Apa makna impian Datang dan pergi Membawa hati Menyusuri kembali Jalan-jalan sepi dari lagu MIMPI YANG TAK SUDAH [adam ahmad : habsah hassan : ibnor riza]
Peruntukan RM1.6b bagi majukan peneroka Felda – PM
18/01/2011 2:44pm
LABIS 18 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM1.6 bilion bagi memajukan masyarakat Felda di seluruh negara untuk tahun 2011.
Berucap pada majlis Pemimpin Bersama Peneroka di Felda Chemplak di sini, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM8.5 juta daripada Felda untuk program pembangunan prasarana 500 buah lot yang akan diberi kepada generasi kedua peneroka Felda.
"Ini bukanlah sesuatu angan-angan yang direka kita ataupun janji yang tidak berpijak atas bumi yang nyata (seperti) yang mutakhir ini... mudah diluahkan oleh parti pembangkang.
"Ini adalah satu rekod pencapaian yang luar biasa yang telah diperjuangkan dan hasilnya dapat dilihat hari ini.
“selanjutnya di
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm
CUIT SIKIT:
RM 8.50 JUTA = 500 LOT = GENERASI BARU ? banyak tuuuuuuuuu!!
Situasi semasa pengumuman:
RIUH … GEGER … HINGAQ … BISING …
RM 8.50 JUTA = 500 LOT = GENERASI BARU ? banyak tuuuuuuuuu!!
Situasi semasa pengumuman:
RIUH … GEGER … HINGAQ … BISING …
Sebaik sahaja pengumuman:
TAPAK TANGAN HADIRIN MERAH MENYALA
KERANA TERLALU KUAT BERTEPUK.
TAPAK TANGAN HADIRIN MERAH MENYALA
KERANA TERLALU KUAT BERTEPUK.
Laporan Media:
RM 8.50 JUTA = 500 LOT = GENERASI BARU [ayat pentadbiran Felda],
GENERASI KEDUA [ayat media].
RM 8.50 JUTA = 500 LOT = GENERASI BARU [ayat pentadbiran Felda],
GENERASI KEDUA [ayat media].
Tempat Projek:
????? DIMANA YE???????. SATU NEGERI KE? SELURUH NEGARA KE? ATAU
KAT DUN TENANG SAHAJA KE?
????? DIMANA YE???????. SATU NEGERI KE? SELURUH NEGARA KE? ATAU
KAT DUN TENANG SAHAJA KE?
AKU KATA:
MERAH DAN MERIAHLAH MAJLIS PENGUMUMAN ITU DENGAN TEPUKAN DAN SORAKAN. MALAH MUNGKIN JUGA ADA YANG BERTEMPIK DAN MENJERIT, “HIDUP XX , HIDUP YYYYY”.
TAPI AKHIRNYA, .....KITA JUGAK YANG MELOPONG! SEBABNYA?
dah sekian lama pun diumum rumah la, tanah la, rumah dan tanah la untuk Generasi Baru ni, tapi entah di mana letaknya, entah siapa yang dapat..tak pulak diumum...sabarlah ALI [ayat ALI MAMAK ].
ENTAH BUAYA ENTAH KATAK : ENTAH YA ENTAH TIDAK
AKU BUKAN PREJUDIS!
TETAPI AKU MASIH TERKENANG AKAN KISAH YANG PERNAH AKU CATATKAN DI BLOG INI BERKENAAN PERUMAHAN GENERASI BARU INI.
MAC 2010, BERBARIS GENERASI BARU NAK DAFTAR MEMBELI RUMAH FELDAJAYA SELATAN, WILAYAH RAJA ALIAS. NI DAH DEKAT SETAHUN, PAPANTANDA PROJEK DAH PACAK KE?
MAC 2010, BERBARIS GENERASI BARU NAK DAFTAR MEMBELI RUMAH FELDAJAYA SELATAN, WILAYAH RAJA ALIAS. NI DAH DEKAT SETAHUN, PAPANTANDA PROJEK DAH PACAK KE?
YANG DAH DUA TAHUN DIUMUM, MASIH BELUM BERMULA, INI DAH UMUM LAGI.
HEY!: ASYIK UMUMMMMMMMMMMMMMMMM SAJA,
BILA PROJEK NAK MULA DA?pinjam ayat AR TOMPEL.
BILA PROJEK NAK MULA DA?pinjam ayat AR TOMPEL.
KATA NAK BERUBAH maka berubahlah dengan cara, kalau diumum projek yang menjadi tumpuan umum, segeralah dilaksanakan.
Janganlah generasi baru Felda ni terus disogok hasrat nak hidup selesa tetapi dipaksa menanti terus menanti.
Bimbang nanti mimpi indah bertukar menjadi mimpi ngeri dan bila kalian terjaga dari tidur yang panjang, rupa-rupanya waktu dan ketika sudah terlewat..
Di saat itu, kalian bukan sahaja kehilangan Feldajaya, malah turut kehilangan Putrajaya.
Di kala itu, apalagi yang kalian ingin umumkan ?? FIKIRKANLAH !!!
AKHIRNYA, MARILAH KITA MENAMATKAN PEMBACAAN INI DENGAN BERSAMA – SAMA MENYANYIKAN BAHAGIAN KORUS LAGU POPULAR TAHUN 80’AN,
MIMPI YANG TAK SUDAH
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang
TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA BUAT:
Lagu : Adam Ahmad Lirik : Habsah Hassan Artist: Ibnor Riza
Tiada ulasan:
Catat Ulasan