Jumlah Paparan Halaman

4.9.15

TQ UAE....

CUIT SIKIT;

Selepas belajar dengan Spurs, Liverpool, Timor Leste dan Palestine, Harimau Malaya yang diuruskan oleh Datuk Hamidin dan dilatih oleh Dollah Salleh, akhirnya menemui jalan benar lagi lurus.

Mereka akhirnya menemui kebenaran betapa bagusnya mutu bola sepak Malaysia. Jika tidak kerana belajar dan berguru dengan kelab EPL hari tu, mahu bolos 20 gol hari ni.

Kerana bagusnya pembelajaran dengan Liverpool ada 3 pemain Selangor bakal dihukum. Kerana bagusnya perlawanan sarkas itu, hari ini Malaysia berjaya membuat sarkas  di Abu Dhabi.

Rekod DUNIA mungkin juga telah dicipta oleh Malaysia apabila TIGA penjaga gol bermain secara bergilir - gilir. Maknanya, daripada 3 pertukaran yang dibenarkan, dua adalah penjaga gol. Tak pernah dibuat orang selama ini.

Orang dah kata sarkas, Tuk Midin kata tidak. Hari ini terbukti Tuk Midin menjadi Pengurus SARKAS yang paling berjaya di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH