Tiba di sebuah bandar tersohor di pantai timur, Wak Lan [seorang peneroka FELDA dari Negeri Sembilan], amat teruja untuk menginap semalam dua di hotel milik Felda yang tersergam indah di pinggir sungai.
Oleh kerana tidak membuat tempahan terlebih dahulu, mahu tidak mahu terpaksalah Wak Lan menerima apa sahaja bilik yang ditawarkan kepadanya. Sementelahan, hotel itu amat laris sempena musim cuti sekolah ini.
" Encik, bilik yang masih kosong harganya lima ratus semalam. Adakah encik setuju?," tanya gadis kaunter kepada Wak Lan.
" Ala baru lima ratus, belum seribu lagi," jawab Wak Lan tanda setuju dengan harga bilik itu.
Setelah selesai urusan pendaftaran masuk, Wak Lan diminta mengikuti seorang kakitangan hotel berkenaan bagi urusan kemasukan bilik di tingkat 20.
" Apa punya hotel ni? Sewa bilik mahal nak mampus, tapi apa pun takda, " komen Wak Lan kepada staf berkenaan.
" Janganlah nak tipu peneroka macam aku ni. Walau pun aku tak sekolah tinggi, aku bukanlah bodoh," tambah Wak Lan dengan suara yang semakin keras dan jelas loghat Jawanya.
" Encik, kami tidak pernah menipu pelanggan kami. Kami sentiasa memberikan yang terbaik. Sesuai dengan nilai yang dibayar oleh pelanggan, " lembut suara staf berkenaan menjawab komen Wak Lan.
" Tak menipu apanya, " Wak Lan bersuara membantah. " Ni, bilik apa ni? TV tak ada, bilik air tak ada, sempit pulak tu .KATIL PUN TAK ADA!, " Wak Lan terus bersuara.
"ENCIK! INI LIF!! BUKAN BILIK ENCIK DI TINGKAT 20 TUUUUUUUUUUUUUUUU, " hampir menjerit staf itu.
CUTI SIKIT:
KAH! KAH! KAH! KIH! KIH! KIH! KOH! KOH! KOH! KUH!KUH! KUH
Benarkah FELDA selalu, kerap kali dan sentiasa menipu peneroka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan