Berada di bulan haji ni, entah mengapa tetiba je aku teringatkan Palong 1. Mungkin semasa aku bertugas dulu, itulah tempat paling lama aku tinggal ( 11 tahun 6 bulan ). Kemudiannya, aku bertukar ke F'Best Homestay, Felda Serting Hilir yang khabarnya dah tak best lagi. 2 tahun di sana, aku dihantar pula ke konti negerifm sebagai penyiar Suara Felda setiap jam 5.30 hingga 6.00 petang.
Walaupun aku dah lama meninggalkan Palong Satu,tetapi, setiap tahun pastinya Mohd. Noh Mahmud ( Sarjan ) sebagai Pengerusi Surau Nurul Iman, Palong Satu menjemput aku ke sana ketika ibadah korban. Yang aku seronok ialah, penubuhan, pembinaan dan penambahbaikan surau itu ada sikit sumbangan idea dan sokongan aku, dan setiap tahun, tidak kurang 30 ekor lembu dan kambing akan dikorbankan oleh warga Palong Satu menerusi jawatankuasa surau berkenaan. Ianya hanya akan selesai dalammasa 3 hari.
Kini, Mohd. Noh Mahmud ( Sarjan ) sudah diangkat sebagai Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK. Pastinya Surau Nurul Iman semakin maju pengisiannya.
CUIT SIKIT
Ketika begitu banyak haiwan dikorbankan menerusi surau, Masjid Kariah Palong Satu, dapat la menguruskan 4 atau 5 ekor je setiap tahun. Mengapa jadi begitu ? Jawapannnya ada pada Tuan Nazir dan Tuan Setiausaha Masjid itu yang daripada dahulu, kini dan selamanya mengaku pandai dan suka menyalahkan orang lain.Mungkin masa sudah tiba, generasi kedua Palong Satu mengambilalih teraju kepimpinan masjid sepertimana mereka menerajui kepimpinan politik sekarang.
FIKIRKANLAH !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan