Sebelum terus berbicara, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada TOK PERAK yang menulis di Sinar Harian ( sinarharian.com.my ) pada 21 November 2010, kerana catatan beliau memberikan aku ilham untuk mencatat sesuatu di laman ini.
Sebagai makluman, TOK PERAK muncul setiap Ahad menerusi kolum KOPI PAHIT HUJUNG MINGGU...yang menjadi kegemaranku.
Sebagai makluman, TOK PERAK muncul setiap Ahad menerusi kolum KOPI PAHIT HUJUNG MINGGU...yang menjadi kegemaranku.
Catatan di atas adalah kisah duka dan gagal warganegara Malaysia MELAYU dan beragama ISLAM di bumi merdeka dan berdaulat bernama MALAYSIA. Duka dan gagal itu, berkait pula dengan duit dan muafakat.
Sebut pasal duit, aku teringat sebuah cerita lama berkenaan DUIT SERINGGIT dan rakannya DUIT LIMA PULUH RINGGIT bertemu di peti besi sebuah bank.
Bertanya DUIT SERINGGIT kepada rakannnya itu, kisah hidupnya sebelum berada di peti besi berkenaan. “ Sebelum aku sampai ke sini, aku selalu berada di pusat hiburan, di rumah urut, di kedai nombor, malah aku sempat juga dibawa masuk ke kasino” jawab DUIT LIMA PULUH RINGGIT dengan bangganya. “ Ada masa, aku juga berada di kelab golf” tambah DUIT LIMA PULUH RINGGIT.
Selepas puas bercerita tentang dirinya, DUIT LIMA PULUH RINGGIT bertanya pula kisah hidup DUIT SERINGGIT. “ Selepas aku dilahirkan, aku duduk di dalam peti seperti ini, tapi tak lama sebab aku diambil orang. Aku dibawa naik kereta warna pinang masak, ada pengawal jaga aku. Siap senapang lagi.
Sampai di satu tempat yang jauh daripada tempat aku diambil, aku diserahkan kepada seorang pemuda berambut keringting dan berbau cengkih. Senja tu, aku disumbat ke dalam tong di sebuah masjid. Sejak hari itu, tempat aku tak pernah berubah, dari tong di masjid ke tong di surau. Pusing – pusing antara masjid dan surau ajelah “ panjang lebar jawapan DUIT SERINGGIT.
CUIT SIKIT:
Warga kampung berkenaan aku sarankan supaya belajar menabung dan bermuafakat seperti penduduk Felda Palong Satu yang aku ceritakan dulu. Bacalah posting aku yang bertajuk FELDA PALONG SATU tu.
Sebagai umat Islam, ibadah korban itu sunat. Ianya menjadi wajib sekiranya kita bernazar untuk berkorban. Untuk menjayakan korban, kita hanya perlu menabung dan bermuafakat.
Yang menjadi kemusykilan aku, selepas lebih 50 tahun merdeka, mengapa penduduk di kampong berkenaan, langsung tidak pernah melakukan ibadah korban, sehinggalah datang seorang bukan islam mendermakan seekor lembu untuk warga kampung berkenaan melakukan ibadah korban pada tahun ini, tahun 2010, selepas 53 TAHUN MERDEKA, hebatkan ??
Adakah kerana mereka terlalu miskin sehingga tidak langsung mempunyai lebihan pendapatan ? Adakah, majlis ilmu dan dakwah dilaksanakan di masjid kampung berkenaan ? Atau, ilmu korban boleh dibuat secara berkongsi, tidak pernah diajar dan dipelajari di kampung berkenaan? Atau kerana pemimpin kampung berkenaan gagal menjadi pemimpin untuk menyatupadukan masyarakatnya? Atau, pemimpin mereka hebat tetapi, mereka pula yang degil?
Aduhai Melayuku, takkan ilmu begitu pun tidak sampai ke kampong berkenaan ?

Oh MELAYUKU: Kisah duit tadi adalah kisah diri kita sebenarnya, senang berbelanja terutamanya ke jalan hiburan tetapi sukar untuk menderma. Dan yang paling teruk, sangat liat untuk menabung.
Sudahlah begitu, sukar pula untuk bermuafakat.
JANGAN TERJADI PULA KISAH YANG SAMA DI RANCANGAN FELDA.
NANTI SATU GLOBAL MENDAPAT MALU.
Sudahlah begitu, sukar pula untuk bermuafakat.
JANGAN TERJADI PULA KISAH YANG SAMA DI RANCANGAN FELDA.
NANTI SATU GLOBAL MENDAPAT MALU.
BERUBAH SEBELUM PADAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan