Jumlah Paparan Halaman

3.11.10

BILA DAPAT GADING BERTUAH.....

Projek memasang kabel bawah tanah antara Nilai dan  Bandar Seri Sendayan sudah berlangsung hampir dua bulan. Kini, projek berkenaan sudah hampir ke destinasinya.

Namun, amat malang mengenang nasib papan tanda ini yang terpaksa mengorbankan kedudukannnya demi memberi laluan kepada kabel berkenaan. Lebih malang, papan tanda yang boleh membantu banyak pihak daripada sesat jalan itu, tak mampu mempertahankan diri, maklum sahaja ianya hanyalah papan tanda yang tidak bernyawa. Sebagai insan bernyawa dan berakal, pihak yang mendapat keuntungan daripada projek berkenaan sepatutnya menegakkan kembali papan tanda berkenaan sebaik sahaja projek tersebut siap di kawasan itu.

Pastinya, pihak berkuasa yang menyediakan papan tanda berkenaan mengeluarkan kos yang tinggi untuk membuat dan memasangnya. Aku fikir, kosnya pasti mencecah empat angka kerana bahannya bermutu tinggi kerana ia BUKAN DIPERBUAT DARIPADA PAPAN LAHAD!!!

CUIT SIKIT:
Lagi satu pembaziran wang rakyat. Taukeh juga yang................................................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH