Dengar khabarnya, Pengarah Besar FELDA, Dato' Dzul sudah pun menerima surat arahan bercuti selama 8 bulan. Kenapa lapan bulan?
Kalau cuti 9 bulan mungkin ada kena mengena dengan kes termengandung. Tapi! takkan Dato Dzul mengandung. Tak mungkin.....
Kata mereka yang arif, arahan cuti itu adalah berkaitan dengan rentetan pelbagai kes dan isu berkenaan penyenaraian saham Felda di BSKL.....
Bagi aku, jika tindakan itu benar, ia adalah bersangkut paut dengan tindakan Pak Sam [ Ketua Peneroka ] menzahirkan hasrat untuk menyaman Pengerusi Felda. Dengan sokongan penuh, ahli - ahli JKPP, tindakan Pak Sam itu dilihat sebagai kegagalan Pengarah Besar FELDA mengawal tindak tanduk Ketua - Ketua Peneroka Felda seluruh Malaysia.
Oleh kerana Pengarah Besar FELDA merupakan Pengerusi JKPP, maka tidaklah dapat dipisahkan tanggapan bahawa tindakan Pak Sam itu, mendapat restu daripada Pengerusi JKPP. Lebih jauh, tindakan itu juga dilihat sebagai mewakili suara pengurusan dan pentadbiran Felda tetapi dizahirkan oleh peneroka.
Samada tanggapan itu benar atau tidak, itu bukan lagi isu. Yang menjadi isu, siapa sahaja yang cuba bertindak kontra dengan hasrat pengapungan saham itu, bakal mendapat 'habuan' mereka.
Hendak singkirkan Ketua Peneroka tidak boleh, maka, mentimun seperti Dato Dzul adalah personaliti yang menerima akibat, kerana kedudukan beliau sebagai penjawat awam dan pihak berkuasa kepada para peneroka FELDA Malaysia.
Jika kes ini BENAR, nyatalah durian [ Pengerusi dan Menteri Felda ] telah mula melanggar mentimun [ Pengurusan dan Pentadbiran Felda ]. Nak langgar peneroka, mereka pun durian [ undi pilihanraya ] juga. Terpaksalah Pengurusan dan Pentadbiran dikorbankan sebagai 'kambing hitam'.
Samada pengapungan saham itu membawa keuntungan atau membawa kerugian kepada peneroka dan pentadbiran FELDA, ianya tetap merupakan peluang untuk 'buat duit' kepada segelintir pihak yang bernafsu besar, walau pun berbadan kecil.
CUIT SIKIT:
Peribahasa lama mengatakan begini;
Dia umpama durian, kita ibarat mentimun. Dilanggar pun kita cedera, melanggar pun kita cedera.
Tetapi, dengan sedikit inovasi, jadikanlah durian itu sebagai tempoyak. Apabila durian sudah bertukar menjadi tempoyak, maka berleluasalah mentimun menenyeh tempoyak[ durian ] yang turut disertai oleh sambal belacan.
Amat malang sekiranya, kesan daripada pelanggaran durian dan mentimun ini akan menyebabkan undi PRU berubah arah.
Semasa durian udah bergelar tempoyak, status terbaiknya, hanyalah sebagai KETUA PEMBANGKANG.
LU PIKIR LU BOLEH TERUS BERKUASA?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan