Jumlah Paparan Halaman

22.1.11

SEGMEN MARI MENYANYI..sempena PRK DUN Tenang dan lain - lain PRK yang mendatang

Politik yang serba mungkin dan tak mungkin sedang berlaku di Malaysia sekarang. Bagi orang politik sepenuh masa, inilah masanya menguji pengaruh dan kekuatan politik diri dan parti yang dianggotai.

Bagi yang mencari makan menerusi politik, inilah juga masanya untuk mengaut sedikit dana dan laba untuk diri.

Bagi yang tak mahu ambil tahu atau malas nak mengambil tahu, inilah masanya kita menyanyi. Tetapi, aku beri amaran, bukan sebarang lagu yang boleh kita nyanyikan.

Pilih lagu yang sesuai dengan tema semasa. Bab pitching dan melodi tu, biarlah pengkritik tetap yang komen. Biarlah mentor yang membetulkannya. Yang penting, nyanyian kita teruskan. Sengau ke, sumbang ke, biarlah undian sms yang menentukan kedudukan kita di carta.

Kalau nak menyanyi, silakan menyanyi lagu tema di bawah;


nak nyanyi bersama Datuk Pah, klik kat album

klik album untuk sesi karaoke bersama khairil johari johar
  
CUIT SIKIT:
Begitulah sebenarnya orang kita terutamanya orang politik di musim pilihanraya. Tidak mengira pilihanraya umum atau pun pilihanraya kecil, gelagat dan lagak mereka persis dan tiada bezanya dengan helang.
Usai, pilihanraya, yang datang dan amat mesra semasa kempen, ghaib entah ke mana.
Yang sanggup menoreh getah dan duduk bersila, cuti ke luar negara sambil berubat gatal kulit kerana digigit nyamuk dan agas.
Yang menang, susah nak jumpa, sibuk memanjang. YB le katakan.
Yang kalah, lama mengubat luka. Duit habis, badan penat, mental sakit.
Yang mengundi, ditinggalkan begitu sahaja, umpama tilam buruk.
Tetapi, MENGUNDI TETAP MENGUNDI. Itu kojo kito.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH