

 
GAMBAR HIASAN TETAPI ADA KENA MENGENA......

Sebagaimana biasa, aku bagi sedikit kredit kepada penulis catatan yang menjadi ilham untuk laman ini.
Abd. Jalil Ali, orang lama di bidang media, tajam fikiran, cerdas akal dan tulisannya berbisa…pandangan peribadi aku.
( maaf bang , aku sunting tulisan ini sebagai memenuhi slogan RINGKAS : PADAT : TERASA )
ABD JALIL ALI: Penulis Buku ASAM GARAM GULA&KOPI
Berkata Abd. Jalil Ali pada hari ini
26 November 2010: Anugerah jamban mula tahun ini!-

Sebenarnya jamban bukan berita kecil, lebih-lebih lagi dalam kontak Malaysia sebagai negara yang serba-serbi maju, lagi semuanya canggih, berkelas dunia, dan tinggal beberapa tahun untuk tiba ke Wawasan 2020.

Walaupun sebagai tempat yang paling tidak disukai, dan dikunjungi hanya ketika terdesak, jamban – bahasa sopannya tandas – adalah salah satu indeks kepada kehidupan manusia. Tandas adalah cerminan diri kita. 

Sila jawab soalan ini: Apa ertinya jika semua tandas di rumah kita kotor? Atau, apa maknanya jika tandas di satu-satu tempat itu tidak sempurna, tersumbat, bocor, singkinya senget, kuning kehitaman berkulat, dan ‘aroma’nya luar biasa hebat hingga boleh membuat orang muntah?


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sempat mengaudit 5,764 tandas awam di seluruh negara. Dulu orang hanya mengaudit akaun bank atau perbelanjaan, kini tempat mencangkung pun kena audit.

Hasil pengauditan yang dilakukan antara Mac hingga Jun itu adalah: 56.6 peratus tandas hanya layak menerima satu atau dua bintang, hanya 7 peratus yang boleh diberikan taraf lima bintang. Tidak dinyatakan manakah tandas lima bintang. Kalau saya menjadi juru audit tandas awam, di tempat rehat lebuh raya kita boleh dapat lima bintang – bersih, harum, dan percuma.

Hakikatnya ialah sesetengah tandas awam kita terlalu menjijikkan sehingga anda tidak jadi berurusan di situ dan terpaksa keluar meninggalkannya.
Antara yang disebut dalam berita kaki dua hari lalu ialah pihak kementerian akan memberi pengiktirafan bintang kepada tandas awam yang diaudit. Dan, untuk pertama kali tahun ini tandas awam paling bersih akan menerima anugerah dan hadiah dari RM1,000 hingga RM5,000.  Orang kita tidak habis-habis dengan anugerah, sehinggakan hendak berak dan kencing pun perlu ada anugerah! 
Catatan penuh di www.sinarharian.com.my/SH/kolumnis/

CUIT SIKIT:


FELDA ada program Anugerah Keceriaan Kawasan Kampung Felda ( AKKF ). KATA ORANG FELDA , ADA AKU KISAH....


Aku tahu, bila usai membaca tulisan ini, lebih 50 peratus akan marah kat aku. 20 peratus, akan kata aku gila talak, 20 peratus lagi, akan kata habis manis sepah dibuang, sebab kutuk ORANG FELDA. Dan, 5 peratus akan berkata, tidak semuanya ORANG FELDA begitu.


Cuma 5 peratus sahaja akan berkata benar, memang banyak TANDAS dan kawasan awam di FELDA, mendukacitakan. Itupun jika anda membaca tulisan ini sebagai satu motivasi diri.


AKU KATA ORANG FELDA TAK KISAH. Tak percaya ? Anda bacalah tulisan ini seterusnya, dan pastinya anda bersetuju bahawa ORANG FELDA tidak pernah kisah tentang keceriaan, kebersihan dan juga persekitaran sihat dan mesra pengunjung.Hari ini, ORANG FELDA bertemu jodoh bukan hanya sesama ORANG FELDA. Hari ini, ada ORANG FELDA berbesan dengan orang luar negara. Ada ORANG FELDA bertemu jodoh dengan kerabat Diraja.  
Biasanya, setiap kali berlaku majlis perkahwinan di Felda, kawasan awam,  masjid dan balairaya akan menjadi tumpuan rombongan pengantin. Sesuaikah suasana dan tandas awam di tempat - tempat tersebut untuk menerima kunjungan orang luar ?  
Itu contoh mudah yang aku ambil tanpa mengambilkira pelbagai program dan aktiviti di rancangan yang melibatkan wakil rakyat, pegawai tertinggi Felda dan kerajaan, program pelajar IPT dan lain - lain lagi.


ORANG FELDA kata, ada aku kisah semua itu ? TAK PERCAYA ? Jika anda berada di rancangan FELDA, anda kunjungilah kawasan awam terutamanya TANDAS AWAM di rancangan berkenaan samada di masjid, surau, balairaya ataupun di kawasan awam.


Adakah wajah TANDAS AWAMnya begini ...
atau begini....
Kalau di luar dah begini, di dalam bagaimana pula ?


AKU KATA ORANG FELDA TAK KISAH sebab, selepas TIGA rancangan di JOHOR iaitu, FELDA SEMENCHU , FELDA ULU BELITONG dan FELDA KLEDANG memenangi hadiah utama AKKF, bernilai SATU JUTA RINGGIT ( tunai dan projek pembangunan ), banyak rancangan Felda, masih  tidak berubah wajahnya, terutamanya FELDA PURUN. Sebagai contoh ( mungkin serupa dan sama dengan rancangan lain ) , di Felda Purun, rumput di padang awamnya adalah separas pinggang, belum cukup tinggi lagi tu. Pusat perniagaannya ? Balairayanya ? Masjidnya? Suraunya? Datang dan nilailah sendiri....!!!!! 
Kalau yang SATU JUTA RINGGIT pun ORANG FELDA TAK KISAH, apalah nak dikejar sangat ANUGERAH JAMBAN @ ANUGERAH LUBANG BELAKANG yang bernilai dari RM1,000 hingga RM5,000 tu!!!!! 
Betul Tak ORANG FELDA PURUN dan FELDA - FELDA 1GLOBAL LAINNYA?????

3 ulasan:

  1. Saya suka artikle ni.. Kalau kita tengok banyak Felda x mahu berubah.. Cuma di Johor sahaja masyarakat Feldanya betul2 mahukan perubahan.. Saya selalu pergi ke Felda2 di Johor, kawasan Felda memang cantik dan bersih jauh berbeza dengan tempat saya.

    BalasPadam
  2. salam tuan..pendedahan yang agak berani dan telus..selalunya mereka dan sewaktu dgnnya mudah alpa dan terlepas pandang..nyahkan sikap ini dan berterusan membuat anjakan agar ianya dpt mengubah persepsi marhain...

    BalasPadam
  3. Ada juga belia felda yang begitu membanggakan saya.. siap berkhidmat ikhlas utk membangunkan pemuda Felda.. seperti disini :
    http://mag-auto.blogspot.com

    btw, jemput Pak singgah ke http://pusman9.blogspot.com
    leh dapat update terbaru bg membantu anak bangsa

    BalasPadam

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH