Jumlah Paparan Halaman

9.1.11

CERITA KARTUN TERKINI: Versi TENANG.....

TENANG yang tidaklah setenang mana….
FELDA TENANG DAN KONFRANTASI MALAYSIA INDONESIA:
Menurut sejarah, FELDA Tenang dibuka sekitar tahun 1960 hingga 1961. Nama ‘Tenang’ diperoleh bersempena nama peneroka kawasan ini, Haji Muhammad Arifin Aladin atau lebih dikenali dengan panggilan "Tok Tenang.” Pada November 1963 kira-kira 200 orang peneroka mula ditempatkan di tanah rancangan yang berkeluasan 1,600 hektar ini.
Pada masa yang sama, FELDA Tenang turut dikenali lantaran peristiwa pertumpahan darah yang berlaku di antara askar Indonesia yang diketuai Leftenan Muda Sutikno dengan askar Melayu pada tahun 1964. Tindakan askar Indonesia menjadikan tanah rancangan itu sebagai markas askar-askarnya menimbulkan kemarahan penduduk Melayu lalu melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa


TERINGAT KISAH NGERI:
KIRA-KIRA jam 8 malam pada 4 September 1995, seorang pemuda, E Heng Chuan, 29, berjalan menuju ke bangsal berhampiran rumahnya di pekan Tenang Stesen, dekat Segamat, Johor untuk menutup suis generator air kolam.
Itulah perjalanan terakhir Heng Chuan, sebelum beliau menemui ajal dengan cara yang cukup tragis, iaitu ditelan ular sawa seberat 140 kilogram. Cukup mengerikan dan kejadian itu menggemparkan seluruh negara bahkan dianggap peristiwa hitam paling mencemaskan sepanjang 1995.
PILIHANRAYA KECIL N5 DUN TENANG:


Cerita Kartun 1:


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor pada 22 Januari, jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 30 Januari 2011.
Maknanya: Kempen pilihanraya hanya akan bermula pada 22 Januari dan akan berakhir pada jam 12.00 tengahmalam 29 januari. Tetapi, GENDANG PERANG TELAH LAMA BERBUNYI. BELUM PUN WISEL DITIUP, BOLA SUDAH MENERJAH JARING.

Contoh – contoh WISEL BELUM DITIUP, BOLA SUDAH DITENDANG DAN MENERJAH JARING:

19 Disember 2010: KHAIRY JAMALUDDIN ( Ketua Pemuda UMNO ) menyampaikan sumbangan beg dan peralatan sekolah kepada anak-anak peneroka FELDA di FELDA Chemplak, Labis.

21 Disember 2011: Majlis Ramah Mesra Ketua Penerangan UMNO Bersama Peneroka Felda, di Felda Tenang.
26/12/10: Program PEMUDA UMNO MALAYSIA, Jelajah One Malaysia: JOM baikpulih rumah - Felda Chemplak, Labis, Johor.

03 Januari 2011:Ceramah Pakatan Rakyat Di Felda Chempelak, Tenang.Malam.
CUIT SIKIT:


Aku terbaca, arahan Suruhanjaya Pilihanraya Raya (SPR), melarang mana-mana parti politik pergi berkempen di DUN Tenang sebelum penamaan calon 22 Jan nanti.

Kalau dah Kartun, Kartun jugaklah..manalah orang politik ni faham arahan dan perintah. Bila kalah, SPR juga yang dipersalahkan.
 
Cerita Kartun 2:
 
05 Januari 2011: Majlis Ramah Mesra Bersama Pengerusi Felda di Dewan Serbaguna Felda Tenang, Labis, Johor.
08 Januari 2011: Program Mesra Kumpulan 1Felda di Felda Chemplak telah dihadiri sama oleh Tan Sri Isa Samat Pengerusi FELDA yg baru.
Lebih 2000 Generasi baru Felda dari Wilayah Johor Bahru , Wilayah Segamat, Wilayah Raja Alias, Wilayah Jengka dan Wilayah Mempaga hadir.
09 Januari 2011: Program Mesra Kumpulan 1Felda di Felda Tenang Labis Johor.

CUIT SIKIT:
Aku fikir, hanya Indonesia yang import pemain bolasepak dari Uruguay. FELDA pun rupa – rupanya import hadirin dari serata pelosok alam.

Kalau setakat Wilayah Johor Bahru dan Wilayah Segamat, kira adillah. Tapi bila orang Felda Pahang dan Negeri Sembilan pun dikerah datang, dah macam cerita kartun la pulak. 

Patut ramai...Dah tentu kuat soraknya, tapi, sabungnya belum tentu menang!



Cerita Kartun 3:

" Bagi Barisan Nasional, semua undi penting, tanpa mengira jantina dan kaum" kata Ketua Penerangan UMNO baru - baru ini.
CUIT SIKIT:
Kalau di Manik Urai, YB Datuk Hj Ahmad Maslan sanggup menoreh getah, di Tenang ni, nampaknya beliau dah mula buat cerita kartun dengan duduk bersila bersama orang kampung.
Tetapi, aku fikir, setakat 29 Januari sahajalah. Selepas tarikh itu, para pengundi samalah macam tilam buruk di bawah:
Usai Mengundi: Para Pengundi Akan Senasib Dengan Tilam ni..Kok Harga Barang Semakin Naik Pun, Kita Tanggunglah. Kok Yuran Sekolah Semakin Meningkat Pun, Kita Bayarlah. Yang Penting, Parti Kita Menang Sabung. Kita Menang Sorak. Kira OK la tu...Asalkan Jangan Tergadai Kampung, Sudahlah.....
Memang sah politik Malaysia ni dah sama seperti kartun Upin dan Ipin! Elok berubah sebelum padah. FIKIR - FIKIRKAN.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH