PASTINYA banyak juga kos yang dikeluarkan untuk mendapatkan tilam ini..Harga tilam dah sekian, parking nak dibayar, minyak kereta semakin naik, setelah banyak kos semasa yang dikeluarkan..yang kita bawak balik hanya lah tilam.
Dah nasib tilam, walau semahal mana pun harganya, ia takkan berada di atas..asyik di bawah je. Ia la mana pernah dibuat orang, tidur di bawah tilam..kan kan..mesti le tidur di atas tilam. Terutamanya pengantin baru dan mereka yang sama waktu dengannnya.
Walau siapa pun yang tidur di atasnya, sang tilam tak pernah menolak, malah tiada kuasa untuk menolak atau memilih siapa yang akan tidur di atasnya. Malah, sang tilam juga tidak berupaya untuk menentukan harga dirinya sendiri. Pihak kedua atau ketigalah yang menetapkan harga berkenaan.
TERUK SANGAT KE TILAM NI?? Tilam bukanlah satu produk yang teruk, tetapi kerana fungsi dan peranannya, ia dilihat teruk. Jangan tak percaya, sekitar tahun 90'an, tilam pernah menjadi saksi utama perbicaraan kes salahlaku seks. Semoga selepas ini, tiada lagi tilam akan masuk mahkamah.
Tilam juga sukar untuk dijual semula. Justeru, yang kita lihat di kedai - kedai bundle, yang dijual hanyalah pakaian. Di kedai perabut recon, yang dijual hanyalah peralatan katil, meja, kerusi dan sebagainya. Yang pasti, tilam tidak jual di situ. Sesekali akan kedengaran pengumuman TILAM LAMA TUKAR BARU, TILAM LAMA TUKAR BARU, TILAM LAMA TUKAR BARU..( ada yang senyum ). Tilam baru untuk dijual, tilam lama yang ditukar tu akan direcycle untuk dijadikan tilam baru dan jual pada harga yang lebih mahal.
CUIT SIKIT: SEBENARNYA, TILAM DAN KITA SEBAGAI INSAN NI SERUPA..
Tak percaya ?? Lihatlah sekeliling kita..dan fikirkanlah catatan di bawah.
USAI SATU PEMILIHAN:
Penyokong dan Pengundi dilupakan..Masa pemilihan, pemimpin mencari kita. Selepas pemilihan, kita sukar untuk bertemu pemimpin. Betul tak ?
MERAH TAPAK TANGAN KITA kerana memberikan TEPUKAN sebabnya, PEMIMPIN mengumumkan satu lagi projek untuk kemudahan kita.
SELEPAS itu, adakah ia segera dijalankan ? atau kita terpaksa bertepuk lagi dan lagi dan lagi, tetapi projek berkenaan tak muncul - muncul. Itulah yang berlaku kepada warga Felda Purun dan Felda Mayam.
Cerita tukar paip, sambung paip, pecah paip, ganti paip sudah menjadi cerita dongeng kepada mereka. Yang pastinya air paip tak juga - juga muncul terutamanya di hari raya aidilfitri, TERBARU semasa aidilfitri 2010. Hanya setelah MELETUP di TVSWASTA barulah ada perubahan.
BEKAS PEMIMPIN PUN SERUPA TILAM:
Usai perkhidmatan mereka, berapa ramai pemimpin yang masih mendapat tempat di hati rakyat, terutamanya pemimpin yang tidak berjiwa rakyat. Tanpa kita sedari, akhirnya kita tercampak ke lorong hanyir seperti tilam.
FIKIRKANLAH..hebatkah kita, jika akhirnya kita senasib dengan tilam, terbuang di lorong hanyir. Tidakkah anda mahu berubah ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan