Jumlah Paparan Halaman

17.11.10

BERSARA AWAL: SATU PILIHAN ATAU SATU SESALAN?

SELEPAS 40 HARI...aku bersara pilihan ( awal ), aku melalui satu keadaan yang sangat melegakan..migrain yang   selama ini, sering bersama aku, hilang begitu sahaja..walaupun saban malam aku tidur lewat kerana menulis di laman blog aku dan juga merapu di fb.
SELEPAS 40 HARI...aku berasa sangat gembira kerana, niat aku ingin menjadi aktivis masyarakat menerusi lensa SISI GELAP SEKITAR KITA sudah dapat aku mulakan menerusi laman aku, cerita aku, risiko aku;
CUIT SIKIT    RINGKAS : PADAT : TERASA.

Mungkin ianya tiada apa yang istimewa bagi orang lain tetapi bagi aku, aku bersyukur kerana pandangan sinis serta komen yang tajam masih lagi disukai ramai. Itulah sebenarnya amalan orang tua - tua kita dahulu. Kata mereka berkias. Jelingan mereka tajam. Sindiran mereka terasa. Kerana faktor itulah,kita hidup rukun dan damai di desa nan jauh daripada pembangunan.

Biarpun tanpa ditadbir oleh seorang insan yang digelar dan bergelar PENGURUS,  kita mampu berdikari dan membina keluarga sendiri dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Ahli keluraga kita dipuji segenap kampung kerana ketertiban mereka apabila berjumpa orang yang lebih tua. Anak kita dijadikan contoh dan teladan kerana tamat mengaji Quran lebih awal daripada mereka yang sebaya dengannya.

Kini, kepada masyarakat Felda khususnya, dengan segala macam prasarana yang ada, adakah kita sudah menghasilkan yang terbaik?

BERSARA AWAL: SATU PILIHAN ATAU SATU SESALAN?

Bagi aku,  TIADA SESALAN.  Ianya hanyalah SATU PILIHAN dan  PERMULAAN ke arah satu kehidupan yang lebih bebas, terbuka, mencabar  dan sebenarnya, lebih banyak peluang telah  menunggu anda, khususnya di bidang yang anda sukai dan anda sememangnya memiliki kemahiran untuk melakukannya. Kalau anda berminat untuk mengetahui apa yang aku ingin lakukan selepas ini, anda lihat dan bacalah di ruang PERKHIDMATAN KAMI.

Selepas aku bersara awal, ramai kakitangan Felda terutamanya yang bergelar Pengurus telah dan sedang secara serius memikirkan untuk bersara awal kerana tidak boleh bertahan lagi dengan bebanan tugas dan cabaran semasa. Ada yang telah memajukan borang permohonan, ada yang telah mengisi borang tersebut tetapi masih memikirkan " KALAU AKU BERSARA AWAL, APA YANG BOLEH AKU BUAT UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN ?".

Ada juga yang telah mengisi dan menandatangan borang berkenaan tetapi simpan dahulu di dalam laci. Bila sudah tidak berdaya lagi untuk menanggung cabaran dan bebanan tugas, borang itu pasti  dihantar  ke Ibu Pejabat Felda.

Bagi aku, sekalung tahniah buat rakan - rakan yang telah memajukan borang permohonan ke Ibu Pejabat Felda. Kepada yang sedang berfikir untuk bersara awal, tetapi masih teragak -agak untuk menghantarnya, nasihat aku, sampai masanya anda akan bersara juga dan ketika itu, usia anda sudah pun 58 tahun. Ketika itu, apa yang anda boleh lakukan untuk untuk meneruskan kehidupan? Sekarang atau akan datang, anda tetap akan melalui proses persaraan. HANYA ..beranikah kita untuk berubah ?


CUIT SIKIT

Seorang teman yang telah bersara awal lebih dahulu daripada aku, menyatakan, dengan hanya satu aktiviti,  beliau pernah mendapat pendapatan RM 500.00 sehari selepas bersara awal, di dalam keadaan dia bersara awal tanpa memikirkan apa - apa  projek selepas bersara secara serius dan terancang. Baginya, bersara dahulu, kemudian fikirkan apa yang ingin dilakukan selepas bersara.

Semasa bertugas dahulu, untuk mendapatkan angka yang sama, beliau terpaksa bertugas selama seminggu dengan menghadiri segala macam mesyuarat, menyediakan segala bentuk laporan , melaksanakan aneka arahan dan melayani pelbagai karenah masyarakat rancangannya.

Kepada rakan - rakan yang ingin bersara awal, tetapi masih teragak - agak, BERUBAHLAH SEBELUM PADAH !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH