Jumlah Paparan Halaman

5.1.11

MAMPUKAH LIGA MALAYSIA 2011 MENARIK MINAT WARGA FELDA DAN MEREKA YANG SAMA WAKTU DENGANYA?

Mewahnya Penajaan;
Astro Media telah bersetuju menjadi Penaja Bersama Liga Malaysia dengan penajaan bernilai RM220 juta bagi tempoh empat tahun... http://www.fam.org.my/home.asp
Sementara itu Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, pengumuman mengenai penaja utama Liga M bagi musim 2011 hingga 2014 akan dibuat dalam sedikit masa.
“FAM terpaksa mengambil sedikit masa bagi melihat bidaan-bidaan yang diterima, kemudian selepas itu barulah akan diumumkan siapa penaja utama Liga M bagi musim 2011-2014.

“Ada beberapa nama besar yang telah mengemuka- kan bidaan mereka dan saya akui salah satu daripadanya ialah Maxis. Kita tunggu dan lihat saja siapa yang akan dipilih oleh FAM,” ujar Annuar.shahril@kosmo.com.my


CUIT SIKIT:

MEWAH TAJAAN, TEGARKAH SOKONGAN?

Perkara pokok yang ingin aku sampaikan di sini ialah, sejauhmana kejayaan pasukan bolasepak negara di peringkat ASEAN baru - baru ini, akan membantu menarik penonton ke stadium - stadium mulai 29 Januari ini. 

Masih menjadi tandatanya, setelah genap sebulan daripada tarikh Shafiq Rahim dan rakan - rakannya menjulang PIALA AFF SUZUKI itu, sokongan kepada pasukan masing – masing akan meningkat, atau pasukan negeri dan kelab yang bertanding di Liga Malaysia, terus terbiar tanpa sokongan tegar.

Masih juga menjadi tandatanya, mahukah Astro Media selaku pemegang hak siaran menayangkan secara langsung perlawanan Liga Malaysia yang cuma ditonton oleh teres stadium dan papan iklan, sedangkan siaran tersebut bakal ditonton seantero alam. Masihkah fenomena bermain bolasepak di stadium kosong seperti di bawah ini, akan berterusan? 

LIHATLAH SUASANA DI BAHAGIAN PENONTON: SENARIO BIASA MUSIM 2010


PENYOKONG DAN SOKONGAN TEGAR:
Berdasarkan sorotan aku selama tiga musim bermula 2007, pasukan - pasukan Liga Super,  hanya mampu menarik sokongan purata sekitar tujuh ribu penonton sahaja, sedangkan kapasiti stadium - stadium di seluruh negara tidak kurang daripada dua puluh lima ribu penonton. Diperingkat Liga Perdana pula, kehadiran penyokong seramai dua ratus orang itu, bolehlah dianggap berjaya. 

Hanya ada dua pasukan sahaja yang secara konsisten telah mampu menarik penyokong tegar mereka memenuhi segenap ruang stadium, samada di gelanggang sendiri mahupun di gelanggang lawan. Samada menang atau sebaliknya, penyokong tetap bersama. Pasukan – pasukan itu ialah Kelantan dan Kedah. Bab Kedah dan Kelantan ni, aku angkat dua ibu-double thumbs up.
DUA IBU TANGAN UNTUK YANG TERBAIK
Pasukan lain? he he he ha ha ha
FOTO YANG TIDAK PERNAH MENIPU: BAPAK TIADA , ANAK PUN BEGITU JUGA.....
ADAKAH 1.5 JUTA WARGA FELDA AKAN MENYOKONG FELDA UNITED DI LIGA SUPER 2011?
BERKONGSI KEMENANGAN DAN KEKALAHAN:
Aku sempat membuat sedikit kajian kaitan Kedah dan sebuah pasukan di Liga England. Bukan divisyen satu (EPL) tetapi sebuah pasukan yang bermain di divisyen dua (Liga Kejuaraan). Pasukan berkenaan ialah Norwich City Football Club (Norwich).
Setelah aku amati, Kedah dan Norwich hampir serupa penampilan mereka iaitu, mereka mempunyai kelompok penyokong tegar – menurut bahasa kampong aku, die hard fan. Aku yakin dan percaya, kesilapan tanpa sengaja Kedah hampir lima belas tahun lalu, telah berjaya melahirkan kelompok penyokong tegar mereka sendiri.
KENARI: Maskot Bersama Norwich City dan Kedah


PASUKAN HEBAT, TIADA PENYOKONG TEGAR:

Yang menjadi kehairanan aku, Negeri Sembilan yang cukup konsisten dengan kejayaan menjulang piala sejak musim 2005/2006 itu, tidak mampu menarik sokongan penyokong tegar lebih daripada enam ribu orang di setiap perlawanan. Mengapa?

Aku fikir:- Pasukan Negeri Sembilan ini tidak mesra peminat dan kekurangan laporan media (publisiti). Tiada sesi berlatih di daerah – daerah diatur oleh pasukan, sebagai medium mendekatkan pasukan dengan peminat. Tidak semua media secara konsisten menjadikan bolasepak Negeri Sembilan sebagai bahan berita. Ini termasuklah akhbar yang berasaskan berita daerah dan negeri tu. Pasukan - pasukan lain pun rasa - rasanya melalui perkara yang sama seperti pasukan Negeri Sembilan ini.

Walaupun, mempunyai produk yang baik (pasukan konsisten), tanpa strategi pemasaran yang betul, pasukan Negeri Sembilan ini pasti akan meneruskan tradisi bermain di stadium yang hanya sepertiga dipenuhi penyokong sendiri dan penyokong lawan. 


TEMAN KETAWA : TEMAN MENANGIS:

TEMAN MENANGIS; tatkala warga Indonesia setia dan tegar bersama pasukan negara mereka, warga Malaysia pula, hanya muncul apabila pasukan negeri atau negara mereka sudah hampir memenangi piala. TEMAN KETAWAlah tu.....
Akhirnya, aku mengerti dan faham, bab - bab semangat dan sokongan padu ini, tiada istilah sokongan dan penyokong tegar di jiwa warga Malaysia.
WAHAI WARGA MALAYSIA, cukupkah sekadar menewaskan Indonesia di final PIALA AFF, tetapi KITA TEWAS bab sokongan tegar ini???
Aku tidak meminta anda semua menjadi ekstrim, tetapi setialah bersama PASUKAN KESAYANGAN ANDA. Mahukah anda belajar erti tegar dan setia daripada warga Indonesia? RENUNG - RENUNGKAN , TIMBANG - TIMBANGKAN.

p/s: Kecuali Selangor, semua persatuan bolasepak negeri tidak mempunyai lawan web sendiri (portal rasmi). Yang ada cuma laman ehsan peminat. Kenapa ek?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH