Jumlah Paparan Halaman

6.12.11

PERIBAHASA II.....

ADA satu lagu sudah kena GAM di Bukit Angkasa.

Biasanya pihak pentiaran tertua itu meng"gam" sesebuah lagu atau satu album kerana lirik lagu yang tak sesuai atau melodi lagu yang tidak kena atau susunan muzik yang berterabur.

Dalam ertikata lainnya, lagu atau album itu kena gam di Bukit Angkasa adalah kerana kualiti atau lirik yang sensitif dan bercanggah dengan budaya masyarakat MALAYSIA.

CUIT SIKIT: 

Lain halnya dengan lagu yang merupakan kes terkini kena gam di Bukit Angkasa ini. Lagu ini ternyata memenuhi segala prasyarat penerbitan kecuali, liriknya tertulis perkataan REFORMASI.

Rupa - rupa, setelah lebih 10 tahun gerakan Reformasi dilancarkan kerana kes DSAI pada akhir tahun 1990'an lalu, ada pihak di Bukit Angkasa masih belum kebah daripada demam dan trauma kepada perkataan REFORMASI itu.

Jika takut kepada perkataan Reformasi, maka takutlah juga mereka itu kepada perubahan. Kerana perubahan dan reformasi itu adalah dua perkataan yang sama tujuan dan berada di tempat yang sama waktu.

Maka, berbunyilah peribahasa;
SEBAB MULUT BADAN BINASA: SEBAB REFORMASI, PANIK BUNKFACE KENA GAM DI BUKIT ANGKASA.

Patutlah semakin ramai orang tidak mengikuti siaran dari Bukit Angkasa. Takut berubah rupanya.

Nota Kaki:
Panik – Bunkface
Mereka mengatakan dunia
Penuduhan membabi buta
Sebalik sentiasa ada makna
Konspirasinya
Kini aku diperhati
Kanan kiri diawasi
Ancaman mereka tiada henti
Aku hadapi
Biarkan ku pergi juang
Bertetangan terus dan mati
Satu dunia cinta bersedia
Biarkan ku pergi juang
Rasa yang kita idamankan
Satu dunia sudah bersedia
Sudah bersedia
Reformasi mana sakti
Sini semua beraksi
Ancaman mereka tiada makna
Kini aku dipenuhi
Bayang dipancari benci
Ancaman mereka tiada henti
Aku selami
Biarkan ku pergi juang
Berkorban dan terus mati
Satu dunia sudah bersedia
Biarkan ku pergi juang
Rasanya kita ditemankan
Satu dunia sudah bersedia
Ku selalu berasingan jauh
Dan ku biarkan mulut celakamu
Kan ku tunggu tunggu *
Ditentukan padaku padamu
Pada mereka yang setuju
Biarkan ku pergi juang
Berkorban dan terus mati
Satu dunia sudah bersedia
Biarkan ku pergi juang
Rasanya kita ditemankan
Satu dunia sudah bersedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH