Peneroka diajak berunding jika bermasalah
BERA – Peneroka yang tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan Felda atau hal-hal berkaitan lain diminta melaporkannya kepada Felda dan bukannya pihak lain.
Pengurus Felda Zon Bera/Mendi, Azemim Mamat berkata, sekiranya peneroka mengadu kepada pihak lain, lebih-lebih lagi kepada mereka yang kurang arif, ia hanya akan menimbulkan lebih banyak masalah.
Menurutnya, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan sekiranya ia dilakukan dengan betul iaitu dibawa ke meja perundingan.
“Tidak dinafikan, ramai peneroka yang tidak berpuas hati dalam pelbagai perkara. Tetapi mereka mesti mengadu kepada Felda, jika tidak ia tidak akan membawa jalan penyelesaian.
“Seperkara lagi, menggunakan orang tengah pula hanya akan mengeruhkan lagi keadaan kerana golongan ini hanya tahu menangguk di air keruh, mengambil kesempatan yang ada untuk kepentingan sendiri,” katanya.
Azemim berkata, peneroka tidak sepatutnya mudah percaya dan terpedaya dengan janji manis pihak yang menjadi orang tengah itu.
Katanya, setelah sekian lama Felda dan kerajaan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik dalam setiap masalah yang dihadapi, orang tengah itu hanya pandai mengambil peluang.
“Saya kesal dengan sikap segelintir peneroka yang termakan hasutan mereka (orang tengah) dengan membawa kes ke mahkamah sedangkan masalah yang dihadapi itu boleh dibawa berbincang tanpa membabitkan undang-undang negara,” katanya.
Beliau berkata, setiap apa yang dilaksanakan kerajaan dan Felda adalah mengikut garis ditetapkan dan ia tidak boleh dilakukan sesuka hati.
Pandangan Ikhlas Warga Felda Purun:
Ayahcik Nazrol Al-puruni bukan nak mengata atau mengumpat..sekadar nak meluahkan rasa..bermula dgn persoalan...apa istimewanya yg kami dapat dgn pengurusan Felda Purun sedia ada???...perbincangan? Bila?? berkesankah??..kutipan sampah? ikut jadualkah?(ulat siap bert...ukar jadi lalat)...lampu jalan x menyala, penduduk tak bayarkah?...projek tanaman batu perhiasan,ceriakah?...mcm nesan dan pusara adalah...isu bekalan air bersih..terbelakah?(aduan rakyat tue program Felda ke?)...Sewajarnya Pengurusan Felda Purun yg memang kerjanya jaga Perkampungan dan Penduduk sahaja(ladang sawit Felda technoplant dah jaga), perlu muhasabah dan tanya pada diri sendiri kenapa penduduk suka menggunakan khidmat "orang tengah" kebelakangan ini walaupun berdepan risiko "diambil kesempatan"(boleh rujuk sinar harian 9 november yg ada muka pengurus istilah "ambil kesempatan"). Penduduk hari ini dah bijak dan tidak mudah dimomok dgn fakta serong dan tidak benar(generasi ke 2 takkan benarkan mak ayah mereka "dikencing" ditempat mereka sendiri)...maka sekali lagi saya amat berharap pengurusan felda dapat muhasabah diri sendiri,perbaiki kelemahan,tingkatkan komitmen supaya tidak dicabar oleh "orang tengah" yang kian popular..renungkan... “ bukan nak mengata atau mengumpat..sekadar nak meluahkan rasa..bermula dgn persoalan...apa istimewanya yg kami dapat dgn pengurusan Felda Purun sedia ada???
CUIT SIKIT:
Sebagai anak Felda Purun ( yang jarang - jarang balik ke sana, Insyaallah Aidiladha ni balik ) semenjak tahun 1976 dan mantan petugas Felda, aku, melihat semua di atas adalah benar. Saudara Azemim Mamat Pengurus Felda itu, berkata benar menurut aspek dan bidang tugasnya. Ayahcik Nazrol Al-puruni juga berkata benar menurut kacamata generasi kedua Felda Purun.
Tetapi, apa yang ditulis oleh Ayahcik Nazrol Al-puruni itu lebih benar kerana itulah yang aku lihat setiap kali melalui jalan masuk ke Felda Purun. Oleh kerana lembu banyak, bunga tidak sesuai ditanam, sebagai gantinya tiang batu ditanam di kiri kanan jalan sebagai hiasan, tetapi tidak diperindahkan persekitarannya. Hasilnya, ia lebih merupakan batu nisan, bukannya batu hiasan. Masalah bekalan air bersih tu, hanya berubah setelah tersiar di TV Swasta. Memang bukan tugas Felda membekalkan air, tetapi sebagai agensi persekutuan, Felda mempunyai banyak saluran untuk melaporkan masalah berkenaan. Lampu jalan tu, anggaplah ia sebagai barang antik. Sekadar perhiasan dan tiangnya berguna sebagai tempat menampal penunjuk arah kenduri kahwin. Setiap bulan pasti ada yuran keceriaan kawasan kampung ( AKKF ) yang disumbang bersama oleh peneroka dan Felda. Adakah ianya telah digunakan sebaik mungkin?
Warga Felda ini, aku sifatkan sebagai anak bongsu yang manja, Pengurusan Felda adalah bapa dan ibu. Sifat seorang anak, kalau aduan dan permintaan kepada ayah dan ibu tidak didengari dan diambil tindakan, anak itu akan mengadu kepada Atuk dan Nenek. Dengan Atuk dan Nenek, Insyaallah aduan mereka didengari, permintaan mereka ditunaikan.
Dalam kes ini, peranan Orang tengah itu samalah seperti Atuk dan Nenek, disitulah puncanya Peneroka mencari Orang Tengah kerana Ayah dan Ibu tidak menjadi pendengar yang baik. Segala kelemahan dan masalah itu juga berkaitan dengan JKKK di Rancangan berkenaan yang tidak tahu tugas dan fungsi mereka.

Aku akhiri catatan ini dengan pertanyaan..
ADAKAH PENGURUSAN FELDA PURUN SUDAH MENJADI AYAH DAN IBU YANG TERBAIK , ATAU MASIH BELAJAR MODUL KEIBUBAPAAN ?
Dan,
Pernahkah Pengurusan Felda Purun mengeluarkan penyata pendapatan dan perbelanjaan kebun sawit setiap 3 BULAN seperti tercatat di Surat Perjanjian Tanam Semula serta membayar duit lebihan hasil sawit ( sekiranya ada ) ?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan