Jumlah Paparan Halaman

9.11.10

APABILA MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA MELATAH.........

KEM PERKASA REMAJA FELDA...WAJAR ATAU TIDAK..????
oleh Majlis Belia Felda Malaysia pada pada 19hb Oktober 2010 pukul 2.40 ptg
Salam Perjuangan rakan2.. Baru-baru ini Pihak UKM ingin mengadakan satu program bersama FELDA. Program tersebut dinamakan sebagai Kem PERKASA REMAJA yang akan fokus kepada pemulihan Mat Rempit di Felda. Program dan modul dilihat bagus untuk membanteras gejala Mat Rempit di FELDA.. Namun begitu.. terdapat beberapa persoalan dan juga kemusykilan yang memerlukan pandangan dan sokongan rakan2 untuk menilai sejauhmanakah kewajaran program ini patut atau tidak perlu dilaksanakan. Untuk pengetahuan rakan2 berikut adalah maklumat berkaitan Program tersebut :-
 1. Kem Perkasa Remaja akan hanya melibatkan 60 orang mat rempit yg dipilih dari kawasan Felda.
2. Program Pemulihan atau Latihan yang di buat hanya 2 bulan sahaja.
3. Kos bagi melatih Mat Rempit seramai 60 orang dan selama 2 bulan akan menelan Belanja ANGGARAN sebanyak RM 500,000.00   ( LIMA RATUS RIBU  RINGGIT)
Petikan daripada laman rasmi MBFM.
CUIT SIKIT
Tau pulak MBFM tu melatah ye?
Selama ini, apa yang MBFM fikirkan untuk membanteras gejala sosial di rancangan? Kalau dah namanya Majlis Belia, buatlah program yang baik untuk belia di rancangan, bukannnya ke hulu ke hilir dengan program IKHTIRAF yang penuh wayang kulit tu. Aku kata wayang kulit sebabnya, usai program berkenaan, ahli - ahli MBFM masih seperti dulu (pinjam tajuk lagu Exist ). Betul tak ??
MBFM nak jadi TILAM BURUK juga ke ?? ( Rujuk Posting Terdahulu Bog Ini ). Tahukah MBFM pusat, masih banyak lagi Pengerusi MBFM dan JK MBFM di rancangan, tak tahu sistem pengurusan persatuan. MBFM Palong 12 misalnya, akaun bank pun tiada. Usai Mesyuarat Agung Pertama, mesyuarat bulanan pun, mereka tak buat. Itu yang perlu MBFM pusat bantu.
Sepuluh bulan aku bertugas di sana, tidak sesaat pun bayang Pengerusi MBFM Wilayah Raja Alias datang berkunjung, bertanya khabar dan masalah ahli. Yang hadir hanyalah seorang budak hingusan dari Palong 7 yang hanya berniat hendak menukarkan Pegawai Penyelaras semasa menyampaikan ucapan di mesyuarat agung pertama MBFM Palong 12 itu. Bukan salah kakitangan Felda di rancanngan, sekiranya MBFM itu lesu, tetapi salah anda sendiri selaku MBFM wilayah dan  pusat yang tidak mahu mengambil tahu dan membantu.
Pernahkah MBFM berdamping dan bertanya dengan Kementerian Belia dan Sukan atau Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Pejabat Belia dan Sukan Daerah untuk mengadakan Bengkel Pengurusan Organisasi secara perkongsian pintar ?
Tidak salah  menghantar pemimpin MBFM mengikuti kusrus BINA NEGARA tetapi, tiada maknanya para pemimpin MBFM terdiri daripada rakyat Malaysia yang patriotik tetapi tidak pandai mengurus persatuan.
Percayalah,  sekiranya MBFM tidak melaksanakan Kursus Pengurusan Persatuan dengan segera, dalam tempoh TIGA TAHUN selepas ini, Sekretariat MBFM di Anjung Felda akan sibuk berkunjung ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia ( ROY ), kerana merayu agar jangan dibatalkan pendaftaran MBFM Rancangan di seluruh negara kerana gagal mengemukakan laporan tahunan. Sebagai rekod,  sebelum ini, Sekretariat MBFM sibuk ke ROY untuk mendapatkan sijil pendaftaran persatuan.
Yang mana lebih perlu buat MBFM diantara kursus BINA NEGARA atau KURSUS PENGURUSAN PERSATUAN ?
Jangan melatah dan terkejut beruk, lihatlah ke dalam diri anda. Fikir yang terbaik untuk ahli - ahli anda yang ramai tu, bukan fikir untuk diri sendiri.  Bila kita tidak berbuat sesuatu untuk ahli, orang lain akan mengambil kesempatan untuk melaksanakannya. Atas nama perunding profesional, harganya tentulah mahal.
Yang MBFM melatah tu pasal program ke atau pasal angka SETENGAH JUTA RINGGIT tu...??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH