Jumlah Paparan Halaman

12.11.10

KEPUTUSAN UPSR...GUGURNYA RAMBUT SEORANG PENGURUS FELDA

PETIKAN - PETIKAN TERKINI SECARA ONLINE PADA 11 Nov 2010.
48,327 calon UPSR dapat keputusan cemerlang, semua A
11/11/2010 9:59am
PUTRAJAYA 11 Nov. – Seramai 48,327 daripada 482,334 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mendapat keputusan cemerlang atau semua A.
Ketua Pengarah pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruhan peperiksaan itu didapati meningkat dan merupakan terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN). – Utusan
UPSR: Pelajar di hospital, cacat penglihatan cemerlang
11/11/2010 5:41pm
KUALA LUMPUR 11 Nov. - Penghidap sakit kulit Nur Zaharatulnaim Hasbollah, yang terpaksa mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di hospital, dan pelajar cacat penglihatan, Celine Lean Yew Lin, dari Klang, adalah antara calon yang cemerlang mendapat 5A apabila keputusan peperiksaan itu diumumkan hari ini.
Nur Zaharatulnaim, 12, pelajar Sekolah Kebangsaan Jitra 3, Kedah, sungguhpun dalam keadaan menderita melawan penyakit itu telah menggagahkan diri menjawab soalan peperiksaan dengan tenang walaupun terpaksa melakukannya di atas katil di Hospital Jitra.
"Sekarang penyakit saya baik sedikit dari dulu tetapi saya tidak boleh berada di bawah terik matahari,” kata Nur Zaharatulnaim yang mahu menyambung pelajaran di sekolah berhampiran rumah kerana tidak mampu menguruskan diri jika penyakitnya kembali menyerang.
Bapanya, Hasbollah Md Isa, 42, berkata, Nur Zaharatulnaim mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya dan tidak pernah menjadikan penyakit yang dideritainya sejak lahir itu sebagai alasan untuk tidak mengulang kaji pelajaran.
"Walaupun sering tidak ke sekolah kerana penyakitnya itu tetapi dia bersemangat untuk belajar. Cikgu-cikgu juga sentiasa membantu seperti mengirimkan soalan-soalan menerusi kawan-kawan untuk diberikan kepada anak saya untuk dibuat di rumah sepanjang dia sakit,” katanya. - Bernama
CUIT SIKIT:
Aku paparkan berita di atas sebagai simbolik betapa hanya yang berjaya sahaja akan mendapat perhatian dan liputan. Hanya yang berjaya sahaja akan dilaporkan. Bagaimana nasib yang kurang berjaya ?
Kembali ke Tahun 1995; aku mengimbau kembali kepada program Gerakan Kesejahteraan Keluarga ( GKK ) yang menekankan peranan BAPA SEBAGAI PENENTU KECEMERLANGAN KELUARGA.Penekanan utama program GKK tentunya PENDIDIKAN. Kerana menerusi kejayaan di bidang pendidikan, kita mampu mengubah sosio-ekonomi kita. Kejayaan anak - anak di bidang pendidikan akan membolehkan mereka mencapai kejayaan di dalam kehidupan. Di awal merdeka hingga ke penghujung tahun 90'an, sekiranya anda berjaya ke menara gading maka, tempat anda sebagai pegawai atau eksekutif hampir pasti terjamin.
Keadaan sekarang sudah terlalu jauh berubah. Ramai anak - anak kita yang memiliki bukan satu malah dua atau tiga diploma dan ijazah tetapi tidak mendapat pekerjaan. Justeru, tidak menjadi satu kehairanan sekarang ini, lepasan IPT menjawat jawatan yang bukan bidang yang dipelajari di IPT. Antara yang pernah aku temui, seorang gadis berkelulusan sajian dan masakan, berniaga sendiri di bidang telekomunisasi,. Seorang pemuda berkelulusan kejuruteraan mekanikal, menjadi usahawan berjaya di bidang hiasan dalaman dan landskap.
Keputusan UPSR  juga  mempunyai hubungkait yang rapat dengan Pengurus - Pengurus Rancangan Felda di seluruh Malaysia. Manakan tidak, sekiranya keputusan di peringkat rancangannya kurang cemerlang, alamat menjawablah da dengan pihak atasan. Sebaliknya , seandainya keputusan UPSR di rancangannya cemerlang, maka program Skim Tuisyen Felda ( STF ) pula yang mendapat pujian.  Di mana kredit dan pujian untuk Pengurus ?
Kepada Pengurus , Penyelaras Pendikan Rancangan, Guru Besar , Guru Kelas dan Guru Subjek berkaitan UPSR, marilah kita berkongsi satu sedutan ucapan Dato Fadzil Yunus, mantan Pengarah Besar Felda ketika melancarkan program GKK di Negeri Sembilan pada tahun 1995 itu. Katanya " Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri, Felda dan juga para prunding motivasi pendidikan mampu menyediakan prasarana dan rangsangan untuk memacu kejayaan anak - anak khususnya di Felda di bidang pendidikan.
Namun, yang perlu kita ingat, kita hanya mampu menarik kuda itu sehingga ke tepi sungai, tetapi kita tidak mampu untuk memaksa kuda tersebut, meminum airnya "
Kepada yang berkaitan dengan UPSR khususnya, terutamanya Pengurus Rancangan Felda, teruskan usaha membantu anak - anak Felda walaupun kerana UPSR jugalah kepala kita semakin licin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH