Jumlah Paparan Halaman

31.1.11

SUKARELA atau SUKAR RELA ?????

CATATAN KHAS BUAT KAKITANGAN KERAJAAN DAN SWASTA

ERTI SUKARELA

MANFAAT KESUKARELAAN DIRI

SUKARELA dan KEBAJIKAN
MUDAHnya PAHALA
CUIT SIKIT:

Sejauhmana kita suka dan rela dengan apa yang dibebankan kepada kita, itu kena tanya diri sendiri. Sering disebut dan dimotivasikan, Kerja Adalah Ibadah, walaupun ianya bukan percuma.

Memberikan khidmat sebagai petugas dan dibebankan dengan segala macam tugas dan peranan, miriplah kepada Upah Seraya [istilah orang Negeri Sembilan]. Maksud upah seraya itu lebih kurang begini; anda diberikan tugas bersama kumpulan anda untuk menebas rumput di kawasan balairaya kampung anda. Ianya boleh dibuat secara gotong - royong tetapi pihak JKKK akan memberikan sedikit imbuhan bukan berdasarkan harga semasa kerja berkenaan sekiranya dibuat secara kontrak.

Kakitangan kerajaan dan swasta, anda diberi jawatan, dibebankan tugas dan dibayar gaji. Namun, mungkin kadar gaji itu, tidak pernah sesuai dengan beban tugas yang diserahkan kepada anda.

Maklum sahaja, ramai yang memegang diploma dan ijazah, tetapi menjawat jawatan bertaraf SPM sahaja, hanya berjawatan gred 17 sedangkan pemegang diploma selayaknya bergred 27, manakala lulusan ijazah, seharusnya berjawatan gred 41.

Bekerja sehingga lewat malam tanpa elaun lebih masa, atau bertugas di hujung minggu dan hanya mendapat cuti ganti, pasti membuatkan anda merungut dan berasa tidak puas hati dengan majikan anda.

Namun, kalau ikhlas kita memberi khidmat dan ikhlas juga menerima kadar upahan itu, jadilah ianya sukarela. Jika sebaliknya, sukarlah ia untuk rela [sukar rela]. Tak gitu?

Justeru, anda boleh lihat, suasana semasa di pejabat - pejabat, jelas kelihatan yang mana petugas sukarela dan juga yang mana petugas sukar rela dengan tugas masing - masing.

Yang sukarela dan gemar dengan tugasannya, akan bersungguh - sungguh melaksanakan tugasnya. Malah biasanya akan menghasilkan kualiti yang lebih baik daripada apa yang dikehendaki majikan. Ini kategori yang orang kampung aku kata, Workaholic.

Yang sukar rela itu, biasanya akan lebih banyak menghabiskan masa dengan perkara lain daripada melaksanakan tugas hakiki, termasuklah minum dan bersembang di kantin dan warung. Malah ada juga seorang petugas sebuah Lembaga, yang diberikan tanggungjawab sebagai pembimbing program, hanya hadir ke tempat program berkenaan, sebagai penjual ubat dan kismis, tanpa melaksanakan pun sebarang tugas pembimbing.

Pemerhatian aku di salah sebuah pejabat berkaitan hal ehwal agama di Malaysia, mendapati, ada ramai petugas di pejabat berkenaan bersembang hampir setengah hari, hanya kerana kalah futsal antara unit di dalam jabatannya. Ramai juga petugas - petugas muda yang menghabiskan masa di pejabat dengan 'chating' dan "SMS" peribadi berkaitan cinta.

SUKARELA atau SUKAR RELA? Anda di kategori mana?

Jangan tanya aku di kategori mana, Aku dah bersara awal!
Ini KOJO DEN Sekarang
RENUNG - RENUNGKAN....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH