Jumlah Paparan Halaman

15.11.10

CERITA KARTUN TERKINI DI MALAYSIA..........

Ada beberapa catatan yang sempat aku kumpulkan untuk kita renungkan bersama, sebagai ukuran betapa cerita kartun dan cerita kita tidak jauh berbeza...............................

CERITA KARTUN 1;
YAB Menteri Besar, selaku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan ( PBNS ) menzahirkan rasa tidak puas hati PBNS kerana Perlawanan Sumbangsih 2011 akan melibatkan Juara Liga Super 2010 ( Selangor ) menentang Juara Piala Malaysia 2010 ( Kelantan ) dan bukan seperti kebiasaannya, menemukan Juara Piala Malaysia dan Juara Piala FA musim sebelumnya.

Selaku Juara Piala FA 2010, PBNS dikhabarkan telah menghantar surat bantahan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) kerana merasakan hak mereka untuk bermain di Perlawanan Sumbangsih sebagai pembuka tirai musim 2011 itu, telah dinafikan oleh FAM.

Penjelasan FAM:
Pemberitahuan tentang perubahan pasukan yang layak untuk bermain di Perlawanan Sumbangsih itu, telah dimaklumkan kepada semua Persatuan Gabungan FAM semasa mesyuarat pada DISEMBER 2009. Dan, wakil PBNS turut menghadiri mesyuarat berkenaan.

HAIRAN, bagaimana PBNS tidak mengetahui perkara yang telah berubah hampir satu tahun, sedangkan wakil mereka ada semasa perubahan itu diumumkan. PBNS juga kerap mengadakan mesyuarat jawatankuasa mereka. Semasa mesyuarat, pastinya ada agenda PERKARA BARU untuk dilapor dan dibincangkan. 

CERITA KARTUN 2;
Catatan aku bertajuk BALADA SEORANG GADIS KECIL sebenarnya adalah kisah sebatang lorong di belakang CIMB BANK , Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan, yang sepatutnya bersih seperti lorong - lorong lain di kawasan itu,  telah bertukar menjadi lorong sampah dan tilam buruk serta DIBIARKAN BERLARUTAN.  Tinjauan aku ke sana sejak awal November sehingga jam 12.00 tengah hari 14 November, keadaannya masih begitu. HAPAK DAN HANYIR. Sekali lagi aku paparkan wajah lorong itu yang aku rakamkan pada 2 & 8 November, buat tatapan kalian.
   
PELIK..penswastaan kerja - kerja pembersihan kawasan bandar ini sepatutnya memberikan kesan yang lebih baik dan pihak PBT dan Kontraktor yang terlibat dengan kerja - kerja pembersihan kawasan ini, pastinya telah menggaji seorang atau beberapa orang untuk menyelia dan memantau kawasan berkenaan.

ANEH, ke mana perginya Penyelia Kawasan berkenaan. Adakah beliau telah  GHAIB, sehinggakan lorong itu berkeadaan begitu ?

CERITA KARTUN 3;
Bagi aku, banjir besar yang melanda KEDAH baru - baru ini, telah menjadi satu cerita kartun yang lebih hebat daripada cerita kartun UPIN & IPIN.

Manakan tidak, dalam keadaan sepatutnya UPIN & IPIN bersatu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir berkenaan, meletus berita di media utama, IPIN mengatakan, UPIN LEPAS TANGAN dan tidak bertindak segera menangani banjir berkenaan. UPIN pula mengatakan IPIN  yang tidak mahu mendapatkan maklumat sebenar daripada UPIN, sebaliknya hanya mengambil maklumat daripada kartun - kartun  yang sealiran dengan IPIN.

Dan, isu banjir ini bertambah hangat, apabila UPIN menuduh media - media utama di Malaysia melaporkan berita membantu mangsa banjir itu secara sebelah IPIN sahaja. Berita UPIN membantu mangsa banjir berkenaan tidak disiarkan. Aku katakan sebagai BERITA SENGET kerana hanya dilaporkan untuk sebelah pihak sahaja.

Hari ini, 14 November 2010, ekoran isu BERITA SENGET  itu, pihak media utama Malaysia dilarang daripada membuat liputan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah. Juga, menurut satu portal berita secara ' online',  isu BERITA SENGET berkenaan telah melarat sehingga ke  istana.

PELIK BIN AJAIB, HAIRAN BINTI ANEH.....di saat ada rakyat yang berduka kerana kematian ahli keluarga akibat banjir tersebut, di waktu ramai mangsa sedang termenung memikirkan kemusnahan harta benda mereka juga akibat banjir berkenaan, rupa - rupanya  UPIN & IPIN  sibuk bertelagah kerana berebut gelaran siapa paling banyak menyumbang dan membantu mangsa banjir berkenaan.

CUIT SIKIT:

Tugas sebagai wakil persatuan, sebagai kakitangan kerajaan atau swasta dan juga sebagai pemimpin kerajaan adalah berhubungkait dengan tanggungjawab, pelaksanaan tugas dan juga pengadilan awam terhadap keberkesanan tugas kita.

Sebarang kegagalan semasa menjalankan tugas, pasti ada hukumannya. Dan yang paling pasti, KITA AKAN DIBICARAKAN DI PADANG MAHSYAR DAN DIHUKUM DI NERAKA  AKIBAT  KEGAGALAN KITA  MENJALANKAN TUGAS DI DUNIA INI. 

KITA AKAN TERSELAMAT DARIPADA AZAB NERAKA SEKIRANYA, KITA BENAR - BENAR  KARTUN SEPERTI UPIN & IPIN ITU.  TETAPI,  SEKIRANYA KITA ADALAH INSAN , FIKIRKANLAH !!!!! untung nasib kita di sana kelak......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH