Jumlah Paparan Halaman

22.12.11

BALIK PULAU, BAYAN LEPAS.....

Liga Malaysia 2012 akan memulakan langkah pada 7 Januari 2012. Perlawanan pembuka tirai adalah pertandingan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah.

IBU SEGALA PEMBUKAAN. Kelantan akan bertemu Negeri Sembilan di Kota Bharu jam 8.45 malam 7 Januari 2012.

Aku kata ibu segala pembukaan adalah kerana sejak tiga tahun kebelakangan ini, inilah pasukan yang menjadi tumpuan dan perhatian kerana peningkatan mereka di kancah bola sepak tanahair.

Pertarungan yang melibatkan kedua - dua pasukan ini biasanya sangat menarik dan penuh drama dan provokasi. Sama - samalah kita nantikan perlawanan berkenaan.

Mulai 10 Januari, kesemua 36 pasukan akan memulakan langkah memburu penghormatan menjuarai liga yang disertai mereka.

Samada di Liga Super, Liga Premier mahu pun di Liga FAM, penghormatan sebagai juara pastilah tiada galang gantinya.

Pasukan yang bertanding mengikut liga adalah seperti berikut;


CUIT SIKIT:

Jika diteliti, pastinya akan terlihat akan ketiadaan sebuah pasukan yang penuh gah dan tradisi di era 60'an hingga 80'an.

Pasukan yang pernah melahirkan Shaharuddin Abdullah yang cukup ngam berpasangan dengan Mokhtar Dahari [Datuk]. Pasukan yang pernah menyumbang sejumlah pemain berbakat dan terbaik di Asia seperti Namat Abdullah, Ali Bakar, Isa Bakar, Shukor Salleh, Aziz Azizan dan ramai lagi yang tidak mampu aku catatkan di sini.

YA! PULAU PINANG! Pulau Pinang adalah negeri yang telah melahirkan terlalu ramai bakat - bakat bola sepak terbaik. Bukan sahaja mampu memberikan kekuatan kepada pasukan mereka malah, juga memberikan kekuatan kepada pasukan negara.

Untuk musim 2012, di sinilah arena dan gelanggang Pulau Pinang. Di Liga FAM yang boleh ditonton secara percuma oleh mereka yang prihatin. Pulau Pinang hanya akan bermain di liga kelas 3 yang tiada sebarang liputan media cetak dan elektronik.

Mungkin kerana malu bermain di liga kelas 3, Pulau Pinang telah bersembunyi di sebalik nama sebuah kolej swasta-AUCMS.

Kenapa jadi demikian? Jawapan aku, inilah contoh kepada kepimpinan persatuan bola sepak yang tidak profesional di saat semua pemain dan pegawai kejurulatihannya adalah profesional.

Musim 2011 lalu menyaksikan Pulau Pinang adalah pasukan pertama yang terkantoi kerana gagal membayar gaji pemain. Kegagalan pemimpin persatuan mencari dana untuk pasukan adalah contoh ketara, mereka ini tidak profesional. Mana hilangnya presiden persatuan yang melompat itu?

Benarlah pantun lama dan tersohor di Pulau Pinang;
BALIK PULAU, BAYAN LEPAS;
DI SANA TERPERLAU, DI SINI TERLEPAS.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH