Karnival IKTIRAF, program yang di bawa khas oleh Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Pengisian program karnival adalah berbentuk:
Pengisian program karnival adalah berbentuk:
1. ilmiah,
2. kerohanian,
3. motivasi,
4. keusahawanan,
5. hiburan,
6. program anak-angkat
7. dan macam-macam lagi.
Setiap MBFM Wilayah diberi penghormatan untuk menganjur karnival di Wilayah masing-masing....Petikan daripada facebook.com/iktiraf2010
Contoh pelaksanaan:
Karnival Iktiraf Wilayah Jengka 2010.
Sumber gambar: Mbf Wilayah Jengka ( facebook.com ).
PENGISIAN AKTIVITI KARNIVAL IKTIRAF WILAYAH JENGKA 2010:
CUIT SIKIT:
YANG JELAS DAN NYATA..KARNIVAL ITU TIDAK LEBIH DAN TIDAK KURANG SEUMPAMA ‘ FUN FAIR ‘. DARIPADA 18 ACARA YANG TERTERA, BERAPA ACARA ILMIAH, BERAPA ACARA KEUSAHAWANAN DAN BERAPA PULA ACARA KEROHANIAN. YANG PASTI, HIBURAN DIPENTINGKAN : WARGA FELDA DILEKAKAN.
NATIJAHNYA: USAI PROGRAM, WARGA FELDA TETAP DAN MASIH SEPERTI DAHULU. YANG MENOREH TETAP MENOREH, YANG MENGAIT SAWIT TETAP MENGAIT SAWIT. TIDAK KURANG DAN TIDAK LEBIH SEUMPAMA LIRIK INI;
Ku tahu asal usulmu, Yang laut balik ke laut, Yang darat balik ke darat, Nasi berwarna hamba sembahkan...
Ulik mayang diulik, Ulik balik sedia kala ...ulik mayang versi ELLA.
SEWAJARNYA, MBFM MENJADIKAN KARNIVAL INI SEBAGAI;
WADAH MENEROKA PELUANG KEUSAHAWANAN DI RANCANGAN:
SEKADAR MENGADAKAN PAMERAN DAN JUALAN, IANYA TIDAK AKAN MEMBAWA AHLI MBFM KE MANA- MANA. BAWALAH ANAK MUDA FELDA KE ARAH CINTAKAN PERNIAGAAN KERANA SEMBILAN DARIPADA SEPULUH REZEKI ITU, DATANGNYA DARIPADA PERNIAGAAN…sabda Rasullullah saw.
WADAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERMAIN FUTSAL:
DI SETIAP RANCANGAN FELDA ADA GELANGGANG FUTSAL, ADA PEMAIN FUTSAL TETAPI TIADA JURULATIH YANG BERTAULIAH. KARNIVAL IKTIRAF SEPATUTNYA TURUT DIISI DENGAN KURSUS KEJURULATIHAN FUTSAL. HASILNYA NANTI, FELDA AKAN MELAHIRKAN RAMAI PEMAIN FUTSAL YANG MENDAPAT ASAS FUTSAL YANG SEBENAR. INGATLAH, JIKA BERGURU HANYA DARIPADA BUKU DAN LAMAN WEB, ANDA TIDAK AKAN KE MANA – MANA.
WADAH MENERAP DAN MENYEMAI SKIL PEMANDUAN BERHEMAH / LAJU DAN SELAMAT:
MENDEDAHKAN ANAK MUDA FELDA KEPADA SUKAN MAHAL SEPERTI PAINTBALL DAN MOTORSHOW INI TIDAK AKAN MEMBERIKAN IMPAK DAN TIDAK DAPAT MENGURANGKAN ISU PELESIT REMPIT DI FELDA. LEBIH MOLEK DAN SESUAI SEKIRANYA DIBAWAKAN TEKNIK MENUNGGANG DAN MEMANDU SECARA SELAMAT. DAN JANGAN LUPA, ADAKAN PAMERAN GAMBAR – GAMBAR KEMALANGAN TERNGERI, TERLOYA DAN SEGALA MCAM TER…
WADAH MUZIK SEBAGAI SUMBER EKONOMI:
PENGANJURAN BATTLE OF THE BAND, SATU MEDAN ILMIAH ATAU SEKADAR HIBURAN? KE MANA ARAH DAN HALATUJU PEMENANG PERTANDINGAN? BERPELUANGKAH MEREKA MERAKAMKAN ALBUM KOMERSIL SELEPAS KARNIVAL INI ? DAN, ADAKAH PEMUZIK BERKENAAN DIDEDAHKAN DENGAN ILMU MUZIK YANG SEBENARNYA? DEDAHKAN MEREKA DENGAN PELUANG BELAJAR MUZIK SEBENAR DI AKADEMI SENI KEBANGSAAN DAN SEBAGAINYA. DESAK FELDA SUPAYA MEMBIAYAI ( SEBAGAI PINJAMAN DAN WAJIB DIBAYAR SEMULA) PEMBELAJARAN MUZIK DAN BUNYI DI UKTLKW.
MENGIKTIRAF ATAU MENCARI PENGIKTIRAFAN ?
KARNIVAL INI SEPATUTNYA DIJADIKAN MEDAN DAN FORUM UNTUK MENINGKATKAN IMEJ WARGA FELDA DI MATA MASYARAKAT UMUM, SUPAYA MEREKA DIIKTIRAF SEBAGAI WARGANEGARA YANG MENYUMBANG DI DALAM PEMBANGUNAN NEGARA, BUKAN SEBAGAI MEDAN PIHAK PENGANJUR MENCARI PENGIKTIRAFAN DARIPADA MASYARAKAT FELDA.
BERJAYAKAH KARNIVAL IKTIRAF ? SESUNGGUHNYA GAMBAR BUKANLAH PENIPU DAN PEMBOHONG SEPERTI KITA..LIHATLAH DUNIA..APA YANG TELAH BERLAKU..
HEBATKAH MBFM, BERJAYAKAH ANDA SEBAGAI PENGANJUR ?
RENUNG – RENUNGKAN ; TIMBANG – TIMBANGKAN :
LAKSANAKAN MANA YANG BAIK..
BERUBAHLAH SEBELUM PADAH!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan