Apa Maknanya Impian
Datang dan Pergi
Ada Ketika Ku Terbawa -bawa
Oleh Resah Mimpi Yang Tak Sudah.....TK Ibnor Riza.
Generasi Kedua Ini Sudah Berumahtangga , Ada Anak, Ada Pekerjaan Tetapi Masih Tinggal Menumpang Di Rumah Orang Tua atau Menyewa Di Dalam Rancangan. |
Merayau - rayau di pinggir ibu kota yang rancak dengan pelbagai projek perumahan semasa Depavali ini, aku teringat beberapa kali disebut oleh pihak yang diberikan mandat dan kuasa oleh rakyat serta dengan izin Allah, akan dibina perumahan untuk generasi kedua Felda. Ini bukan perkara terkini Felda, tetapi adalah perkara lama yang telah, saban dan pastinya akan diulang lagi sempena PRU 13 nanti..
Lihatlah wajah - wajah di atas, itu mungkin wajah suku sakat anda, para pengundi anda yang memerlukan kediaman sendiri di rancangan - rancangan Felda. Mereka ingin berhijrah tetapi perlu mengutamakan ibu yang kini menjadi ibu tunggal dan tinggal bersama dua atau tiga orang adik yang masih bersekolah. Justeru, mereka ini kekal di rancangan, membina keluarga sendiri, mempunyai pekerjaan di rancangan tetapi, tiada kediaman sendiri.
IMPIAN MENJADI NYATA
Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ), Anugerah Belia Felda Malaysia ( ABFM ) 2009 menjadi saksi betapa diumumkan dengan bangga dan disambut tepukan gemuruh hadirin bahawa, Felda akan membina perumahan generasi kedua di Felda Triang 3, Bera, Pahang di kawasan YB Menteri Belia dan Sukan ( ketika itu ).
IMPIAN MENJADI NYATA TETAPI AMAT MENGGERIKAN
Menjelang tamatnya 2010, tinjauan aku ke Triang 3 baru - baru ini mendapati, projek berkenaan bukan sahaja belum bermula, malah, dengar khabarnya, tapak untuk pelaksanaan projek berkenaan pun, belum ditentukan. Patutlah papan tanda projek pun tiada. Aduhai.........................Melodinya melankolik, liriknya romantik, namun, penyampaiannnya hambar. Kata orang: " Pichting " lari, temponya sumbang.
Aku fikir, anak - anak Felda ini tidak pun memerlukan banglo mewah seperti di Feldajaya tu, tetapi cukuplah seperti ini.
Semasa memikirkan catatan ini, aku juga teringat Amir dan Yazid, dua orang anak peneroka Palong yang setelah lama berhijrah kembali ke rancangan , tetapi masih menumpang dengan orang tua. Mereka ada pekerjaan tetap di rancangan, tetapi tiada peluang memiliki rumah sendiri. Bagaimana akhirnya impian mereka untuk memiliki rumah sendiri, hanya masa yang menentukan.
CUIT SIKIT:
Sesi penghakiman Anugerah Belia Felda Malaysia 2010 sudah hampir selesai dan akan diumumkan para pemenangnya sebelum berakhir tahun ini, semasa itu,
aku berharap TIADA LAGI pengumuman projek seumpama itu, kerana;
Kalau sekadar retorik, tak perlulah diumumkan sebarang projek, terutamanya projek yang menjadi impian dan harapan anak - anak felda khususnya yang masih tinggal dan bekerja di rancangan.
Kalau sekadar ingin mendengar tepukan gemuruh, umumlah projek yang lebih mudah dilaksanakan, umpamanya bantuan jersi berjenama untuk semua jenis sukan di rancangan.
KATA NAK BERUBAH maka berubahlah dengan cara, kalau diumum projek yang menjadi tumpuan umum, segeralah dilaksanakan, bimbang nanti mimpi indah bertukar menjadi mimpi ngeri dan bila kalian terjaga dari tidur yang panjang, rupa-rupanya waktu dan ketika sudah terlewat..
Di saat itu, kalian bukan sahaja kehilangan Feldajaya, malah mungkin kehilangan Putrajaya.
Di kala itu, apalagi yang kalian ingin umumkan ?? FIKIRKANLAH !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan