Sumber: SINAR HARIAN edisi MELAKA & NEGERI SEMBILAN 15 November | 08 Zulhijjah :: http://bit.ly/9iele2
JEMPOL – Seorang bapa yang asyik membeli nombor ekor dan ditemani anak kecil terkejut apabila premis terbabit diserbu pihak berkuasa, petang kelmarin.
Dalam operasi bersepadu yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sekitar pekan Bahau dekat sini, seramai 18 orang Islam termasuk seorang wanita berjaya ditahan kerana didapati berada dalam premis perjudian.
Dalam operasi bersepadu yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sekitar pekan Bahau dekat sini, seramai 18 orang Islam termasuk seorang wanita berjaya ditahan kerana didapati berada dalam premis perjudian.
Operasi yang bermula jam 2 petang itu juga membabitkan tujuh premis perjudian yang disyaki menjadi tumpuan ‘kaki ekor’ di daerah ini.
Penyelaras operasi, Mohd Zol Sidek berkata, semua yang ditahan berumur dalam lingkungan 30-an hingga 50-an itu didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 79 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003 dan ditahan di Balai Polis Bahau untuk siasatan lanjut.
CUIT SIKIT:
Tahniah JHEAINS kerana operasi anda berjaya menangkap mereka yang berkenaan. Dalamasa yang sama, semasa operasi tersebut, pasti ada niat yang tidak kesampaian, pasti ada hajat yang tidak dapat dilampiaskan oleh kaki - kaki nombor pada hari berkenaan. Maklum sahaja, sebaik sampai ke premis menjual nombor tu, operasi sedang berjalan, terpaksalah mengubah arah dan haluan ke kedai kopi. Kita minum dulu. Bila operasi dah selesai, kita datang semula.
Sehingga kini, aku rasa kerap operasi dan serbuan ke premis menjual nombor di sekitar Bahau. Sudah ramai yang tertangkap dan telah didakwa. Hebatnya, terlihat ada , nampak ada dan sesungguhnya ada kerja yang dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mencegah aktiviti perjudian di kalangan orang Islam di Bahau dan di Daerah Jempol. Natijahnya, kita hanya melakukan kerja berulang dan rutin iaitu; pantau, tangkap, dakwa dan hukum. Pelakunya mungkin insaf dan bertaubat selepas dihukum. Yang lain tidak pula mengambil iktibar, premis judi terus dikunjungi.
Bagi aku, kerja menangkap dan mendakwa itu adalah kerja yang tidak perlu dijalankan oleh mana - mana pihak sekiranya, sistem pendidikan kita selama ini, menjurus kepada pembinaan modal insan yang berkualiti. Lantaran sistem pendidikan kita yang menjurus kepada pencarian sebanyak mungkin gred A, kita lupa kepada hakikat iaitu, setiap pelajar yang mendapat banyak A itu, belum tentu mempunyai moral yang juga bergred A . Apabila terlalu mengejar A, kita lupa bahawa selepas A itu, ada 25 lagi huruf yang juga perlu diambil perhatian.
Jika bahagian dakwah dan pendidikan JHEAINS telah melaksanakan program dakwah dan bina insan dengan cemerlang, mungkin penguatkuasa JHEAINS tidak perlu menyerbu ke Bahau dan terjumpa anak kecil itu.
RENUNGKANLAH...sejauhmana kita telah melaksanakan tugas dan amanah kita di dunia ini. BERUBAH SEBELUM PADAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan